Tuesday, June 26, 2012

JJNM : Infusion Cafe KSL Resort

 Jalan-Jalan Nak Makan (JJNM)
Kafe Infusion @ KSL Resort Johor Bahru


"Jalan-jalan Nak Makan" kali ini ke KSL Resort pula untuk menikmati International Buffet di Kafe Infusion.Berada seawal jam 730malam,kehadiran para tetamu kehormat amat memgecewakan.Rata-rata hadir pada jam 8malam - 830malam.Mungkin juga ada yang ingin menunaikan solat Margrib terlebih dahulu atau mengecas handphone atau mungkin menonton berita di kereta dahulu.Menu-menu utama di kafe ini memang sangat menjanjikan.Dengan hanya membayar RM29 voucher diskaun di Groupon aku dan teman-teman boleh menikmati menu-menu lazat ini.

Antara Menu Utamanya :

UDANG : REBUS / BBQ / MASALAH (SIZE XXL)

LAMB CHOP / KARI AYAM / ISI IKAN MASAM MANIS

NASI GORENG / MEE GORENG MAMAK

KUPANG / ASPARAGUS / SASHIMI

BUBUR / SUB CENDAWAN / SUSHI / PIZZA / MURTABAK

ANIKA KUEH / MESHMELLOW / AISKREM


Dengan bertema kan Malam-malam ceria,ramai juga yang datang dengan pakaian yang menampakkan keceriaan, walaupun ada yang mengenakan hitam putih yea.Memandangkan malam ini malam pertengahan hari jadi antara Kak Ros (semalam harijadi dia) dan Alice (esok harijadi dia), maka acara makan-makan ini berketepatan lah dengan tema malam ini.Hamboi Senyum lebar je muka Mak Banang tu.Baju pokodot lagi kau.

 Apa jugak lah yang di bualkan oleh si Azie nie yea....yang Mak Banang asik tunduk je dengan kirai-kirai makanan tu sambil mendengar celoteh si Azie.

 Yang ini pulak telatah ketua gang budak-budak.Yang sorang tu masih mengaku abang lagi.(konon masih teruna lah tu) yang sorang lagi tu pulak pantang nampak orang nak amik gambar,mesti dia nak masuk.Habis di suruh budak-budak kecik tu ikut dia teropong.

  Betul tak saya cakap...semua gambar dia mesti nak ada.Tapi latar belakang pokok-pokok buluh tu cantik kan.Macam ala-ala Winter Sonata pulak tu dengan kakak sorang tu buat set rambut baru,rebonding katernya (guna jari pun voleh)

Sempat jugak mempromosikan Broucher Legoland yang akan di buka pada 15September nanti.Mamat kat belakang tu pun sama jugak,pantang nampak kamera.(anak didik si dia lah katakan)
Gambar yang ini pulak sempat kami tangkap senyap-senyap tanpa ketua gang budak-budak.

Yang ini pulak bila dia nampak kitaorang bergambar dari jauh dia cepat-cepat berlari meluru,tu yang ada muka dia tu.(mesti nak masuk).Lepas tu nak nyanyi lagu "aci-aci bukak pintu" pulak

 Majlis bersurai jam 10.30 malam.Tu pun kalau boleh nak duduk sampai kul 12tengahmalam macam yang selalu buat kat Habib tu


2 comments:

INFUSION Café said...

Great article writing for INFUSION Café, do see my review too at
http://malaysiafood.org/infusion-cafe/

IBU HAYATI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget