Sunday, December 9, 2012

Kacang Pool di Malam Minggu

 JJNM : JALAN - JALAN NAK MAKAN

KACANG POOL HAJI

Malam minggu semalam memang RA takde apa-apa perancangan.Tapi kawan sekolah lama RA Ju & Saadiah mengajak RA ke Medan selera Larkin Bomba untuk melepaskan rindu Saadiah yang dah lama tak balik JB nak makan Kacang Pool Haji katernya.Lama jugak RA tak jumpa Saadiah ini,yelah sejak dia kawin 15tahun lepas dia terus ikut suami dia ke Sarawak.

Jadi malam itu aku,Ju,Aween dan Saadiah saja lah yang mencekek makan Kacang Pool dan kacang kuda.(ada budak bawak jual kacang kuda).ABC pulak minuman sampingan kami.

 Bila dah puas dan kenyang makan aktiviti membuang peluh pula di adakan iaitu menapak dan mencuci mata di Bazar Karat.Jam dah pukul 1030malam,tapi jalan raya di hadapan Pejabat Pos sehingga ke Jalan Wong Ah Fook sesak teruk.

 Jam 1145malam pun masih lagi sesak dan kesempatan ini di ambil oleh kaum-kaum ibu untuk bergambar bagai.

Ada jual air tin sejuk kat Bazar Karat sanggup cari kat Pejabat Pos kan walaupun mahal.Moden sikit katernya.haha.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....