Tuesday, June 25, 2013

Kotaraya Singapura Zaman P.Ramlee

Ok sebenarnya RA bukan orang Singapura pun,tapi saja nak berkongsi gambar-gambar lama Singapura pada zaman P.Ramlee ini buat tatapan pembaca blog RA.Gambar-gambar ini RA dapat dari seorang kenalan di Yahoo Group,jadi RA tak mahulah label gambar ini dengan mengatakan ia hak milik RA.

 

Pertama sekali sebelum kita nak masuk Singapura kita kenalah melalui komplek kastam dan immigration ini.Inilah dia dahulunya laluan masuk ke Singapura melalui Tambak Johor.

 Kalau nak tahu inilah dia Tambak Johor.Laluan utama menghubungkan JB-Singapura dulu.

Amboi leh lepak-lepak lagi yea kat tepi tambak tu.

  Ini RA tak pasti kat mana,tapi kalau di agak-agak seperti kat Rochor atau Orchard

Yang ini kawasan City Hall kan...sebab dah nampak dekat sangat dengan Clarke Quay.

 Penuhkan warong-warong kat tepi tu.Inilah dia Clarke Quay yang dulu.

  Sungai Singapura yang dahulunya penuh dengan sampan-sampan nelayan sebab dulu laluan laut menjadi pengankutan terpenting.

  Tapak Merlion Park dan Marina Bay pada dulu-dulu.Kotor kan? Tapi sekarang dah lain.

  Kurang pasti pulak kawasan kat mana.Tapi macam dekat dengan bangunan Palimen diaorang.

Deretan kedai di Jalan Orchard (rasanya kot)

Ini pulak kawasan China Town

Pemandangan Singapura dari laut.Tapi sekarang tempat ini dah di tambak menjadi tapak Garden By The Bay dan lebuhraya KPE

 Gambar ini pulak di ambil dari Beach Road (depan SUNTEC CITY)

 Gambar-gambar di bawah ini di ambil dari atas langit (katernya - dari kapal terbang lah)

Bangunan mana yang diaorang amik pun RA tak tahu.

  Kalau tak silap RA bangunan tempat kerja Abang Jamil (filem Madu Tiga).Kalau silap sila beri komen kat bawah yea.

 Ini pun RA tak pasti kat mana.Tapi rasanya macam kat dengan City Hall

  Gambar di ambil semasa perarakan hari kebangsaan diaorang kot.Tu lambang-lambang parti politak diaorang ada.Tak pun diaorang amik gambar ini masa Chingay.hehe (pandai je kan)

Panggung wayang capital yang popular kat Singapura dulu.Bangunan ini dulunya di miliki oleh Show Brothers.Sekarang terletak berdekatan dengan MRT City Hall.  

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....