Kalau nampak jer kepala Singa ini mesti dah tahu kat mana.Inilah dia Kotaraya Singapura.Semalam masuk lagi ke sini dan kali ini membawa rombongan Cik Kiah eh bukan lah tapi membawa kawan baik RA,Ally yang datang dari KL ke sini bersama anak dan adik-adiknya.Memandangkan semalam adalah hari bekerja RA ajak la artis jemputan yang bukan arus perdana tu,tapi dia cakap dia sibuk dengan undangan menyanyi kat rumah-rumah orang kawin.Maka RA pergi je lah dengan Ally,Lysha (anaknya),Siti Fairus dan adiknya.Kena lah pergi selepas habis kerja.Gedebak-gedebuk jam 830malam jugak masuk Singapura.Terus menuju ke destinasi pertama kami iaitu ke Orchard Road.Lepas letak kereta di Komplek membeli belah Paragon,kami pun ke Lucky Plaza untuk membeli barangan cenderahati untuk di bawa pulang oleh mereka-mereka ini.
Sambil-sambil tu dapat lah tengok lampu-lampu yang di hias di sepanjang Orchard Road ini sempena perayaan Krismas tidak lama lagi.
Beli lah macam-macam sampaikan terlari-lari macam padang permaianan anak Ally si Lysha bermain dengan pak su nya ini.Akhirnya penat sendiri dan duduk kat tangga.Buat lah kami satu tawaf mengelilingi Orchard Road tu dari Paragon - Lucky Plaza - Tang - Isetan - Ngee Ann City kemudian balik semula ke Paragon sebab dah kepenatan.Tu baru sikit belum lagi ke depan-depan lagi.Sebab nak kejar waktu takut Kepala Singa yang depan laut ini dah tutup,jam 1015malam kami dah memandu ke Fullerton Bay untuk tengok kepala Singa yang pancutkan air dari mulut ini.
Nasib baik ada satu Kang Mas dari Indonesia yang sama-sama bergambar di sini.Jadi RA mintak tolong dia untuk mengambil gambar kami beramai-ramai.Siap tanya nak gambar cantik ke nak gambar bagus.Ra jawap lah mestilah nak gambar yang cantik dan bagus.Jadi inilah hasilnya selepas di tacap-tacap oleh RA mengunakan PhotoBucket.hehe.Jam 1130malam kami pun bergerak pulang ke JB sebab esok pagi RA nak kerja.Si Elly ini pulak esok mereka semua nak ke USS dari Tune Hotel.Kang lambatt balik ada yang tak leh bangun pagi.
No comments:
Post a Comment