Hari ini berakhirlah lawatan di Bekas Kerajaan Abassiyah iaitu Mesir dan bermula lah perjalanan musafir RA ke bumi Bekas Kerajaan Othmaniah iaitu Turki.Banyak kenangan di sini yang boleh di pelajari.Seawal jam 5pagi kami dah bertolak dari hotel untuk ke lapangan terbang.Jam 630pagi RA dah tercongok masuk ke lapangan terbang menanti penerbangan ke Istanbul.
Tempat duduk tepi tingkap huhu dan penerbangan bertolak jam 935pagi.Jam 850pagi semua dah kena berada di pintu berlepas.
Sarapan pagi sebenarnya pihak hotel di Kaherah dah bungkuskan untuk RA.Diaorang bagi Telur rebus sebiji , roti dengan jem strawberi , keju dan majerin beserta air yogart.Yogart memang tak minum la takut nanti dalam penerbangan nak terberak pulak kang.Haru biru.....Makan ala kadar je lah sebab nak makan dalam kapal terbang katanya hehe.Naik je kapal terbang selang setengah jam kami di hidangkan dengan sarapan pagi.ermm sedapnya...telur omelet dengan sos cendawan, tahu dan roti.Alhamdulillah kenyang...
Alhamdulillah penerbangan RA selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Artatuk jam 1:05petang.Istanbul hujan lah.Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel hujan tak berhenti-henti.RA akan berkampung di Istanbul 3malam di sini dan hotel penginapan ialah di Sultan House.Lokasi memang terbaik tak jauh dari Masjid Biru dan Hagia Sofea.Sampai hotel terus letak bag , solat dan bersiap menuju ke Masjid Biru hehe.Sampai juga kat sini selalu tengok dalam gambar je tapi hari ini berakhirnya pengidaman RA.Berhadapan dengan Masjid Biru ialah Hagia Sofea.
Bersebelahan dengan Masjid Biru pula ada tiang batu yang di namakan "Obelisk Theodosius".Merupakan binaan dari Mesir kuno semasa pemerintahan Firaun Thutmose III yang di dirikan kembali semasa kerajaan Kostatinopel (Kerajaan lama Turki).Yea masih lagi hujan , sebab itu payung dari hotel di bawa bersama haha.
Jam dah kul 3petang perut pulak mulai lapar.Di sebabkan hujan langkah kami hanya di sekitar Hagia Sofea dan Masjid Biru sahaja.Jadi terus cari kedai makan di deretan kafe-kafe berhampiran walaupun tahu harga makan di kafe-kafe ini agak mahal."Cay" sebutan untuk teh bagi orang-orang Turki.Cay ini lah yang di pesan RA bersama menu kebab dan roti nan.
Nie lah dia Kebab yang di salut seperti satay.Kawan RA si Lenny dia amik menu yang mahal sikit tapi lupa lak nama apa menunya.Ada daging kisar di masak seperti kuah spegetti dan letak bersama mayonis.
Masa kat kafe nie boleh lah layan internet sekejap dari wifi restoran sementara menunggu makanan sampai.Ada pemanas badan juga di sebelah maja kami jadi takde lah rasa sejuk sangat hujan-hujan nie.Selesai makan hujan semakin galak lebatnya,jadi kami mengambil keputusan untuk pulang beristirehat je dulu di bilik hotel.Lagipun penat bangun awal pagi tadi tak reda lagi.
Lepas solat Jamak Margrib & Isyak di bilik hotel kami keluar semula dan kali ini kami cuba menaiki tram yang berhampiran untuk ke Selat Bosphorus,orang kata suasana malam kat sini cantik.Mula-mula RA ke kedai di bawah tanah sebab tak tahan sejuk angin malam yang bertiup dari selat.dapat lah sambar sehelai baju sejuk.Cantik harga cuma sekitar RM35 jek.Lenny pulak cari kasut dan stokin baru sebab kasutnya dah koyak masa kat Piramid tempohari.
Hujan masih tidak berhenti-henti.Angin dari selat pulak semakin sejuk , jadi RA mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahajalah menyusuri laluan tram di beberapa kedai-kedai di tepi jalan.Sambil jalan tu ternampak lah kedai-kedai menjual cenderahati nie.Apa lagi? sambar lah untuk bawak balik ke Malaysia.
Harga kat kedai nie boleh tahan murah pelbagai pulak tu.Boleh rambang mata tengok.
Pinggan mangkok ceramik kat sini memang cantik-cantik.Encik Lenny kita dah mula rambang mata,semua dia nagkut beli nampak...hahaha
Haaa ni pulak klinik kencing manis...huhu.Sepanjang kedai yang RA lalu mesti akan jumpa kedai yang jual "Turkish Delight" nie.Macam-macam jenis dan bentuk dan rasanya sangat manis.Siapa yang tak geram tengok susun atur yang mengiyurkan nie.
Yang ni di panggil Baklava, yang paling manis dari yang lain-lain.
Kek-kek mereka juga tak kurang hebatnya.Harga memang mampu makan ler katakan.hehe.
Paling banyak jual Baklava lah.Kalau kat sini diaorang kira sebiji dalam RM2-5.Ikut saiz.
Selain Baklava ada jugak di jual Kaymakh Kayisi , Lokma dan Pudingli Pasta.Semua sedap dan manis-manis.Boleh kena potong kaki tau manis dia hahaha.
Siapa lah yang tak geram tengok pemanis mulut dia nie.Banyak jugaklah yang RA beli malam nie.
Jemput tengok yea...sedap-sedap semuanya
Baklava kat kedai nie lah yang paling sedap.Terletak tak jauh dari Masjid Biru dan berhampiran station tram Sultanahmet.Tapi kat sini harga mahal sikit kot.Ada banyak lagi tempat yang tak sempat RA singgah dek kerana hujan semakin mencurah-curah jatuh.
Jam 930malam RA dah pulang ke hotel.Makan malam kami beli roti sosaj di kedai tepi jalan jek.Bungkus bawak balik bilik hotel.Tak kuasa dah nak jalan lama-lama hujan-hujan nie dengan suhu yang semakin sejuk.Kang nanti demam pulak.Ini lah "keychain" yang sempat RA sambar malam ini.Moga tidur nyenyak malam ini dan bersambung esok yea.Selamat Malam
No comments:
Post a Comment