Cuaca panas-panas macam ini,sedap kalau pekena cendol.Nak cari cendol yang sedap bukan senang tau,jadi pada Ahad yang lepas aku singgahlah ke gerai "Cendol Mak Siti 100 Meter" yang terletak di tepi Lebuhraya Skudai-Pontian berdekatan dengan Bandar Baru Kangkar Pulai dan Taman Pulai Indah atas ajakkan seorang teman yang beria-ia mengajak.Bagi pengguna lebuhraya Skudai-Pontian,gerai ini memang menjadi "Pitstop" bagi menghilangkan dahaga.Cendol kat sini memang lemak berkrim di sukai ramai,buktinya semasa kami lepak minum di sini,berderet-deret kereta yang berhenti sampai meja & tempat duduk yang di sediakan tak cukup.
Bersama rakan-rakan yang lain (walaupun ada yang datang lambat) kami bersantai membedal durian kampung yang di jual di sebelah gerai Mak Siti ini.Nasi Lemak yang di jual juga kami bedal,maklum lah kami kan gagah...hehehe.Bila cendol,durian dan nasi lemak habis di makan mula la tekak bertambah haus.Bila nampak pekerja Mak Siti minum air sirap,aku pun mengidam nak mengecek walaupun sebenarnya diaorang tak jual air sirap tu.(air sirap untuk diaorang yang bekerja kat situ je)
Biasalah kau dah jumpa durian mak mertua lalu sebelah pun tak toleh-toleh lagi.Ngapp terus Kak Ros dan abang Mat kita tu.
Acara yang sepatutnya jadi
serangkai,menjadi 3 serangkai.Biasalah kalau dah jejak ke cendol nie
mesti ada je plan nak buat jadi lebih daripada serangkai.Lepas je
menyendol,kitaorang makan goreng pisang dan soto di Taman Universiti
pulak,Abang Chu belanja.Lepas tu sambung main bowling kat Danga City
Mall pulak.Nasib baik malam tu ada tournement kat sana.Kalau takde leh
pitam nak main 2 set.
"Apapun rumah tepi pantai bagus!!! Hangin bertiup Khenchang!!!" - Kata Bini-bini Abang Jamil
No comments:
Post a Comment