Thursday, December 13, 2012

JJNM : Kueh Tiew Jalan Rawa

JJNM : JALAN - JALAN NAK MAKAN

KUEH TIEW JALAN RAWA

 
 Jalan-Jalan Nak Makan kali ini ke Taman Perling Jalan Rawa bagi menikmati kueh tiew goreng yang terkenal di sini.Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persisir Pantai menghala ke Kota Iskandar,lokasi nya sangat-sangat strategik.Ada 2jenis menu sahaja di sini.
KUEH TIEW GORENG & CHAR KUEH TIEW
Char Kueh Tiew sedikit lembab (ayat yang di gunakan oleh seorang teman RA).Maksudnya basahlah.Kueh Tiew Goreng pulak jenis goreng.Sedikit berminyak tetapi sedap.

Char Kueh Tiew

 

Harga sepinggan Kueh Tiew Goreng & Char Kueh Tiew ialah RM7.00 ada 4 udang bersaiz XL dah memang penuh satu pinggan mee nya.kalau tengahhari tak makan,datang la sini memang di jamin kenyang sampai xhabis.Baiklah pada malam itu bersama-sama RA ialah seorang artis jemputan.Nama dia RoyYus.Yang pakai baju putih tu,dan kalau tak kenal buat-buat kenal jelah yea.Maklumlah artis lagenda yang di lupakan tetapi sibuk dengan undangan dan jemputan sana sini.Sekarang ini selalu turun naik KL sajor.Kalau jumpa kat Kampung Baru tengah makan bubur Nasi tu lah dia.

Takpelah bagi peluang kat artis jemputan RA ini bergambar sakan dalam blog kali ini walaupun pic RA nampak kecik je dari belakang tu,tapi hati tetap senang sebab perut kenyang makan banyak Kueh Tiew Goreng.Sampai tak larat tercungap-cungap.Jam 1030malam kami bergerak pulang sebab anak-anak yang mengikut kami dah mula mengantuk.RA pun dah keletihan sampai tertinggal kasut Gim dalam kereta Ally.Kasut buruk je tapi banyak berjasa tu.hehehe.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....