Penerbangan hari ini sangat-sangat awal pagi.Seawal 5pagi van RA sudah datang ke hotel untuk menjemput RA dan Lenny ke lapangan terbang.Ada dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Artatuk ini.Satu di terminal antarabangsa dan satu lagi di terminal domestic.Kedua-duanya cuma bersebelahan sahaja tetapi jika tersalah turun alamat jenuh jugak nak ke salah satu terminal nie.Penerbangan RA ke Nevsehir iaitu salah satu lapangan terbang terdekat di Kapadokya atau Cappadocia.Ada 7 pekan tumpuan pelancong di Kappadokya iaitu Goreme,Urgup , Ihlara Valley , Selime , Guzelyurt , Uchisar , Avanos dan Zelve.Pekan Goreme adalah salah satu pekan yang terbesar di antara 7pekan ini sebab terdapat banyak hotel-hotel berbentuk gua di sini.Ianya terletak kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Nevsehir.Satu lagi lapangan terbang ialah di Keyseri iaitu kira-kira 80km dari Goreme.
Alhamdulillah selamat sampai di lapangan terbang Kapadokya Nevsehir.Lapangan terbang ini takdelah besar mana pun.Cuma ada 3kedai sahaja di dalamnya.Kaunter daftar masuk pun cuma ada 4sahaja.Suhu di Kappadokya adalah sekitar 16'c.
Ada van yang datang menjemput kami di lapangan terbang.Tempahan van di buat melalui hotel yang telah RA tempah.Kami kongsi van dengan beberapa pelancong lain yang sama-sama tiba.Ada dekat 8orang kesemuanya dan cuma seorang sahaja yang tinggal di hotel yang sama dengan kami.Perjalanan ke Goreme mengambil masa 40minit , jalan-jalan raya kat sini agak lengang dan tiada langsung kesesakkan.Bentuk muka bumi Kappadokya pula agak kering ,berbukit-bukau dan berbatu.
Pemandangan macam nie bukan selalu dapat lihat.Setelah 30minit perjalanan kami mulai masuk kawasan berbukit dan berbatu.Terdapat banyak bukit yang lobang-lobang dan ada sesetengahnya seperti tempat kediaman.Mungkin korang pernah tengok cerita Star War 4 kan....keadaan agak bergurun dan berbatu ini persis dalam filem itu.
Bila sampai ke kawasan ini tahulah RA yang kami semaking menghampiri pekan Goreme.
Kappadokya adalah salah satu tapak warisan dunia Uniesco.Bentuk muka buminya bergunung dan berbatu.Ia terjadi hasil ledakkan gunung berapi dan mendapan lahar,banjir dan salji berjuta tahun dahulu.Hasilnya seperti sekarang yang akan kita dapat lihat nanti.
Kita sudah memasuki pekan Goreme.Di sekitar kawasan ini terdapat banyak batu-batu mendapan hakisan pelbagai bentuk.Kedatangan dan pemindahan masyarakat kristian Roman ke sini telah menjadikan kawasan ini penempatan kristian terawal dengan banyak kawasan-kawasan berbatu ini di jadikan gereja dan rumah.
Ini lah hotel penginapan RA untuk 2malam sepanjang berada di sini.Memandangkan kami tiba awal bilik kami masih belum sedia lagi tetapi pemilik hotel ini sangat baik hati dengan membelanja kami sarapan di restorannya.
Untuk hari ini RA pilih untuk jalan sendiri di sekitar Goreme termasuk ke Goreme Open Air Museum.Tapi untuk esok RA dah membuat tempahan lawatan ke Green Line.Ada 3 laluan lawatan di Kappadokya.
1.Red Line Tour
2.Green Line Tour
3.Blue Line Tour.
Akibat kengkangan masa dan hari RA dan Lenny hanya mengambil Green Line Tour sahaja yang merangkumi Kota bawah tanah , Lembah Ihlara, Lembah Merpati (Pigeon Valley) dan ke tasik gunung berapi.Kedengaran menarik kan? Tapi tu esok je RA kongsikan bersama.
Memandangkan hari ni RA dan Lenny dah mengambil keputusan untuk jalan sendiri jadi kami menuju ke Muzium Goreme Open Air.Katanya jarak cuma 1km je.Nasib baik suhu tak berapa panas tapi dok kerana matahari menyinar terik , agak berpeluh juga la nak jalan kaki ke sana.Ingatkan dekat rupanya dalam 5km jauhnya.Kami singgah masuk sebentar ke Fairy Chimneys yang pada mulanya kami sangka Muzium Goreme Open Air.
Cantik batu-batu gunung di sini.Di dalam lobang-lobang di atas itu dahulunya merupakan gereja-gereja dan rumah penduduk.Laluan gua ditutup bagi mengelakkan kawasan ini di cerobohi.
Di Fairy Chimneys ini terdapat beberapa ladang kuda dan sebuah gerai makan di sini.Kawasan sini sangat luas kalau nak jalan satu hari memang tak sanggup.Nie nasib baik suhu tak berapa panas sangat.Lagipun pemandangan kat sini sangat menakjubkan.
Nasib baiklah ada abam Lenny kita yang pandai amik gambar.hehehe....
Di sini je dekat lebih 50keping gambar RA abadikan di telefun bimbit RA.Saat kami datang ada satu kumpulan pelancong dari Eropah juga tiba bersama.Dari mereka lah RA dapat tahu yang ini bukan Muzium Goreme Open Air.
Beberapa gambar buat tatapan pembaca.
Ramai juga pelancong yang ke sini.Kebanyakkan mereka mengambil Blue Line Tour.
Suhu panas waktu tengahari di sini ialah 20'c.Terpaksa tanggalkan baju sejuk dan hanya pakai baju baju tebal sahaja.
Ini antara spot-spot menarik yang ada di sini.Sebenarnya ada banyak lagi tapi ini yang terbaik.
Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Goreme Open Air yang hanya berbaki 3km dari Fairy Chimneys.Tapi memandangkan tekak RA dah kering kami singgah minum di salah sebuah kedai jus di tepi jalan.Harga segelas air jus oren kat sini bapak mahal dia ketuk.Segelas 10Lira.(RM9).Nak buat macamana tah haus sangat-sangat.Menyesal pulak tak bawak air botol.
Akhirnya tiba juga di sini.Tiket masuk ke sini ialah 40Lira , dan bila lihat dari luar ianya lebih kurang sama macam bukit-bukit di luar sana jadi kami tak jadi masuk ke sini.Yang masuk cuma Lenny tu pun dia nak gie tumpang Tandas kejap hehe.
Tandas ada di dalam kedai cenderata tu.Sedikit info tentang Muzium Goreme Open Air yang RA baca melalui internet ialah ia merupakan sebuah penempatan penduduk kristian pada kurun ke 3 & 4 semasa pemerintahan kerajaan Byzantine Rom.Di dalamnya terdapat 13 gereja dan beberapa rumah penduduk di dalam gua.
Di sebabkan RA tak masuk ke dalam muzium tu RA menghabiskan masa di sekitar luar muzium.Inilah hasil dari lawatan tersebut.
Anda memerlukan cukup stamina untuk berkeliaran di sini.Sebab jalan banyak yang berdebu dan berpasir terutama sekali nak naik ke atas beberapa bukit di sekitar.
Ada beberapa kawasan yang tidak di benarkan masuk.RA ikut je mana pelancong lain masuk RA pun masuk lah.
Kawasan nie memang besar gedabak.Setiap tempat kami berhenti pasti kamera tak lekang di tangan.
Penduduk di sini ada juga menyediakan perkhidmatan kuda dan kenderaan ATV bagi pengunjung yang merasakan kelainan.
Inilah bezanya antara melancong berpakej dengan melancong ala mengembara.Banyak masa kita dapat abis dan luangkan tanpa rasa tergesa-gesa mengikut jadual lawatan yang telah di tetapkan oleh pakej.
Macam RA yang suka bergambar nie , melancong ala mengembara banyak membantu dalam merakam setiap detik dan tempat dengan lebih terperinci.Jam 4petang RA dah mula penat moh lah kita balik ke hotel mungkin bilik kita dah tersedia.
Alhamdulillah bilik dah tersedia.Cantik bilik...Jadi kita tidur dalam gua malam nie yea.hehehe.En Lenny masih singgah di beberapa kedai di luar untuk membeli barang cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti.Lepas solat Jamak Isyak pada waktu Magrib kami berdua terlena keletihan.Sejam kemudian RA tersadar sebab perut dah lapar.RA bangun dan ke kedai berhampiran untuk membeli kebab dan bawa balik makan di bilik.Suhu malam di Kapadokia turun sehingga ke 15'c tau.Memang sejuk giler.Sampai bilik nak mandi pun bercinta hehehe.Oklah RA nak tidur esok kita sambung balik perjalanan ke Green Line Tour pulak.
No comments:
Post a Comment