Wednesday, July 11, 2012

Teman dalam Kehidupanku-Bahagian 2

Horas!!! 

Wah Horas nie,mentang-mentang baru balik dari Medan."Horas" tu maksudnya "Salam Selamat" dalam bahasa kaum Batak di Medan.Oklah memandangkan malam semalam banyak lagi cerita pasal kawan-kawan aku yang tak sempat aku tulis.(maklumlah hari dah larut malam).Jadi ini adalah bahagian ke2 sambungan dari artikal semalam.

Ini adalah salah seorang lagi kawan aku.Kira dah macam adik aku lah,nama dia Geena dan yang pakai baju warna merah jambu ini adalah Ika & suaminya Anwar yang baru-baru ini di kurniakan seorang cahaya mata yang pertama mereka.Geena sekarang dah bekerja di Kuala Lumpur,cari pengalaman katernya.hehe.Geena,kitaorang rindu kat nasi goreng kampung kamu lah....hehehe

Minah yang dok tunjuk baju macam nak beli ini nama dia Maizatul.Dia nie pun bekas ahli Kelab Clark Hatch merangkap salah seorang gang mengeteh kitaorang jugak.Cuma sekarang dah kurang sikit hadir sebab selalu berada di luar kawasan liputan sebab keja.

 Mamat yang pakai baju belang-belang nie kawan aku masa zaman MIRC.Sakit hati dengan perangai dia pun ada jugak.Nama dia Juzaili tapi kat KL guna mana samaran Salman.(verangan lebih konon Salman Khan lah tu.).Kitaorang memang selalu gaduh-baik-gaduh baik.Last sekali gaduh Febuari ari tu.Pakai duit aku tak bayo-bayo lagi,lepas tu buat muka tak bersalah mendiamkan diri je kan.Dan dekat 13tahun jugak lah kenal dia dan memang dah masak dengan perangai dia yang "over" sikit.Takpe dia tak baca blog aku,jadi leh kutuk dia habis-habis kat sini.

Mamat berbaju melayu cekak musang berwarna biru ini namanya Khalid.Dulu sejak balik dari kerja kat Saudi selalu jugak lah dia hubungi aku ajak lepak-lepak tengok wayang hari minggu.Tapi sekarang dok mendiamkan diri kat Pasir Gudang tu.Sejak balik kerja dari Saudi dia terus bukak restoran dengan kakak dia.Tokeh Kedai Makan Asam Pedas dia nie.

Yang cik kakak dua orang ini kembar lain mak lain bapak.Yang pakai tudung tu nama dia Rahayu dan yang sorang lagi tu nama Salina.Masing-masing kerja satu "travel line" dengan aku.Kalau pergi mana-mana seminar atau makan malam syarikat penerbangan,mesti jumpa muka diaorang berdua ini.Duduk mesti nak sama-sama.

Budak pakai topi nie pulak adik angkat aku.Nama dia Daus.dan yang dok menyanyi macam nak rak tu sepupu dia.Rajin budak ini,kenal dia dah lama,dekat 6tahun.Sekarang dia kerja kat Singapura sebab bercita-cita nak beli kereta "Nissan Fairlady" katernya.Harap-harap apa yang adik nak adik dapat yea.Kalau dapat nanti jangan lupa kasi abang tumpang yea.Jangan buat tak tahu je.hehe.

Oklah,yang kat bawah ini semuanya kawan-kawan sekolah lama aku yang kadang-kadang sempoi kadang-kadang semput..hehe (jangan marah,gurau-gurau jek).Gambar kat bawah ini masing-masing masih muda belia.Mula Dari kiri yang pakai baju putih tu nama dia Hafiz,tapi kadang kawan-kawan yang nakal panggil dia Toyol.Terakhir aku jumpa dia kerja kat Esprit Jusco Tebrau.Sebelah dia Salina yang badan dia "maintain" dari dulu sampai sekarang macam tu je.Cuma sekarang dah bertudung,nampak manis.Yang sebelah baju biru tu sapa eik?? aku lupa nama dia.Tapi budak lelaki badan besar yang tengah-tengah tu nama dia Nizam.Chef masakan Jepun yang popular dan saat ini bekerja di salah sebuah resort di Langkawi.Baju merah tu Zulhaizil,kemudian Apai dan zaidi Saori yang dah dapat cahaya mata pertama.Yang dok terbaring dalam pasir tu nama dia Norma.Sekarang duduk kat KL,bila nak kawin ari tu tak jemput aku pun,tapi leh jemput orang lain...huhuhu.Yang dok tergelak sambil tepuk-tepuk pasir tu Linda.

 Ok kita mula yang kat atas ini dulu.Pakai baju sedondon hitam pokodot ini nama dia Juriah.Dia juga salah seorang pembaca blog aku dan juga merupakan Pengerusi Majlis Alumi SMPT.Kitaorang kenal sejak sekolah rendah lagi,cuma tidak dalam kelas yang sama.Susah tau nak kumpulkan semua kawan-kawan sekolah lama dalam satu masa.Banyak keja,masa,duit,tenaga dan hati kena jaga tu.Apapun aku tabik hormat lah kat dia sebab berjaya juga menemukan kami-kami semua.Yang kat sebelah dia tu namanya Noriz.Kawan satu sekolah aku jugak.

 

 Yang manis pakai baju bunga-bunga ini nama dia Roselina dan badan dia dari dulu sampai sekarang macam tu je awet muda.Tulah untungnya jadi orang kecil nie.Sebelah dia yang bertudung tu kitaorang panggil "Kajol Malaysia" (maaf lupalah nama penuh dia-sapa tau leh komen yea) Sebab apa panggil dia Kajol,sebab dia minat pakai baju ala-ala pelakon hindustan.Hehe.Yang baju hijau tangah ambik gambar tu nama dia NY dan yang tegah duduk baju hitam bunga-bunga tu nama dia Ieta yang selalu asik kena usik dengan Yazid dalam satu-satu pendapat.Hehe.

 Yang baju merah kotak-kotak tu kitaorang selalu panggil nama dia Yat je.Sebelah dia tu pulak nama dia Ena yang hobinya shopping hehehe.Bertudung anggun warna biru ini pulak namanya Hamsiah,atau di kalangan kawan-kawan rapat kitaorang panggil dia Cham.Rasanya Hamsiah ini kawan paling lama aku kenal dari kawan-kawan yang lain kot.Aku kenal dia sejak zaman sekolah tadika lagi.Kalau tak silap sekolah tadika Cina kat Batu Lima,Tampoi kan cham? haha.Sebelah dia Zuriena Tahir.Dulu masa sekolah menendah aku selalu gak lepak minum kat depan kedai bapak dia.Sekarang kedai bapak dia tu dah bertukar jadi tapak janakuasa kecil TMB.Yang bercermin mata dan bertudung ini pulak nama dia Saadiah.Dulu masa muda-muda orang cakap muka dia macam Ebby Abadi.(ada sikit kot).Yang tak pakai tudung tu pulak nama dia Hamiza a.k.a Mijot yang kuat gelak.hehee

Yang dua orang ini pulak "bouncer" kitaorang...taklah gurau je.Nama yang senyum meleret sambil letak tangan kat bahu tu Iwan,sebelah dia yang bercermin mata tu Fairuz.Pompuan yang dok ketawa peluk dia tu isteri Iwan.Bahagia nampak? hehe.Kat bawah tu pulak nama dia Azmi,jaga-jaga dia tu jurulatih sambilan tinju daerah Johor Bahru tu.Sekali dia tumbuk leh bersepai gigi.hehe.Sebelah dia tu Dee,yang pernah mengemparkan sekolah sebab berjaya mencuri hati salah seorang pasangan kembar paling cun kat sekolah kitaorang.Gambar sebelah yang dok kamcing berpeluk tu Mohd Yazid dan Nizam.Dua-dua mamat ini kawan satu kelas aku dan nakal.Seingat aku dulu si Yazid penah mengamuk kat kantil sekolah gara-gara di marah oleh seorang guru.hehehe.Tapi tu cerita lama kan zid.Sekarang dia dah jadi bapak paling Mithali.

Wah kusyuk sungguh ibu dua orang ini bila bertemu muka kan.Sambil orang amik gambar dia pun tak perasan.Yang rambut berwarna macam rambut mat salleh ini nama dia Aween dan sebelah dia tu nama Deal.

Aween sekarang gigih membentuk tubuh badan yang ideal dengan menyertai kelas-kelas arobik.Manakala Deel pulak baru baik kakinya selepas hampir 2bulan bersimen sebab patah.Nasib baik dia dapat suami yang penyabar dan bertanggungjawap.Bukan senang tau nak jumpa suami macam suami deel ini.

 Yang terakhir sekali ialah Ashlina dan kelaurganya berserta keluarga-keluarga besar Halim Hong dan Quek.Ashlina ini kawan satu sekolah rendah dengan aku dan disebabkan nama bapak kitaorang sama nama,kami selalu ditegur "korang ini adik beradik ke?" sorry ok...kami lain bapak,lain mak...hehe.Dulu masa sekolah si Ashlina ini suka amik gambar kawan-kawan kelas kitaorang lepas tu letak kt album umah dia.Aku dapat tahu bila aku datang beraya umah dia.Banyak jugaklah gambar-gambar kawan sekelas kitaorang yang dia kebas.hehe.Tapi apa pun kitaorang tak kisah,cuma bila dapat tahu baru lah kuar cerita "ooo patut la aku cari gambar lama aku ini tak jumpa" hehehe.Dua dah anak dia,selalu jugak bawak kawan-kawan satu kerja dia buat "Company Trip".Untung dapat bos pemurah macam tu.Pekerja-pekerja di syarikat tempat dia bekerja tu pun dah jadi kamcing dengan aku.

Baiklah rasanya itu jelah kot sampai setakat ini.Rasanya tak ada sambungan lagi.Bagi yang tidak di sebutkan disini,aku mintak maaf banyak-banyak lah yea.walaupun tidak disebut,korang tetap di hati aku.

Bak kata orang tua-tua: Berkawan biar beribu,berkasih biar satu.(kena ke ayat ini?)

Koranglah kawan-kawan aku dunia akhirat.Buat teman-teman aku yang telah meninggal dunia hanya doa dapat ku kirimkan buatmu di sana.

Moga mereka aman di sana.




No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....