Saturday, March 8, 2014

Perasmian Padu Teguh & Ulangtahun

 Hari ini bermula sejarah perasmian Syarikat padu Teguh Trading S/B milik rakan sekolah RA iaitu Eddy Saori.Majlis hari ini di rasmikan oleh ayahandanya dengan menjemput rakan taulan dan saudara mara terdekat dan jauh.Mulanya RA nak siap-siap datang tengahari tapi memandangkan cuaca agak panas akhir-akhir ini,RA menukar kehadiran di waktu petang. 

 Inilah antara barisan-barisan hadirin yang hadir pada hari tersebut.Menu utama Nasi Minyak dan Nasi Ayam beserta kueh muih tempatan.Wah En Yunus pun ada datang jugak yea malam itu? hehe bagus-bagus,saya tak dapat datang malam da sebab nak menguruskan Ayah di rumah.Biasalah sekarang ini tak leh selalu kelaur.Ayah RA pun bukan sihat sangat.

 Majlis di mulakan dengan acara ulang tahun kelahiran Muhammad Adi Putra ke 3tahun iaitu anak pasangan tuan punya majlis iaitu Eddy dan Sue.Kek memang tak leh lepas dari Thomas & Friends kan.Kemudian di selangkan dengan acara perasmian yang di rasmikan oleh Hj Saori ayah pada Eddy.Majlis di teruskan dengan bacaan Yasin dan Tahlil oleh Madrsah Tahfiz di tingkat atas dan di akhiri dengan jamuan makan.

Jam 7malam RA dah bergerak pulang.Banyak yang nak di uruskan di rumah sebenarnya.Apapun terima kasih Eddy dan Sue atas jemputan anda berdua.Moga perniagaan bertambah berkat dan maju

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....