Sunday, September 28, 2014

JJNM : Pot's Industries Danga Bay

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 

POT'S INDUSTRIES DANGA BAY

Ok hari ini RA nak cuba makan yang menarik sedikit.Pikir punya pikir teringat kat satu rumah banglo tepi jalan kat DangaBay yang dah pun di ubah suai menjadi restoran.Banglo nie kalau tak silap RA milik seorang rakan kepada kawan RA yang dulunya dia nak jual dengan harga RM5Juta.Tapi di sebabkan harga yang mahal tu takde pembeli dia menyewakan kepada pengusaha francis POT's Kitchen. 

RA di temani oleh Abe Mork membuat temu janji jam 6petang di sini.Suasana dalam restoran ini memang cukup kozi.Pelbagai lampu mentol menjadikan suasana kat sini sangat-sangat santai.

 Ini menu pilihan RA.Burger bakar dengan kentang goreng.Harga RM18.00 dan saiznya XXL.Terpaksa mengunakan garpu dan pisau untuk memakan.

 Nak amik gambar pun ala-ala malu gitu.Maklumlah sikit lah punya ramai orang dalam restoran nie datang bersama rakan-rakan dan buah hati.RA pulak datang berdua je dia si mamat remaja purba nie..hehe Jangan mare yea Abe Mork,gurau jek. 

 Ini menu pilihan abe Mork.Kepak ayam goreng.Memang saiz-saiz makanan kat sini besar amat.Meja sebelah RA nampak makan sandwich pun besar giler....(nasib baik tak giler)

 Tengok tu amik gambar pun tak berkepak,tak bertebangan.Kontrol mancho katernya.ammahhhh...unnehhhh.Dahlah tu amik gambar kat latar belakang yang sama.Bertukar-tukar tempat duduk lagi hehe.

Oklah sedikit maklumat tentang restoran ini.Restoran ini masih tiada sijil halal,tapi kalau tak silap RA pemilik restoran ini orang Melayu Islam.Makanan-makanan yang di sediakan pun tiada menu yang haram.Nak tahu kat mana?? kat Jalan Skudai arah ke Bandar bersebelah sebuah lagi rumah banglo yang di jadikan restoran iaitu Brezzo.Betul-betul mengadap Pintu gerbang Danga Bay.Dtang lah cuba makan kat sini.


1 comment:

Lynn Hamzah said...

tq for sharing...insyaallah ada masa boleh pergi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget