Monday, July 30, 2012

Kenangan dulu-dulu ke Jepun

Belek punya belek lagi album aku tu,aku jumpa gambar-gambar lama semasa aku bertugas membawa pelancong ke Hokaido dan Tokyo sekitar tahun 1999.Masa ini aku berkerja di salah sebuah agensi pelancongan di Singapura yang bernama "Ambassador Travel & Tours Pte.Ltd".Aku ke sana selama 8hari dan bertolak sehari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sehari sebelum raya Cina.Pada tahun 1999 Raya Cina dan Hari Raya di sambut selang sehari.Tak ingat pula berapa haribulan,cuma yang aku ingat masa tu umur aku baru 22tahun.Gementar jugak sebab ini adalah tugasan pertama aku membawa pelancong keluar negara.Lewat tahun 90an mana lah ada kamera digital,yang ada kamera gulung 36keping,12 keping dan 24keping tu.Bawaklah 5gulung filem semata-mata tak mau kehabisan bila nak bergambar nanti.Baju sejuk pulak kat Johor susah nak jumpa kedai yang menjualnya.Terpaksalah korbankan duit beli baju sejuk kat Singapura yang berharga S$200.

 Aku menaiki penerbangan malam All Nippon Airways dari Lapangan Terbang Changi untuk ke Hakodate (salah sebuah lapangan terbang di Hokaido),penerbangan kami membuat pertukaran di Lapangan Terbang Osaka untuk ke Hokaido.Tiba jer kat Hakodate rombongan aku di sambut oleh salah seorang pemandu pelancong dan kemudiannya membawa kami terus ke salah sebuah restoran untuk makan tengahari.Memandangkan aku pergi masa musim sejuk,cuaca di luar ketika itu -1 darjah celsius dan makanan yang di hidangkan kebanyakkannya makanan laut.Bandar Hakodate ini tak lah besar sangat,banyak rumah-rumah penduduk tempatan yang masih mengekalkan gaya tradisi masyarakat Jepun.Tak banyak yang dapat kami buat pada hari pertama selain lawatan ke perkampungan dan kilang membuat Bir Sapporo yang terkenal di Jepun.

  Tak banyak yang aku ingat nama tempat-tempat yang aku lawati sebab kebanyakkannya dalam bahasa Jepun.Cuma yang aku ingat,aku di bawa ke perkampungan orang asli Jepun di sana yang budaya mereka seperti kaum Red Indian di US.

 Dari sana rombongan kami di bawa ke kawasan pergunungan untuk melihat keindahan Tasik Toya dan Tasik Akan yang ketika itu cuaca mencecah -10darjah celsius.Dapat melihat sendiri Air tasik membeku,sehinggakan air mata panas yang keluar ke tasik pun hanya mampu mencairkan 10peratus saja airnya.

Pemandangan dari atas Tasik Akan yang di bawahnya tiada penghidupan kerana jurangnya terlalu dalam


 Air terjun yang turut membeku kerana suhu yang terlalu sejuk iaitu -7darjah celcius.Tak sangka pulak pada tahun 2010 tempat ini di jadikan lokasi pengambaran drama popular Jepun.

 Memang Hokaido ini terkenal dengan pemandangan semula jadinya iaitu gunung-ganang,air terjun,gunung berapi,air mata air panas dan makanan laut mereka.Boleh di katakan sepanjang 4malam aku di sana dan tiap malam itu jugaklah aku akan mandi di kolam air panas yang di sediakan percuma di tempat penginapan kami.Dah tu bila nampak salji je aku lah orang paling jakun sekali sampai orang Jepun tengok pun naik pelik.Mana taknya,masa turun salji orang Jepun semua berebut-rebut masuk dalam rumah,tapi aku dengan beberapa pelancong yang aku bawak sibuk bermandi salji di luar hotel.

 Percutian kami di teruskan ke Tokyo pula.Dengan menaiki penerbangan domestik All Nippon Airways dari Lapangan terbang Chitose  ke Lapangan terbang Antarabangsa Narita.Dari sana terus di bawa ke gunung Fuji.Orang Jepun panggil gunung Fuji ini gunung budak pakai topi,sebab di sepanjang tahun,separuh pergununan itu di liputi salji putih.Bermalam di hadapan tasik yang mengadap Gunung Fuji adalah satu pengalaman yang sukar di lupakan.Pada malamnya kami semua di kehendaki menghadiri majlis minum teh mengikut adat istiadat masyarakat Jepun.(ala-ala drama Oshin tu).Di wajibkan pakai baju kimono yang di sediakan ok.

Di sebabkan faktor keselamatan dan cuaca sejuk, rombongan aku tidak di benarkan ke anak kaki gunung Fuji dengan lebih dekat.Jadi bila tengahari rombongan kami mula bergerak ke Bandaraya Tokyo.Di sana kami melawat di Ginza iaitu satu kawasan syurga membeli-belah barangan elektronik dan pakaian termasuk telipon pelbagai bentuk yang unik lagi murah.Dari sana kami singgah ke Hard Rock Cafe - Tokyo yang terletak jauh tercorok di balik bangunan-bangunan rumah kedai.

Esoknya pula lepas je sarapan pagi di hotel kami bertolak ke Disneyland Tokyo,tempat yang paling di gemari semua orang.Memang Disneyland Tokyo ini terhebat terutama sekali di lokasi "Futureland".Terlalu moden dan sofistikated.Seharian aku dan rombongan di sana.Balik semua dah penat,mana taknya di sebabkan cuti tahun baru Cina,Disneyland penuh dengan umat manusia.Nak naik sati ride jer mengambil masa satu jam.  


 Esoknya sebelum bertolak pulang,lawatan terakhir adalah di Kuil Asakusa dan Istana Samurai dan Maharaja Jepun.Sungguh pun suhu di Bandaraya Tokyo hanya 1darjah celcius,tetapi kesejukkannya mengalahkan di Hokaido.Ini di sebabkan di Tokyo cuaca sejukkan di tambahkan dengan tiupan angin yang kuat.Boleh mengigil sampai ke tulang sejuknya.Sepanjang di sana asik cari toilet nak kencing je.

  Apa pun inilah kenangan paling manis yang tak akan aku lupakann sampai bila-bila ketika melawat sambil bekerja ke Negara Matahari Terbit itu,percuma lagi...hehehe.Paling tak lupa bila sampai je Jb aku di sapa oleh arwah mak aku,dia cakap kulit aku makin cerah dan bersih.Mana taknya tiap-tiap malam mandi air panas mataair dari perut bumi,mana taknya cerah.Patut lah orang Jepun ini kulit diaorang bersih-bersih kan.

Jangan Marah.....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....