Saturday, October 4, 2014

JJNM : Ratatouille La Gourmet

Jemputan Eksklusif di Ratatouille La Gourmet
J.J.N.M : JALAN JALAN NAK MAKAN
- Restoran Ratatouille La Gourmet - 

Hari ini RA cukup bertuah kerana mendapat undangan dari pemilik dan pengurus Restauran Ratatouille La Gourmet untuk merasai masakan yang di hidangkan di sini.Setelah seminggu membuat temujanji maka hari ini jam 3petang RA tiba di sini.Lokasinya? sangat-sangat stratigik.Terletak di Taman Adda Heights , No 73 Jalan Adda 3/1 lot hujung.Mulanya RA mahu pergi bersama Mork dan Raymond,tapi Mork terpaksa membatalkan temujanjinya kerana perlu pulang ke kampung bersempena Hari Raya Haji esok.  

Jadi hanya RA dan Raymond sahaja yang dapat menhadirkan diri.Terletak di deretan rumah pejabat di jalan utama.Masuk saja ke Jalan Adda 3 dah nampak restoran yang baru di buka 2bulan ini.Restoran ini menyajikan 100% masakan barat yang tidak mengunakan atau menghidangkan babi di dalam setiap bahan dan menunya.

Lot hujung ini tidaklah terlalu sibuk seperti lot yang tengah di mana terdapat kedai Mamak 24jam.Jadi nak cari tempat letak kereta pun senang.

 RA di sambut oleh pemilik dan juga Ketua Chef iaitu Mr Brian Soon , katanya pengurusnya Ms Sharon keluar sebentar menghantar pekerjanya ke klinik. Masuk sahaja di ruang dalaman restoran ini RA berasa teruja.Deko dalamannya cukup kemas berkonsep Inggeris , tidak terlalu sarat seperti beberapa kedai yang mengantung pelbagai gambar.Hanya beberapa perhiasan bunga di meja dan satu dua gambar di dinding yang tidak sarat sudah membangkitkan suasana ceria dan selesa.

 Bagi yang datang bersama tercinta dan kekasih, ada beberapa meja makan yang di letakkan bersebelahan dengan tingkap bagi membangkitkan suasana romantik.

 Kami di minta memilih pilihan makanan yang di sediakan di restoran ini.Untuk minuman RA memilih "Lime Mint Freeze",Raymond pulak memilih Cappachino.

Untuk set makan pulak kami meminta pandangan chef Brian dan seorang lagi chef tentang menu kegemaran atau "signature dish" di restoran ini.Kami mulakan dengan permulaan "French Onion Soup", "Mushroom & asparagus Salad" dan "Half dozen Escargot".Escargot ini memang terbaik dan menu wajib cuba di sini.

Haa ini dia French Onion Soup yang di hidangkan bersama potongan roti Prancis dan cheese.Rasanya cukup menjanjikan. 

3kombinasi rasa dapat RA dan Raymond rasa dalam makanan ini.Escargot ialah siput laut yang rasanya masin manis, kenyal dan rangup.Salat dan cendawan pula rasanya masam manis manakala sup bawang yang tidak terlalu pekat membawa aroma manis-manis pahit.Bila di makan kesemuanya serentak rasanya cukup menjanjikan.

Air Lime Mint Freeze ini memang sesuai untuk tekak RA yang tengah batuk dan ternyata pilihan RA memang tepat.Walaupun batuk tidak hilang tapi sekurang-kurangnya ia tidak menganggu RA untuk menjamu selera.

Set menu utama RA telah tiba iaitu "Pan Seared Norwagian Salmon".Setnya sangat besar dan pastinya memenuhi perut RA yang tengah keroncong ini.

Pilihan si Raymond pulak hasil cadangan Chef iaitu "Lamb Rack" yang di masak well dengan Sos mint.Dagingnya cukup empuk dan tidak liat di masak tanpa menghilangkan staktur rasanya.Kami bertukar-tukar rasa bagi menikmati kedua-dua menu utama ini dan ternyata Lamb Rack ini tidak mengecewakan bagi peminat daging kambing yang di masak ala barat.Portionnya pulak sangat besar dan tidak perlu risau jika tidak kenyang.

Sharon datang saat menu utama kami hampir habis.Beliau mencadangkan kami untuk mencuba manisan iaitu "Apple Pie", manisan "HomeMade"paling popular di sini.Di hidangkan bersama strawberry dan aiskrem dah rasanya sangat-sangat sedaapppp...Rugilah orang yang sepatutnya datang bersama RA tu tak datang sekali kan kan kan....

 Sesudah makanan habis, RA di pelawa mengambil beberapa gambar di setiap sudut dekorasi dalam restoran ini.Set sofa ini menjadi pilihan RA dan pastinya akan kembali bersama geng-geng mengeteh yang lain. 

  Sempat lagi RA bergambar dengan chef dari Turki yang memasak masakan kami tadi sama dengan Ms Sharon dan Mr Brian-Pemilik dan pengurus restoran 

Terdapat beberapan ruang meja makan khas untuk keluarga dan bagi yang datang bersendirian jugak. 

 Dekorasi luaran pula sangat mudah dan ringkas tetapi membangkitkan suasana seperti di luar negara.Menurut Sharon pada waktu malam,mereka meletakkan meja di luar dan pelanggan yang merokok boleh menikmati makanan di luar.Apapun RA berterima kasih ke atas kesudian Ms Sharon menjemput RA menikmati menu istimewa di restorannya.Layanan yang di berikan oleh Mr Brian dan pekerja restoran ini juga sangat bagus. 


3 comments:

sudipVSsenduk said...

tetiba teringat tikus dlm cerita Ratatouille

Unknown said...

halal?

RioAzzaro said...

Ratatouille tu sejenis rempah...yang di gunakan utk masakkan prancis yg juga tikus tu guna utk menyedapkan masakkannya...kat sini tiada sijil halal.tp tidak menjual bahan-bahan yang berunsur babi.Even stick n dagingnya pun tidak meletakkan wine

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....