Sunday, March 16, 2014

JJNM : Asam Pedas Tepian Tebrau

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN 

- ASAM PEDAS TEPIAN TEBRAU -

 Alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya sejak pagi tadi hingga lah ke tengahari.Sampaikan lepas je solat subuh RA terlajak sambung tidur.Sedar-sedar je jam dah pukul 1130pagi.Bila perut lapar mula tengok whatapps mengajak rakan-rakan mengeteh makan tengahari seperti yang di rencanakan oleh abang Mad malam semalam Asam Pedas Tepian Tebrau.

Jam 12tengahri semua berkumpul di gerai medan selera Tepian Tebrau.RA tak sempat pulak nak amik gambar nama gerai ini sebab semuanya dah kelaparan bila nampak Asam Pedas Ikan Merah + Ikan Pari dan Ikan Caru tiba di meja kami.Kalau tak silap gerai ini terletak 4blok dari hujung Gerai Tip Top.Rancangnya nak ke Asam Pedas Faridah kat tengah-tengah tapi dah terjebak di sini.

 Bila pesan makanan teringat la pulak pada adik bongsu paling manja dalam keluarga mengeteh kitaorang.Tu yang mintak Kak Ros telefun suruh dia datang ke sini.Rupa-rupanya dia ada kat Hospital Sultanah Aminah je.Buat rawatan susulan tapi katernya ada kat UTM tengah mengajar.Amboi berahsia lah tu,nasib baik ada jururawat yang bertugas hari tu beritahu kat RA.

Apapun semuanya selamat tiba dan berkumpul sebelum makanan semuanya habis licin.Maklumlah "Qadaq sarapan pagi" katernya...Bacaan doa makan siang tadi di bacakan oleh RA dan di amenkan oleh semua orang.

 Haa sampai pun jugak dia...Inilah abang adik bongsu kitaorang.Berbaju kemeja putih belang-belang baru kuar dari UTM katanya...

Menu makanan yang kami pilih :

ASAM PEDAS : IKAN PARI SEKOR / IKAN CARU SEKOR / IKAN MERAH SEPARUH

SAYUR KANGKUNG / TAUGEH GORENG

TELUR DADAR

SOTONG GORENG TEPUNG

JUMLAH RM 185.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget