Monday, November 19, 2018

Cinta ku Di Capaddokya Hari 2

Selamat Pagi......Hari ini RA bangun awal sikit.Nak tengok matahari terbit katanya.Menurut pekerja hotel ada 2 cara nak tengok matahari naik di sini.Satu naik belon panas yang harganya boleh tahan mahal (sekitar Euro 45-60) atau naik atas bukit yang tak jauh dari hotel kami.RA mengambil pilihan ke 2 itu.Naik bukit pun naik bukit lah,tapi seronok jugak sebab ada laluan kereta menuju ke atas bukit dan di sajikan dengan pemandangan hotel-hotel gua di sepanjang jalan nak ke atas.
Alhamdulillah selang 25minit RA tiba di atas bukit ini.Ramai betul orang yang datang nak bergambar di sini.Masa RA tiba memang masa matahari baru nak keluar.Jadi memang menarik dan cukup indah sekali.Dapat RA rakamkan detik-detik manis di kamera telefun RA ini.
Di sini ada kafe tapi awal pagi rasanya mereka belum bersedia untuk berniaga.Luas juga bukit ni sampaikan ada pasangan pengantin dari Turki merakam gambar mereka di sini.
RA belanja beberapa keping gambar yang dapat di rakamkan dari lensa kamera telefun bimbit RA.
Nasib baik ada abam Lenny yang tolong amik gambar RA.Pandai gak orang tua nie hehehe.
Jika di lihat dari atas bukit nie Pekan Garome terletak di tengah-tengah dan terlindung oleh batu dan bukit-bukit.Suhu pagi kat atas nie pulak RA rasa ada sekitar 18'c tetapi di sebabkan angin yang kuat kesejukkannya RA rasa seperti pada suhu 10'c.Nasib baik bawa sarung tangan mahu kebas tangan RA dek sejuk di sini.
Jam 830pagi setelah puas menikmati suasana pagi di atas bukit kami pulang ke hotel untuk bersarapan pagi.Menu seperti biasa roti , keju dan buah-buahan....tak ada meee goreng atau nasi lemak.Jadi telan je lah janji kenyang.Rindu nya kat nasi lemak , nasib baik malam nie kami dah ambil penerbangan pulang.Rindu tinggal Malaysia seminggu lebih.Lepas sarapan RA pulang ke bilik dan bersiap-siap untuk pek dan daftar keluar.Kami kena daftar keluar awal sebab lawatan kami bermula jam 9pagi dan di jangka habis jam 5petang.Penerbangan pulang pulak jam 7malam.
Lepas je daftar keluar,pemandu pelancong kami sudah siap menanti kami di luar hotel.Bag RA tinggalkan di bilik simpanan di lobi hotel.Petang nanti balik dari lawatan baru kami ambil.Lawatan RA hari ini kursus untuk laluan Green Line ke Lembah Burung Merpati (Pigeon Valley) , Bandar dalam tanah,Lembah Ihlara dan Tasik gunung berapi yang sudah mati.Dalam Van ada 6orang lagi pelancong yang mengikuti sama.Mereka semua dari Turki , Russia dan Hungary. Inilah dia lembah Merpati.Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom Byzantine merpati di gunakan meluas sebagai utusan surat dan kebanyakkan telur-telur burung merpati mereka jadikan sebagai pewarna bagi melukis gambar-gambar kristian di dinding gereja dalam gua mereka.Nanti RA tunjukkan gambarnya di bawah blog ni.Kat lembah ni ada banyak lobang-lobang dalam batu yang di jadikan sarang merpati.Samaada lobang ini semulajadi atau di tebuk oleh masyarakat dahulu.
Ada sesetengah orang bilang lembah Merpati ni macam dalam filem Star War yang di lakonkan di Tunisia tu.Nak kata sama tu takde lah jugak,cuma RA suka datang kat tempat-tempat macam nie.Jadi pilihan RA untuk pilih Lawatan Green Line nie memang bertepatan la yea.Terima kasih Lenny yang telah menyakinkan RA untuk amik lawatan ini.haha.
Orang selalu cakap,kita simpan yang terbaik untuk yang akhir sekali dan inilah hasilnya,
Ok jika kita ke Turki kita pasti akan nampak cenderahati-cenderahati berwarna biru dan bulat di tengah-tengahnya kan.Orang-orang di sini memanggilnya dengan nama Nazar Boncugu atau pun si mata biru.Ia di gunakan pada zaman dahulu kala sebagai penghalau zoh jahat.Tapi pada zaman sekarang masyarakat di Islam Turki tidak lagi mempercayai benda khurafat ini dan si mata biru hanya di jadikan perhiasan dan cenderahati sahaja.
Dari Lembah Merpati kita ke bandar bawah tanah Kaymakli.Tiket masuk ke sini ialah 25Lira dan telah termasuk dalam pakej yang RA beli.
Kawasan ini sangat luar dan di anggarkan sepanjang 5-6km dan menghubungkan dengan beberapa bandar dan pekan berhampiran.Ada lebih kurang 7tingkat ke bawah tetapi hari ini pemandu pelancong kami hanya akan membawa kami sehingga ke tingkat bawah ke 4 sahaja kerana hanya di tingkat ini sahaja yang di benarkan masuk untuk pelancong.
 Setiap laluan masuk di tandakan dengan anak panah Biru sementara anak panah merah untuk laluan keluar.
Kat dalam nie memang mengagumkan.Bandar bawah tanah ini di bina bagi mengelakkan dari serangan dari tentera rom dan juga semasa peperangan dengan tentera Islam Othmaniah.Di ceritakan mereka yang pernah tinggal di dalam ini mampu bertahan sehingga 40hari.Selepas 40hari mereka mesti keluar atau mati kerana badan memerlukan cahaya matahari untuk kesegaran.
Ini  ruang di tingkat bawah ke 4 dan percayalah dari tingkat 3 ke 4 lalunyanya agak sempit.Tingkat yang ke 4 ini di jadikan tempat simpanan makanan.
Laluan nie nampak besar lah jugak.Tapi ada laluan yang lagi sempit dari ni kami terpaksa duduk dan jalan merangkak tau.hehehe.
Lakaran kartunis mengenai bandar bawah tanah nie.Di anggarkan lebih seribu orang pernah mendiami kawasan ini.Kagum RA dengan bandar bawah tanah nie.
Dari bandar bawah tanah kita ke lembah Ihlara pula.Terletak kira-kira 10km dari Kaymakli ini menjanjikan pemandangan gunung-ganang dan lembah yang indah.
Sampai akhirnya di sini.Haa ini lah dia pemandu pelancong RA.Sebelum turun ke lembah ini dia memberi sedikit penerangan dan larangan tentang kawasan-kawasan yang tidak di benarkan masuk.
Lembah ini terdapat sungai yang di anggarkan sekitar 14km panjangnya dari utara hingga ke selatan sungai Melendi.Terdapat 16 lembah dengan 105 gereja di dalamnya di buka kepada pelancong.
Kami takdelah lawat kesemuanya cuma cukup satu sahaja yang gereja lembah paling terkenal ialah yang ini kerana terdapat lukisan-lukisan yang masih utuh dan di jaga oleh pemerintah turki sebagai tapak warisan.Pelancong boleh mengambil gambar di lukisan dinding ini tetapi tanpa mengunakan lampu flash di kamera.Lukisan ini lah yang di gunakan dengan mengunakan putih telur burung Merpati.
Kami turun dari atas lembah ke laluan sungai Melendi.Suasana cukup aman dengan bunyi ungas di sekitar , deseran air sungai dan suhu yang nyaman.Inilah syurga dunia.Semuanya sangat indah di sini.
Berada di sini seperti berada di Grand Canyon yang RA pernah tonton di filem-filem barat.
Kami di bawa berjalan-jalan sambil memerhatikan keindahnan batu dan bukit dari bawah lembah sambil menyusuri sungai.
Sesekali ternampak pengembala kambing biri-biri membawa makan ternakannya makan di atas lembah ini.
Memang berbaloi datang ke sini bagi pecinta-pecinta alam semula jadi tempat ini memang wajid korang lawat.
Air sungai kat sini cukup jernih dan sejuk sangat dan boleh terus di minum.Pelancong dari Turki bermurah hati menawarkan diri utuk mengambil gambar RA dengan Lenny setelah RA mengambil dia dengan ibunya.
Agaknya kalau datang masa musim luruh lagi cantik kot kawasan nie dengan pokok dan daun yang lebih menguning. 
Selang sejam kami tiba di restoran untuk kami makan tengahari.Sebenarnya dah pukul 2petang pun.Lapar bukan main sebab sejuk sangat di sini.Restoran kami betul-betul tepi sungai dan sangat-sangat menjanjikan hehehe.
Nampak dari atas jambatan dah tak sabar nak makan.
Menu pilihan ada dua sahaja.Samaada nak makan ikan atau daging lembu.RA amik menu daging Lenny pulak amik menu daging.Bila sampai menu ikan Mat salleh dari Hungry macam pelik sebab di eropah ikan di hidang tanpa tulang.(fillet).Sesekali makan datang beberapa angsa berenang di sungai sebelah meja kami.hahaha
Lepas makan tengahari RA bersolat sebentar.Nak amik air sembahyang memang bercinta sebab air sejuk giler.hehehe.
Lawatan seterusnya ke tasik gunung berapi yang tidak aktif lagi.Perrghh memang terbaik kawasan nie.Kata pemandu pelancong kami kalau musim panas ramai yang datang mandi manda di sini.
Beberapa tangkapan foto dari lensa kamera telefun RA.
Suhu kat sini agak suam-suam kuku sikit.Berangin dan suam.
Semasa perjalanan balik RA sempat rakamkan bulan di atas gunung di padang pasir.Yeap sebelum pulang ke hotel kami di bawa singgah ke beberapa kedai barangan yang menjual hasil kerja penduduk di sini antaranya kekacang , minyak wangi dari bunga ros, sabun,barang kemas dan cenderahati.Ramai juga pelancong dari Malaysia yang RA jumpa di kedai-kedai ini.Jam 530petang kami tiba di hotel dan bersiap-siap untuk di jemput bawa ke lapangan terbang pulang ke tanah air.Jalan menuju ke lapangan terbang agak lengang di waktu petang dan malam dan menurut pemandu van kami tak perlu tergesa-gesa cukup ada sejam sebelum penerbangan berlepas.Penerbangan kami singgah ke Istanbul sebelum menukar ke penerbangan antarabangsa pulang ke Kuala Lumpur.Alhamdulillah kami selamat tiba di Kuala Lumpur pagi 12Nov18.

Sunday, November 18, 2018

Cintaku Di Cappadokya Hari 1

 Penerbangan hari ini sangat-sangat awal pagi.Seawal 5pagi van RA sudah datang ke hotel untuk menjemput RA dan Lenny ke lapangan terbang.Ada dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa  Artatuk ini.Satu di terminal antarabangsa dan satu lagi di terminal domestic.Kedua-duanya cuma bersebelahan sahaja tetapi jika tersalah turun alamat jenuh jugak nak ke salah satu terminal nie.Penerbangan RA ke Nevsehir iaitu salah satu lapangan terbang terdekat di Kapadokya atau Cappadocia.Ada 7 pekan tumpuan pelancong di Kappadokya iaitu Goreme,Urgup , Ihlara Valley , Selime , Guzelyurt , Uchisar , Avanos dan Zelve.Pekan Goreme adalah salah satu pekan yang terbesar di antara 7pekan ini sebab terdapat banyak hotel-hotel berbentuk gua di sini.Ianya terletak kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Nevsehir.Satu lagi lapangan terbang ialah di Keyseri iaitu kira-kira 80km dari Goreme.
 Alhamdulillah selamat sampai di lapangan terbang Kapadokya Nevsehir.Lapangan terbang ini takdelah besar mana pun.Cuma ada 3kedai sahaja di dalamnya.Kaunter daftar masuk pun cuma ada 4sahaja.Suhu di Kappadokya adalah sekitar 16'c.
 Ada van yang datang menjemput kami di lapangan terbang.Tempahan van di buat melalui hotel yang telah RA tempah.Kami kongsi van dengan beberapa pelancong lain yang sama-sama tiba.Ada dekat 8orang kesemuanya dan cuma seorang sahaja yang tinggal di hotel yang sama dengan kami.Perjalanan ke Goreme mengambil masa 40minit , jalan-jalan raya kat sini agak lengang  dan tiada langsung kesesakkan.Bentuk muka bumi Kappadokya pula agak kering ,berbukit-bukau dan berbatu.
 Pemandangan macam nie bukan selalu dapat lihat.Setelah 30minit perjalanan kami mulai masuk kawasan berbukit dan berbatu.Terdapat banyak bukit yang lobang-lobang dan ada sesetengahnya seperti tempat kediaman.Mungkin korang pernah tengok cerita Star War 4 kan....keadaan agak bergurun dan berbatu ini persis dalam filem itu.
 Bila sampai ke kawasan ini tahulah RA yang kami semaking menghampiri pekan Goreme.
 Kappadokya adalah salah satu tapak warisan dunia Uniesco.Bentuk muka buminya bergunung dan berbatu.Ia terjadi hasil ledakkan gunung berapi dan mendapan lahar,banjir dan salji berjuta tahun dahulu.Hasilnya seperti sekarang yang akan kita dapat lihat nanti.
 Kita sudah memasuki pekan Goreme.Di sekitar kawasan ini terdapat banyak batu-batu mendapan hakisan pelbagai bentuk.Kedatangan dan pemindahan masyarakat kristian Roman ke sini telah menjadikan kawasan ini penempatan kristian terawal dengan banyak kawasan-kawasan berbatu ini di jadikan gereja dan rumah.
 Ini lah hotel penginapan RA untuk 2malam sepanjang berada di sini.Memandangkan kami tiba awal bilik kami masih belum sedia lagi tetapi pemilik hotel ini sangat baik hati dengan membelanja kami sarapan di restorannya.
Untuk hari ini RA pilih untuk jalan sendiri di sekitar Goreme termasuk ke Goreme Open Air Museum.Tapi untuk esok RA dah membuat tempahan lawatan ke Green Line.Ada 3 laluan lawatan di Kappadokya.
1.Red Line Tour 
2.Green Line Tour 
3.Blue Line Tour.
Akibat kengkangan masa dan hari RA dan Lenny hanya mengambil Green Line Tour sahaja yang merangkumi Kota bawah tanah , Lembah Ihlara, Lembah Merpati (Pigeon Valley) dan ke tasik gunung berapi.Kedengaran menarik kan? Tapi tu esok je RA kongsikan bersama.
Memandangkan hari ni RA dan Lenny dah mengambil keputusan untuk jalan sendiri jadi kami menuju ke Muzium Goreme Open Air.Katanya jarak cuma 1km je.Nasib baik suhu tak berapa panas tapi dok kerana matahari menyinar terik , agak berpeluh juga la nak jalan kaki ke sana.Ingatkan dekat rupanya dalam 5km jauhnya.Kami singgah masuk sebentar ke Fairy Chimneys yang pada mulanya kami sangka Muzium Goreme Open Air.
 Cantik batu-batu gunung di sini.Di dalam lobang-lobang di atas itu dahulunya merupakan gereja-gereja dan rumah penduduk.Laluan gua ditutup bagi mengelakkan kawasan ini di cerobohi.
 Di Fairy Chimneys ini terdapat beberapa ladang kuda dan sebuah gerai makan di sini.Kawasan sini sangat luas kalau nak jalan satu hari memang tak sanggup.Nie nasib baik suhu tak berapa panas sangat.Lagipun pemandangan kat sini sangat menakjubkan.
 Nasib baiklah ada abam Lenny kita yang pandai amik gambar.hehehe....
 Di sini je dekat lebih 50keping gambar RA abadikan di telefun bimbit RA.Saat kami datang ada satu kumpulan pelancong dari Eropah juga tiba bersama.Dari mereka lah RA dapat  tahu yang ini bukan Muzium Goreme Open Air.
 Beberapa gambar buat tatapan pembaca.
 Ramai juga pelancong yang ke sini.Kebanyakkan mereka mengambil Blue Line Tour.
 Suhu panas waktu tengahari di sini ialah 20'c.Terpaksa tanggalkan baju sejuk dan hanya pakai baju baju tebal sahaja.
 Ini antara spot-spot menarik yang ada di sini.Sebenarnya ada banyak lagi tapi ini yang terbaik.
Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Goreme Open Air yang hanya berbaki 3km dari Fairy Chimneys.Tapi memandangkan tekak RA dah kering kami singgah minum di salah sebuah kedai jus di tepi jalan.Harga segelas air jus oren kat sini bapak mahal dia ketuk.Segelas 10Lira.(RM9).Nak buat macamana tah haus sangat-sangat.Menyesal pulak tak bawak air botol.
Akhirnya tiba juga di sini.Tiket masuk ke sini ialah 40Lira , dan bila lihat dari luar ianya lebih kurang sama macam bukit-bukit di luar sana jadi kami tak jadi masuk ke sini.Yang masuk cuma Lenny tu pun dia nak gie tumpang Tandas kejap hehe.
 Tandas ada di dalam kedai cenderata tu.Sedikit info tentang Muzium Goreme Open Air yang RA baca melalui internet ialah ia merupakan sebuah penempatan penduduk kristian pada kurun ke 3 & 4 semasa pemerintahan kerajaan Byzantine Rom.Di dalamnya terdapat 13 gereja dan beberapa rumah penduduk di dalam gua.
 Di sebabkan RA tak masuk ke dalam muzium tu RA menghabiskan masa di sekitar luar muzium.Inilah hasil dari lawatan tersebut.
 Anda memerlukan cukup stamina untuk berkeliaran di sini.Sebab jalan banyak yang berdebu dan berpasir terutama sekali nak naik ke atas beberapa bukit di sekitar.
 Ada beberapa kawasan yang tidak di benarkan masuk.RA ikut je mana pelancong lain masuk RA pun masuk lah.
 Kawasan nie memang besar gedabak.Setiap tempat kami berhenti pasti kamera tak lekang di tangan. 
 Penduduk di sini ada juga menyediakan perkhidmatan kuda dan kenderaan ATV bagi pengunjung yang merasakan kelainan.
 Inilah bezanya antara melancong berpakej dengan melancong ala mengembara.Banyak masa kita dapat abis dan luangkan tanpa rasa tergesa-gesa mengikut jadual lawatan yang telah di tetapkan oleh pakej.
Macam RA yang suka bergambar nie , melancong ala mengembara banyak membantu dalam merakam setiap detik dan tempat dengan lebih terperinci.Jam 4petang RA dah mula penat moh lah kita balik ke hotel mungkin bilik kita dah tersedia.

Alhamdulillah bilik dah tersedia.Cantik bilik...Jadi kita tidur dalam gua malam nie yea.hehehe.En Lenny masih singgah di beberapa kedai di luar untuk membeli barang cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti.Lepas solat Jamak Isyak pada waktu Magrib kami berdua terlena keletihan.Sejam kemudian RA tersadar sebab perut dah lapar.RA bangun dan ke kedai berhampiran untuk membeli kebab dan bawa balik makan di bilik.Suhu malam di Kapadokia turun sehingga ke 15'c tau.Memang sejuk giler.Sampai bilik nak mandi pun bercinta hehehe.Oklah RA nak tidur esok kita sambung balik perjalanan ke Green Line Tour pulak.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....