Ini adalah acara sebelum minum petang semalam.Paginya masing-masing tengah berusaha untuk mengkempiskan perut sebelum nak pergi makan tengahari dan minum petang.Biasalah tempat lepak kitaorang setiap pagi hari Ahad di Hutan Bandar Mutiara Rini.Tempat ini kalau datang jam 730pagi je memang susah nak dapat tempat letak kereta sebab selalunya penuh.Jadi bagi yang datang lambat tu kenalah letak kereta di luar kawasan ini.Jam 8pagi ada arobik percuma di sediakan dengan jurulatih sekali.Ala ramai-ramai ikut jurulatih kat depan.Kalau jurulatih buat arobik yang berbeza sikit dan orang lain tak boleh nak ikut mula lah kawan-kawan RA membebel marah-marah,maklumlah semua tu pakar dalam bidang joget menjoget.Yang sorang tu lulusan Salsa (orang panggil dia Chu) yang sorang lagi pakar dalam GangNam Style (orang panggil dia Rov) yang sorang lagi pulak lulusan diploma Zapin (orang panggil dia Mork).Dan yang lagi sorang pakar jurusan Dangdut dan Joget lambak (orang panggil dia Nik,Olie dan Azie).huhuhu.Inilah hasilnya bila bergambar depan kamera.Buang peluh bagai nak rak sampai 200kalori,tapi lepas tu ke Pekan Gelang Patah (8km) tambah 400kalori,haiii bila la badan tu nak kurus-kurus kan.
Tu cerita sebelum minum petang di Hotel Selesa,yang ini pulak cerita selepas minum petang.Nak menguji tahap suara katernya.Jadi ke DangaBay untuk berkaraoke pulak.Ini semua masa bilik asing-asing.Anak-anak satu bilik,yang lain-lain satu bilik.Semua nampak sopan gitu.
Cuba tengok yang ini pulak,bila dapat satu bilik besar ramai-ramai menyanyi abis tekanan perasaan di lepaskan di dalam bilik karaoke ini.Dah lah tu panas,sebab penghawa dingin kat dalam bilik tak dapat menampung kami yang ramai.Gamat dan macam disco dan kelab dangdut pulak.Baru dia tahu ramai yang tahu joget bukan dia je sorang.lalalaaa
1 comment:
suka nyanyi sorang2 sambil drive... sbb suara sedap sangat
Post a Comment