Agak-agak korang RA berada kat mana nie? Pagi-pagi tahun baru Cina RA dah merayap ke Bukit Payong Batu Pahat hehehe.
Ok sebelum-sebelum nie pun RA dah banyak buat post tentang Bukit Payong kan.Jadi hari ini RA cuma nak berkongsi cerita dan gambar-gambar je lah.Awal perancangan nak ke sini memang ramai yang nak ikut,ada dekat 10orang.Tapi di bak kata orang tua-tua "ku sangkakan cerah sampai ke petang,rupanya hujan panas di tengahari." hehe..
Akhirnya hanya muka-muka kami berempat nie jelah yang menyahut cabaran itu.Selain RA sendiri , Kak Lailer-Pakar tulang, Abang Lan-Wartawan mingguan sekolah dan Fizre-Pengurus Artis yang menyahut cabaran ini.
Pendakian bermula jam 830pagi dan semasa pendakian RA bertembung dengan sekumpulan pendaki dari Singapura.Nama geng diaorang Geng Kura-Kura.Haaa kenalah dengan geng RA,Geng Penyu darat hehe....Oklah sedikit info tentang Bukit Payong.Bukit Payong ini mempunyai 5puncak di atasnya.Jadi penduduk-penduduk kat sini menamakan puncak-puncak ini dengan nama :
1.Bukit Botak (lawa)
2.Bukit Berdiri (lawa)
3.Bukit Banquet.
4.Bukit Alam
5.Bukit Payong (lawa)
3 dari 5 puncak bukit ini mempunyai pemandangan yang cukup lawa.Korang nak tau apa maksud lawa tu korang gie la cari kat kamus-kamus yea.
Kalau korang bermula mendaki dari Bukit Botak korang bolehlah turun di Bukit Payong dan begitulah sebaliknya.Jarak antara kedua-dua hujung puncak ini sekitar 2-3km.Tapi hari ini RA cuma nak ke 2 puncak bukit ini sahaja iaitu Bukit Botak dan Bukit Berdiri.Gambar yang mula-mula RA tunjuk kat atas tu lah puncak Bukit Botak.Kat situ korang boleh nampak pekan Parit Sulong dan Parit Raja dari puncak.Gambar yang ini pulak di Bukit Berdiri.
Yang menjadikan Bukit Berdiri ni popular ialah terdapat satu batu tenggek betul-betul berada di tepi tebing.Pemandangan memang menjanjikan.Korang boleh nampak ladang kelapa sawit , sungai dan banjaran bukit dan gunung yang terdampar di hadapan korang.
Kalau nak bergambar macam yang RA buat nie kena berhati-hati sikit dan jangan ramai-ramai lak naik.
Apa yang penting ialah keselamatan diri.Jangan terlalu ghairah nak bergambar sampai membawa kepada kecelakaan.heheee...Jam 945pagi menawan puncak Bukit Botak dan jam 1030pagi menawan puncak Bukit Berdiri.Lama juga RA dok lepak dan borak dengan geng-geng luar yang sama-sama ke sini.Jam 1145pagi kami semua bergerak turun dari sini.Alhamdulillah jam 1230tengahari RA selesai dan kembali ke tempat letak kereta.
RA tidak terus pulang ke rumah tetapi sebaliknya singgah makan tengahari di salah sebuah kedai Nasi Beriani Kurma Arab di Parit Yaani.Beriani ayam dan kambing menjadi pilihan RA dan kak Lailerr.....Sedap cuma hehee nasi nya sikit nauuuu....hehehe.Perut dah kenyang jadi masa untuk pulang ke rumah.Nasib baik tak ada kesesakkan semasa pulang.
No comments:
Post a Comment