Saturday, January 22, 2011

Panggillan Pulau - Sibu Island Resort

SELAMAT DATANG KE SIBU ISLAND RESORT

Haiyo haiyo haiyo....haiyo kezambooooo...sampai juga aku ke Pulau Sibu akhirnya.Seronoknya tak terhingga.Sampai sahaja aku di pulau itu,aku di sambut dengan dedangan ayunan gitar dan lagu-lagu ala Pangilan Pulau.Nyamannya Pulau Sibu nie.Musim-musim monson macam nie memang tak ramai orang.Jadi dapatlah kami merasai nikmat keseronokkan tanpa gangguan.Maklumlah klu dah ramai tu suasana jadi hiruk pikuk.



Untuk ke Sibu Island Resort nie aku terpaksa ke Terminal Jeti Tunjuk Laut A.K.A Jetty Tanjung Lemanla.S.I.R (Sibu Island Resort) nie di buka sepanjang tahun walaupun pada musim tengkujuh.Nak tau kenapa?? sebab SIR nie terlindung oleh Pulau Sibu Besar dan perjalanan Bot Ferrynya di kawal selia oleh Jabatan Laut Johor.So tak perlu risau walaupun pada musim tengkujuh.

Kt sini aku tak lepaskan peluang untuk mencuba flying fox,memanah,memberi makanan pada Rusa2 yang jinak.Pada malamnya pulak,aku dah kawan mencuba Moonnight walk.Walaupun mencabar tetapi seronok coz dapat melihat suasana disekeliling pulau di waktu malam.
Nie lah muka2 ceria sewaktu nak pulang ke JB.Seronok sebab dapat buat semua aktiviti di Pulau.Ada orang tu siap ber poco-poco lagi....hehe.Keseronokkan berpanjangan tak terhingga.Memanah & flying fox lah acara yang paling seronok.Bila buat Jungle Trakking aku naik semput sebab kena panjat bukit panas-panas.

 Makan di restaurant Lumba-Lumba SIR,sambil di hiburkan dgn alunan muzik segar  kumpulan band dari Filipina.

Terima kasih pekerja-pekerja SIR di atas layanan 5* kamu.Kami gembira semasa berada disana



No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....