Thursday, June 6, 2013

Teater Bangsawan NilaKesuma

 Bertempat di Dewan Jublee Intan Johor Bahru,teater Bangsawan bertajuk "Nilakesuma" di pentaskan secara percuma untuk 2hari berturut-turut. (Malam ini dan malam esok 6Jun-7Jun13).

 

Mungkin ramai yang tidak tahu RA adalah seorang peminat Bangsawan sejak dari kecil lagi.Kalau dulu di rumah,arwah mak selalu membuka siaran radio Singapura untuk mendengar drama bangsawan.Tapi sesejak era pertengahan 90an drama bangsawan tidak lagi di mainkan di radio Singapura.Tak tahu pulak kenapa eik?.Jadi bila ada teater-teater bangsawan seperti ini di Johor Bahru,RA pasti datang dan beri sokongan.

 

Oklah jalan cerita Nilakesuma ini mengisahkan tentang seorang permaisuri Seri Maya (permaisuri ke 2) yang baru melahirkan putera bernama NilaKesuma.Beliau kemudiannya di fitnah oleh isteri pertama sultan iaitu Permaisuri Gemala Ayu dan Nujum DiRaja Nagalerang bahawa anak beliau Nilakesuma akan membawa bencana kepada negara.Setelah di usir beliau membesarkan puteranya di dalam hutan.Tahun berganti putera beliau membesar dan berguru dengan seorang pendita.Nilakesuma berjaya membunuh raksana Mambang Galang Bumi sekali gus menghapuskan sihir ke tas putera dan puteri dari kerajaan Alam Merculedang.Kemudian bagi membalas budi NilaKesuma , Raja Merculedang membawa NilaKesuma dan ibunya Permaisuri Gemala Ayu menuntut tahta dan hak di tanah tumpah mereka.

 Selesai sahaja teater ini berlangsung,RA,abang Mork dan Nik sekeluarga tidak melepaskan peluang yang hanya datang bukan sekali dengan pelakon-pelakon bangsawan ini.Inilah muka Mambang Galang Bumi dan menteri-menteri.

 Ini pulak bersama pelakon yang memegang watak putera NilaKesuma (amboi make up tebal yea).Juga barisan pelakon-pelakon yang lain.

 Inilah dia tongkat datok pendita guru silat kepada putera NilaKesuma.

 Barisan pelakon-pelakon utama dan tambahan.Termasuklah permaisuri,penglima dan pengawal istana pun RA amik bergambar sekali.Baju tu kalau ada yang nak tempah boleh lah hubungi orang yang menguruskan teater bangsawan ini yea.

 Teater bangsawan ini bermula jam 9malam,tapi RA dapat informasi dari abang Mork mengatakan mula jam 8malam.Tu yang pelik sebab setiap kali bangsawan di mainkan di Johor Bahru tak pernah lak RA tengok dia bermula jam 8malam.Jadi dalam keadaan tergesa-gesa malam tu RA terus tanpa makan malam.Bila tamat sahaja teater ini kami semua ke warong saga untuk mencekek.hehehe.(ada orang tu tak pernah pergi lagi tempat ini-katernya)

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....