Thursday, June 13, 2013

JJNM : Nasi Padang Restoran Selasih

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN

NASI PADANG RESTORAN SELASIH - PERSADA JOHOR

Bersempa cuti-cuti Malaysia hari ini RA mengajak ayah RA untuk makan tengahhari Nasi Padang di Restoran Selasih - Persada Johor.Hari ini RA cuti lah,menghabiskan sisa-sisa cuti pertengahan tahun RA.

Ia berjumlah RM 12++ satu kepala untuk satu set menu Nasi Padang.Antara pilihan menunya ialah :

Terung sambal belado

Telur masak minang

Ayam masak kari 

Puding sebagai manisan

Walaupun set menunya tak sebanyak set menu nasi padang di warong-warong biasa,tetapi ianya sangat-sangat sedap.RA dan ayah memilih makan di ruang luar restoran sahaja sebab dengan hidung yang selsema memang tidak sesuai makan di dalam yang berhawa dingin. 

Terung sambal belado tu memang sedap maklumlah chef tukang masak hotel lima bintang yang masak.Memang menyelerakan.Set ini tidak termasuk minuman (macam pelik pulak set makanan tidak di sertakan dengan minuman).Air Sirap Limau dan sirap bandung yang RA dan ayah pesan itu berharga RM5.00 segelas.Bagi sesiapa yang mahu makan di sini pastikan datang awal,bukan apa sebab tempat meletak kenderaan memang terhad. 

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....