Monday, November 12, 2012

Mengisi Perut di Kafe IT Roo

Inilah dia papan tanda yang menunjukkan lokasi menarik di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan semalam RA dan rakan-rakan ke sini untuk menjamu selera bersama-sama.Semua kereta letak di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru sebab kalau masuk ke Jalan Wong Ah Fook dah sah-sah sesak.Maklumlah hari dah nak raya,ramai orang yang berbelanja di sana.Jadi sebelum menunggu yang lain-lain tiba sempat jugaklah anak-anak,bapak dan mak-mak bergambar di sini.

 Kelakar bila tengok si Shami anak bujang si Nik ini bila kena apit dengan anak Olie & Abang Mork.Takut dia nak rapat dengan si Syahadah tu,hehehe.Yang sorang lagi kat atas tu pulak sikit punya gembira bile kena apit dengan anak dara orang.hehe.

Asalnya nak makan Burger Bakar yang terletak di hadapan bangunan MAA,tapi entah kenapa dia tutup pulak,jadi RA kehadapan sedikit iaitu Kafe It Roo.Di sini menu utama kegemaran ramai adalah "Chicken Chop",iaitu tradisi turun temurun sejak 1991 lagi.

 Menu - menu lain seperti Nasi Goreng,Mee Goreng dan makanan sampingan lain juga di jual di sini.Restoran ini salah satu restoran yang mendapat pengiktirafan sebagai restoran warisan Johor Bahru.

 

Dulu RA masuk sini masa umur 20tahun.Masih seperti dulu cuma banyak pengubahsuaian di buat untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.Konsep tetap santai ala 90an.Apa yang penting makanan RA sampai dulu dari makanan mereka yang lain yea.

Suka susun atur gambar di dinding restoran ini yang cukup nostalgia.

 Ini pun "Chicken Chop" cuma yang ini tidak di goreng tetapi ber bakar menjadi pilihan Nik

Tu dia rombongan Cik Kiah turun bandar.Antaranya terdiri dari golongan bapak-bapak,mak-mak,abang-abang & anak-anak yang menyerbu restoran ini malam semalam.Masa ini semua masih lagi menanti makanan masing-masing tiba.

Ok bila makanan dan sampai masing-masing pun senyap lah,maklumlah lapar tu siang tadi baru balik dari Legoland

Pun nak jugak bergambar macam ini.Sesekali berjumpa gambar masuk blog satu dunia leh tengok tu...Bukan selalu boleh kumpul macam ini.Nasib baik tukang hentak meja takde,kalau dia ada,lagi riuh rendah restoran ini

Bila rasa Root Beer ini teringat Root Beer A&W.Sedap gilerr...ada aiskrem lagi.Dulu masa sekolah ingat Root Beer tu haram sebab arak,nama pun dah beer.Tapi bila dah besar sikit baru tau yang ini bukan arak.hehehe.Hirup pun Sodappp

Bila perut dah kenyang,bil pun tiba,haa masing-masing kuar duit dari kasut,dari songkok dan bag duit ala filem Seniman Bujang Lapuk.Orang cakap amik berkat katernya.Kami kemudian pusing-pusing di Bazar Karat,terjumpa pulak Restoran yang comel loteh ini.Nasib baik perut dah kenyang,kalau tak mesti kitaorang serbu masuk kat sini pulak.Tak pe,lain kali boleh pergi kat sini.Restoran baru ini,ada jual Ubi Rebus dan Roti Jala,mesti sedap.Nama kedai pun unik "Dapur Jendela".Lain kali RA buat liputan eklusif kat sini yea.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....