Friday, January 31, 2020

Johor Bahru Dalam Kenangan

RA baru je dapat gambar-gambar ini dalam aplikasi Whatapps kumpulan dan sebahagiannya dari sumber internet.Jadi RA nak kongsikan bersama dengan korang gambar-gambar Johor Bahru dari zaman 50an hingga sekarang.
 Zaman nie RA belum lahir lagi kot.Zaman selepas perang Jepun nie.
 Haa kalau yang nie RA pernah lalui.Dulu arwah Nenek tinggal di Singapura jadi kalau hujung minggu selalulah arwah mak dan ayah RA bawa kami ke Woodlands Singapura melalu tambak Johor yang sesak ini.Masa nie laluan kereta,moto dan bas kena ikut bawah manakala lori kena ke pusat pemeriksaan Tanjung Puteri melalui laluan atas.Kenangan beb masa nie kaunter Imigrasi untuk kereta ada cuma 10-13kaunter sahaja.
 Pantai Lido nie rasanya di ambil pada zaman lewat 70an dan 80an kot.RA masih ingat lagi bentuk muka bumi pantai Lido nie hehehehe.Memang hujung minggu kalau bosan mesti kakak atau abang RA ajak mandi kat sini.
Ini gerai makan paling-paling-paling legend buat RA.Zaman dulu kitaorang panggil Gerai Warung Batu Pantai Lido.Kat sini rojak , Mee goreng dan Nasi Ayam dia memang terbaik.Kalau ke Johor Bahru mesti singgah makan di sini.
Ini satu lagi port baik budak-budak sekitar tahun 90an.Warong Gerai Tepian Tebrau bersebelahan dengan Komplek Islam Johor.Gerai paling hujung tu Gerai Kak Wan,malam minggu mesti lepak makan kat sini.Nostalgia betul.
 RA paling tak suka naik bus no 6 nie hahaha.Tapi kalau dah tak de pilihan sebab bus takde terpaksa jugalah.Kenapa tak suka? Sebab bas nie mesti akan singgah ke Skudai Kiri untuk isi minyak sebelum ke Pontian.Kalau banyak bas yang menyinggah maka lambat lah RA sampai rumah padahal lagi 4hentian je nak sampai ke kawasan rumah RA.
 Panggung wayang paling lagend.Ada 2tingkat.Tingkat atas untuk tiket kelas pertama.Harga mahal sikit lah dari yang kat bawah.Filem pertama RA tengok ialah Batman 1 (Micheal Kaeton).Tu pun abang RA yang belanja bawak.
 RA baru tahu bas Alec nie dah ada sejak 1959 lagi.
Bas Alec sekitar tahun 1997.Beza banyak kan.Belakang tu tapak untuk bina City Square.(dulunya pasar Basah Johor Bahru).
Jalan Wong Ah Fook dahulu terletaknya Pasar Besar Johor bahru dan sekarang menjadi pusat membeli belah terkenal.
 Haa nie tiap kali nak ke Singapura mesti bas kitaorang akan turun dan berhenti di perhentian terakhir ini.Bas stesen lama nie memang lagend habis.
Ini gambar sekitar tahun 80-90an.Dalam nie jual tiket bas je.Ada satu lagi bangunan macam nie kat bahagian bawah tempat letak bus.Kat situ semua gerai makanan di pindahkan ke sini.Zaman ni masih aktif lagi dengan aktiviti bas express,teksi dan bus berhenti-henti.
Tapi sekitar awal tahun 2000 stesen bas ini telah di pindahkan ke Larkin dan di jadikan stesen bas dan teksi untuk ke Singapura sahaja.Tapi sekarang tempat ini telah di dirikan bangunan dan masih dalam pembinaan.
 Ini suasana biasa di tambak Johor setiap petang dari Singapura ke Johor.Zaman dulu jaraknya cuma 4KM je...takdelah jauh mana.Lewat tahun 90an RA bekerja di Singapura dan berjalan kaki di tambak Johor memang dah jadi perkara biasa.Kadang tu masa bulan puasa RA berbuka kat atas tambak sambil berjalan kaki pulang ke JB.
Satu lagi gambar yang RA nak kongsikan ialah Perpustakkan Sultan Ismail.Perpustakaan ini di pindahkan ke Larkin sekitar tahun 1996-1997 macam tu.Bangunannya di robohkan untuk memperbesarkan Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru yang terletak bersebelahan perpustakaan ini.
 RA kan duduk kat kawasan sini haa inilah dia Pasar Lama Pekan Tampoi di Batu Lima.Sekarang telah tersergam bangunan B5 Street market.
Ini gambar dahulu dengan sekarang.Banyak berbeza kan...Balai Polis terlindung dek jenjatas bersebelahan Plaza Angsana.
 
Ini adalah beberapa gerai-gerai tempat lepak RA dulu.Gerai jalan Cenderawasih tu mesti singgah lepas balik dari Perputakaan.Mesti singgah makan Rojak Asma dia.Gerai Selera Intan kat sebelah Pejabat Pendaftaran tu mesti singgah lepas buat passport atau IC.hehehe.Nostalgia lah...

1 comment:

Shahrul Iezuani hifni said...

Saya tertarik bab gerai warung batu pantai lido. Mengimbau kenangan masa kecik2 dulu tiap kali ayah saya bawa saya ke jb akan makan nasi ayam di situ. Menu kegemaran saya nasi ayam goreng di salah satu gerai nasi ayam. tetapi bila gerai di situ dah dirobohkan sayangnya tak tau gerai nasi ayam tu dah berpindah kemana. Teringin sangat nak cari balik gerai nasi ayam tu kalau masih berniaga lagi. Pada saya nasi ayam goreng gerai tu memang yang paling sedap setakat ni saya pernah makan dan tak pernah jumpa yang sedap mcm tu di tempat lain.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....