Semalam , aku memenuhi selera makan "MEE GULUNG" di Medan Selera Taman Sri Bahagia,Tampoi.Harga sepinggan RM6 sahaja tetapi cukup dengan rencah dan terasa sedapnya.Dengan limpahan sotong, Udang putih besar 2 ekor,daging dan sayur yang di taburkan bersama Mee gulung cukup menyelerakan.Walaupun tidak dapat merasa makan "seafood" di Senibong atas sebab-sebab tertentu.
Tiba lewat jam 930malam di sebabkan memenuhi tuntutan berada di Pusat Kecergasan Clark Hatch.Makanan yang di pesan juga tiba lewat gara-gara kesilapan duduk di meja warung yang tidak menjual Mee tersebut.Semua yang hadir rata-rata memberikan komen yang positif tentang makanan yang di pesan.Untuk yang ingin mengetahui di manakah gerai ini,ianya terletak di Medan Selera Taman Sri Bahagia,di tepi Jalan Tampoi menghala ke Kampung Melayu dari Angsana.Gerainya berhadapan Kilang TWP dan selepas restaurant KFC & Pizza Hut.Harus di ingat ada 3 gerai di sana dan gerainya bersebelahan dengan gerai satey & gerai menjual sup ekor.
Gambar ini pula hasil Nik Salmiah mengunakan kamera Samsung Galaxy Note terbarunya
No comments:
Post a Comment