Sekali lagi aku berwisata dan destinasi aku kali ini adalah di Sumatera Utara iaitu di Medan , Brastagi , Parapat dan Danau Toba.Perjalanan kali ini di temani oleh rakan baikku iaitu Danny & Firasyan.Ikuti pertualagan kami di sana.
HARI PERTAMA : 28 Jun 2012
Perjalananku bermula seawal jam 615pagi dari rumah kemudian terus menanti Danny & Firasyan untuk menaiki teksi bersama ke Lapangan Terbang Senai.Tiba jam 7pagi aku terus ke kaunter Air Asia kemudian masuk ke balai berlepas sambil menunggu ketibaan kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur sebelum seterusnya ke Medan.Menanti penerbangan seteruskan pada jam 5petang amat membosankan,jadi untuk menghilangkan kebosanan aku melayari internet wifi percuma di terminal LCCT untuk mendapat seberapa banyak informasi tentang tempat-tempat yang akan di lawati.Tepat jam 5pm barulah bertolak ke Medan dan perjalanan mengambil masa 50min (dekat je Medan ini).Tiba di Medan dah pukul 4petang waktu Indonesia Barat.Di sini aku telah di jemput oleh Pak Nasution pemandu dan juga pekerja Pak Haris iaitu agen yang menguruskan perjalanan kami semasa di Medan.Kami terus sahaja ke Brastagi (kawasan pergunungan yang sejuk) ala Cameron Highland.Perjalanan memang panjang walaupun hanya 60km,ianya mengambil masa 2jam 30min untuk sampai.Ini kerana ianya melalui jalan-jalan kampung yang curam dan sempit.Sepanjang perjalanan kami melalui sebuah pekan yang di beri nama "Bandar Baru" atau lebih di kenali oleh masyarakat setempat sebagai "pekan dangdut".Sebuah perkampungan kecil yang biasanya di singgah oleh pemandu-pemandu lori dan bus untuk mendapatkan perkhidmatan pelacur.Terdapat banyak karaoke-karaoke dangdut di sini dan selalunya penuh dan sibuk selepas jam 12tengah malam.Jam 8malam (waktu Indonesia) barulah kami sampai di hotel tempat penginapan kami iaitu Green Garden (atau dulunya dikenali sebagai Hotel Rose Garden).Memang sejuk dan dingin suasana di resort ini.Maklum lah atas gunung.Selepas solat dan mandi aku letih,terus lepak tidur.
HARI KE 2 : 29 JUN 2012
Aktiviti hari ini lebih tertumpu pada pergunungan dan membeli-belah.Jam 8pagi aku dah daftar keluar hotel,kemudian pemandu kereta kami , Pak Nasution terus membawa kami ke Puncak Gundaling,iaitu puncak yang paling tinggi untuk melihat kota Gundaling yang berlatar belakangkan Gunung Sibayak & Gunung Sinabung.Suasana pagi memang cukup nyaman,dan masih tidak terganggu oleh kesesakkan jalan raya.Terdapat dua kawah gunung berapi yang terletak di sana dan masih lagi aktif.
Dari Puncak Gundaling aku turun ke pekan Brastagi untuk membeli belah sambil minum pagi.Barangan di sini memang murah terutama untuk membeli cenderahati buat saudara di Malaysia,tapi awas jangan tertipu sebab anda kena pandai menawarkan harga yang paling berpatutan.Aku sempat juga merasa jagung bakar di gerai tepi jalan sambil minum air tebu.Jagung di sini bersaiz XL yea.Selesai sahaja urusan di sini,kami bertolak untuk melihat keajaiban air terjun Sipiso-piso (bukan si-piso-pcfair yea)
Perjalanan ke Air Terjun Sipiso-Piso ini memang memenatkan dengan jarak yang hanya cuma 70km dari Gundaling tetapi mengambil masa 2jam perjalanan.Bila aku dan rakan sampai je kat sini,kami cukup teruja dan mengucapkan syukur kerana dapat menyaksikan sendiri ke indahan air terjun Sipiso-Piso ini.Cukup menjanjikan dan segala penat lelah kami berbaloi juga.Terdapat 1000 anak tangga untuk turun ke bawah dari tempat kami meletak kenderaan.Kalau larat turun lah....haha.Aku cuma larat turun sampai ke perhentian pertamanya sahaja.(sekitar 300 anak tangga).Janji dapat tangkap gambar cukuplah.
Aku sempat menjamu Soto Medan dan mee goreng di salah sebuah gerai di tepi air terjun ini untuk makan tengahari.Bezanya Soto Medan ini,ianya di makan dengan nasi.Macam makan nasi dengan kuah lah camtu.Sedap Sotonya.rasanya seperti Soto Madura.Rugi kalau datang ke Medan tak makan Sotonya.Kamu kemudian meneruskan perjalanan ke Danau Toba.Dari air terjun Sipiso-Piso,kami kena melalui laluan di lereng-lereng gunung yang curam untuk ke sana.Perjalanan memang memenatkan dan ianya mengambil masa 2jam 30minit untuk sampai ke Danau Toba.Tersentak sebentar apabila kenderaan kami melalui laluan kemalangan yang baru saja berlaku jam 5 awal pagi tadi.Kenderaan yang membawa 10penumpang dan seorang pemandu terhumban di dalam jurang di lereng Danau Toba kira-kira 5km dari pekan Parapat.8 orang terkorban dalam kemalangan itu termasuk 2orang warga Malaysia.Manakala 2 kanak-kanak cedera parah.Mengikut berita yang aku dengar,pemandu memandu dalam keadaan mengantuk selepas menonton perlawanan bola sepak Euro2012 German menentang Italy.Masa aku sampai bus masih lagi tersangkut di jurang dan belum di angkat lagi.
Tiba di Hotel jam 430petang dan tempat penginapan kami pada malam itu adalah "DANAU TOBA INTERNATIONAL COTTAGE - PARAPAT".Hotel ini betul-betul terletak di hadapan Danau Toba.Ada antara tetamu hotel yang turun mandi di tasik ini.Pemandangan bilik kami juga cukup menarik dengan balkoni yang mengadap Danau Toba.Tapi awas hotel ini tidak mempunyai penghawa dingin ataupun kipas.(sebab sejuk dengan tiupan angin tasik).Kalau malam jika anda tidak tutup pintu atau tingkap,bersedialah untuk menghadapi serangan nyamuk yea....gemuk-gemuk nyamuk anda nampak bila bangun pagi nak mandi nanti.Satu lagi hotel ini memang kedekut sedikit.Soket Plak untuk elektrik cuma ada dua sahaja.Satu di luar untuk pasang TV,dan satu lagi kt dalam bilik air untuk pasang pencukur elektrik.Jadi kalau nak charge telefon bimbit atau laptop,anda kena tutup tv atau charge di bilik air.
HARI KE 3 : 30 JUN 2012
Kami bersarapan pagi di restoran tempat hotel kami yang terletak di atas bukit tidak jauh dari bilik hotel sambil mengadap Danau Toba dan kolam mandi.Sungguh indah dan nyaman sekali.Restoran penuh sebab pagi itu ada lebih 3 kumpulan yang bermalam di situ.Dua daripadanya dari Malaysia dan satu lagi dari pelajar-pelajar universiti di Indonesia.Jam 9pagi kami telah di jemput oleh pemandu kami untuk menaiki ferry ke Pulau Samosir (bukan Simosa atau samosa yang selalu di sebut oleh si Danny dan Firasyan yea).Perjalan menaiki ferry mengambil masa 30minit untuk tiba di perkampungan Batak bernama "Tomok".
Inilah suasana perkampungan Batak ini mengingatkan aku pada pekan Batu Lima yang dulunya bersebelahan dengan Plaza Angsana sekitar tahun 1984.Cukup nostalgia dan hampir sama.Di sini banyak gerai-gerai yang menjual barangan hasil kraftangan penduduk ,cenderahatidan t-shirt.Di sini ada pertunjukkan tarian tradisional masyarakat Batak iaitu tarian Sigale-Gale yang antara penarinya adalah kanak-kanak batak dari keturunan Raja Pulau Samosir sahaja.
Jam 12 tengah hari kami sudah bertolak semula ke hotel dan bersiap-siap untuk ke Medan pula.Nie lagi satu,perjalanan yang hanya 170km itu mengambil masa 4jam dari Parapat ke Medan.Cukup letih dan memenatkan.Mana tidak,jalan di sini tidak berapa rata dan lurus.Nak tidur dalam kenderaan pun tak boleh.Jam 530petang baru aku tiba di kota Medan.Hujung minggu di Kota Medan memang membosankan sebab rata-rata banyak kedai di tepi jalan di tutup.Kalau bukak pun shopping mall yang besar-besar sahaja.Malam ini kami bermalam di "GRAND SAKURA HOTEL" hotel 3 bintang yang biliknya sederhana besar sahaja.Lokasi sedikit jauh dari Merdeka Walk iaitu kira-kira 15minit berjalan kaki.(maklumlah kami semua berjalan terkedek-kedek macam itik masuk kampung)
Ini adalah suasana di Merdeka Walk dan pada malam itu Kota Medan menyambut hari ulang tahunnya yang ke 422 tahun.Banyak acara di adakan di dataran padang bersebelahan dengan Merdeka Walk ini.Merdeka Walk adalah salah satu "night spot" yang terbaru di Medan.Ianya adalah deretan kedai-kedai makan yang menjual masakan barat dan Indonesia.Berjalan di sini seperti berjalan di Batu Pahat Walk atau di Bangsar Walk.Malam itu Kota Tengah Medan bermandikan cahaya.Pulang ke hotel jam 1030malam dan menonton filem "I'm Legend" di bilik hotel siaran Trans TV
HARI KE 4 : 1 JULAI 2012
No comments:
Post a Comment