Tarikh : 1 Jun 2013
Destinasi : Pulau Batam , Indonesia
Perjalanan : 2Jam dari Johor Bahru menaiki Bot persiaran & pengangkutan
Inilah pemandangan yang RA rasai setiap kali melalui perjalanan ke Batam dari Stulang Laut.Turut merasai pengalaman berada di atas dek kapal penumpang ini ialah anak-anak Olie,Kak Rovita dan Nik.Memang pemandangan dari selat Johor ke Batam ini sesuatu yang tidak jemu di lihat walaupun sudah beberapa kali ke sini.Bagi yang tidak mahu ke atas dek kapal bolehlah menjamu selera dengan makanan yang di bawa sendiri atau makanan yang di beli di dalam kapal.
Ekpedisi kali ini ke Batam membawa 3lagi keluarga baru ke sini.Gamat dan meriah jugaklah dalam kapal tu,sebab semua tempat duduk penuh di isi oleh penumpang.
Nasib baik ada bawak teh tarik ke dalam kapal ini.Sambil berbual-bual boleh jugak meneguk air tu.Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 2jam ini
Sambil-sambil tu naik ke atas dek untuk amik angin segar dan melihat pulau-pulau kecil di sepanjang perairan Singapura dan Johor.
Tiba di terminal feri jam 11pagi.Kami ke kedai menjual barangan makanan kering sebelum ke kedai butik Polo Ralf Lauren.Jam menunjukkan jam 12tengahari dan perut pun makin lapar.
Kedai Nasi Padang menjadi pilihan tengahari ini.Untuk mereka yang pertama makan nasi padang di Indonesia.Pelbagai masakan akan di hidangkan penuh di atas meja.Apa yang anda cuit dan makan (walaupun hanya sedikit) akan di kira sepinggan.Katakan dalam pinggan ada 2ayam goreng dan anda cuma makan satu sahaja,ianya tetap di kira sepinggan 2ayam.Kadang ramai yang tidak dan terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Meja di bahagikan kepada 3kumpulan.Meja mengeteh dan Gim satu kumpulan
Meja Elly dan keluarga satu kumpulan
Meja Kak Zyla dan Puan Hanim satu meja.Jadi kiraan makanannya adil lah kan.
Nak daftar masuk bilik hotel tapi bilik tidak siap lagi.Waktu untuk daftar masuk di hotel jam 2petang waktu Indonesia (sekitar 3petang waktu Malaysia).Jadi sementara ada masa ini kami ke pusat membeli belah Batam City Square untuk membeli buku-buku novel di Gramedia BookStore sebelum anak-anak berhibur main Go-Kart.
Inilah hotel pilihan,Olie,Kak Rovita sekeluarga dan juga Abang Yunus.Nama Hotel Pacific Palace.Hotel bertaraf 4bintang yang bentuknya seperti kapal persiaran.Lokasi sedikit jauh dari DC Mall dan Nagoya Hill tetapi hotel ini hotel 4 bintang yang terbaik di Batam.
Hamboi-hamboi ecah,bergaya tul anak dara si Elly dengan bag Hello Kitty dan cermin mata hitamnya yea..Balik dari Batam penuh bergaya.
Ini pula bergambar buat kali terakhir di Terminal Ferry Batam sebelum pulang ke Johor Bahru.Puas hati yea dapat apa yang hendak di beli di sini.
Baju cop mohor "I Love Batam" pun sedondon beli dan bergambar,Kalau semua yang lain-lain tu pakai baju ini mesti lebih meriah blog RA.
Encik habang pulak balik dari Batam terpaksalah membayar semua hutang kredit kad yea.hehehe
Bagi RA inilah sahaja hasil tangkapan RA ke Batam kali ini.Buku berinformasi Atlantis Kota Yang hilang dan kasut kerja bagi menganti kasut kerja yang sudah rosak semasa beli di Medan tahun lepas.Tak mahal adalah sekitar RM75 jek (termasuk harga buku)
.
- Sampai bertemu kembali Pulau Batam -
No comments:
Post a Comment