Ini kisah siang tadi sebelum RA nak masuk ke panggung wayang menonton filem World War Z bersama Raymond di City Square.Pertama kali ke restoran di atas bumbung komplek membeli belah yang baru sahaja di ubah suai.Medan Selera terbarunya bernama "Dapur Kita" yang berkonsep hawa dingin dan ruangan terbuka dengan pemandangan Johor Bahru dari tingkat 6 bangunan.
Medan Selera Dapur Kita ini tidak mengunakan wang tunai di kios-kios makanan mereka sebaliknya pembayaran hendaklah di buat melalui kad.Untuk membeli kad ini harganya RM3 dan boleh di pulangkan sekiranya tidak mengunakan lagi.Kad hendaklah di isi dengan wang kat kaunter yang terletak di hadapan medan selera ini.Ala-ala kad Touch & Go lah gitu.
Banyak jugak kios-kios yang menjual pelbagai makanan di sini,antaranya Tempayaki,Mee Rebus,Nasi Ayam penyet, Rojak dan macam-macam lagi lah.Sediakan duit jek.
RA malas nak gerak ke dalam lagi untuk amik gambar sebab hari tu cuaca panas sangat.Lepas dapat minuman RA hanya tangkap gambar dar meja yang RA duduk ini saja.Tak makan pun sebab perut masing-masing dah kenyang.hehehe
No comments:
Post a Comment