Monday, June 18, 2012

Persembahan Mak Yong di Jotic

 Semalam aku berkesempatan menonton persembahan Mak Yong dari Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan yang di persembahkan secara percuma di Auditorium Jotic.Bersama Nik sekeluarga, Abang Mat sekeluarga , abe mork dan Olie sekeluarga,kami sampai dan mengambil tempat pada jam 830malam.(walaupun ada yang tak sampai-sampai lagi,maklum lah ada yang datang dari jauh - Tanjung Piai katernya).Penaja bersama persembahan ini adalah Jamu Mak Dara,Sekolah Seni Johor & Kementerian kesenian Negeri Johor.Maklumlah MakYong nie kan dah di iktiraf oleh "UNESCO".Kalau kita-kita ini rakyat Malaysia yang memberi sokongan sapa lagi kan? Tajuk Persembahan ini adalah 

"PUTERI JERIJIT EMAS"

 Di luar auditirium di letakkan pakaian-pakaian penari Mak Yong dan sedikit informasi tentang barisan pelakon,pengarah dan mereka-mereka yang terlibat dalam acara ini.Persembahan ini adalah sebahagian siri jelajah mereka di seluruh negara.Selepas ini mereka akan ke Sabah pula.

 Persembahan di mulakan tepat jam 9malam dengan tarian pembukaan iaitu "Tarian Mengadap Rebab" dengan kehadiran lebih kurang 20 penari menunjukkan kebolehan gemalai tari Mak Yong dengan di iringi muzik dari Rebana Rebab.

 Penceritaan bermula selepas sahaja tarian mengadap rebab berakhir.Mengesahkan "Raja Besar" yang mempunyai seorang putera bernama "Raja Muda Kesuma Jaya" yang ingin pergi berburu.Beliau memerintahkan 2 pengasuh Raja Muda iaitu "Peran Tua" dan "Peran Muda" untuk pergi menemani anakandanya. Dalam perjalanan memburu beliau telah menemui sekumpulan burung jerijit emas yang sebenarnya jelmaan tuan puteri dan inangnya yang telah di tukarkan oleh Nenek pendita sebagai langkah keselamatan. Dengan bantuan Pengasuhnya,beliau berjaya menangkap salah satu Burung Jerijit Emas dan mengurungnya ke dalam sangkar untuk di jadikan peliharaannya.Burung yang lain pulang dan memgadu kepada nenek pendita.Nenek pendita menjelma menjadi kucing hutan dan menyelamatkan Puteri Jerijit Emas serta menbawa pulang ke Gua yang di awasi oleh beribu-ribu ular.Dengan kesaktian yang ada pada Raja Muda Kesuma Jaya,beliau berjaya masuk ke dalam gua tersebut dan menemui nenek pendita kemudiannya jatuh cinta dengan tuan Puteri Jerijit Emas lalu membawa balik untuk di nikahinya.

 Di sepanjang persembahan selama 2jam ini , penonton di hiburkan dengan gelagat lucu tukang Karut iaitu lakonan "Peran Tua" dan "Peran Muda".Di tambah dengan kegedikkan 3 inang lelaki perpakaian wanita yang sudah cukup menghidupkan dan menceriakan suasana dengan gelak dan tawa penonton.Menurut mereka yang terlibat dalam persembahan MakYang (Mak Yang mana lak nie-mesti tersasul dalam facebook) sebenarnya Mak Yong ini, persembahan Mak Yong yang asli mengunakan 100% penari dan pelakon perempuan sahaja.Tapi di sebabkan ini adalah persembahan jelajah negara,mereka mengambil beberapa pelakon lelaki untuk tatapan sahaja.Persembahan tamat tepat jam 11malam dan kami pulang dengan seribu satu kenangan pertama kali menonton Mak Yong.

(selalu tengok teater je,paling pun tengok Bangsawan)

BUAT MEREKA YANG TERLIBAT...TERUSKAN USAHAMU



1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....