Assalamuaikum..bertemu lagi kita pada hari ini.Yea RA masih lagi di Istanbul dan hari ini adalah hari terakhir untuk RA menghabiskan baki-baki lawatan yang tertinggal.Memandangkan cuaca hari ini agak baik dan cerah (tak seperti 2hari lepas asik hujan je).Hari ini RA akan ke Istanbul New town iaitu Bandar Baru yang terletak di benua eropah.Hotel tempat tinggal RA adalah terletak di Bandar lama Istanbul di benua asia.Kotaraya Istanbul nie sangat padat dan besar.Istanbul sebenarnya terletak di atas dua pentas benua.Jadi ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Istanbul Old Town (bandar lama) di benua Asia dan Istanbul New Town (bandar baru) di benua Eropah.Dua bandar ini terpisah dek selat Bosporos.
Ada satu bangunan yang unik terletak di New Town di benua eropah ini iaitu Menara Galata yang berketinggian 67meter.Bangunan ini dahulunya adalah sebuah penjara dan menara pada kurun ke 5 lagi.Tapi sekarang di atasnya di jadikan restoran dan menara mesra pelancong yang mengadap selat Bosporos.Nak sampai ke sini RA kena menaiki tram dari Stesen Sultanahmet terus ke stesen Karakoy.Turun je dari stesen ini RA nampak menara Galata yang tak jauh sangat.Dari situ RA berjalan kaki menuju ke arah menara tersebut.Untuk ke sini korang kena ada stamina sikit sebab kawasan ini berbukit dan agak tinggi jugaklah.Tapi di kiri kanan ada banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan yang korang boleh cuci mata sambil menaiki bukit hehe.Tapi masa RA ke sini kedai-kedai masih belum buka lagi.Maklum lah gerak awal tak mau buang masa sebab masa siang di Istanbul sangat pendik berbanding waktu malam pada musim sejuk nie.Alhamdulillah sampai juga RA di sini.Masa RA sampai ada beberapa buah kedai yang baru nak membuka kedainya.
Cantik bangunan nie.Nak cakap penat tu penat lah jugak tapi tak terasa sangat sebab suhu sejuk kat sini.Mengambil gambar kenangan di sini.Terima kasih kepada jurufoto amatur RA En Lenny yang bersama-sama menjayakan pengfotoran ini hahaha.Amacam? ada macam hero filem James bond tak hahaha.(muka gelap ada hati)
Haaa nie menu wajib yang korang patut cuba bila sampai di sini.Roti Pretzel ini cuma berharga 2Lira (RM1.60) sahaja.Di sapu dengan Nutella pulak tu.Bukan sikit-sikit jemnya...bapak banyak tau..memang puas hati dengan harga 2Lira tu.Jadi ambil perhatian....korang mesti makan benda nie hehehe.
Suasana pagi di lorong kedai yang akan membuka perniagaan dalam masa sejam lagi.Sangat tenang sebab masih tidak sibuk dan kadang-kadang RA di sapa oleh beberapa warga tua yang berbaju tebal yang meminta sedekah.Jika tidak mahu Hanya perlu bilang "No thank you" dan beredar sahaja.
Istanbul New Town ini terletak di benua Eropah di atas bukit.Di sini bangunan-bangunannya lebih moden dan ada ciri-ciri dari eropah.Kafe-kafe juga banyak berselerakkan di mana-mana.Tak kurang juga dengan kedai-kedai jus buah yang menjual pelbagai jus dari Delima , Epal , Oren dan pelbagai lagi.Semuanya berharga sekitar 2-4Lira mengikut saiz.
RA berjalan sehingga ke hujung bandar ini.Dari sini RA boleh lihat pemandangan Kotaraya Istanbul yang pesat dari atas bukit.
Cuma harus berjalan sekitar 15minit ke penghujung jalan dari hadapan Menara Galata sahaja.
Di sebelah sana adalah Istanbul Old Town yang terletak di benua Asia.Masih banyak bangunan,rumah dan masjid-masjid lama dan bercirikan ketimuran.
Di Istanbul New Town pulak lebih kepada bangunan moden dan bercirikan ke Baratan.Belakang RA tu hotel 5bintang tau.Lupa pulak namanya.Pakaian mereka pun banyak yang berjenama dan bergaya berbanding di Old Town.
Masa nie tengah bosan dok menunggu En Lenny yang membuang air besar di tandas berhampiran.Oh yea cakap pasal tandas , tandas awam di sini di kenakan bayaran 1lira yea dan nak masuk kena melalui halangan besi.Duit hendaklah di masukkan ke dalam lubang mesin yang di sediakan atau anda boleh bayar mengunakan Istanbulkart.Sejurus di bayar pintu halangan besi akan di buka seperti menaiki LRT.
Jam menunjukkan pukul 1030pagi jadi RA mengambil kesempatan berkeliaran di sekitar kawasan ni untuk meninjau.
Kawasan jalan ini di penuhi dengan kedai-kedai lampu dan elektronik.Pelbagai bentuk dan saiz.Kalau tak pikirkan bag yang besar nak bawak balik memang RA singgah beli.
Hanya jalan-jalan cuci mata je lah.Sambil-sambil itu mengambil gambar di beberapa kawasan di sini.Jalan dah mulai sibuk apabila memasuki waktu bekerja.
Kat kawasan nie ada banyak di kibarkan bendera Turki.Dah macam pesta sambutan kemerdekaan pula.
Saat RA pulang semula ke jalan yang RA datang awal pagi tadi , kedai-kedai dah banyak di buka dan orang ramai dah mula memenuhi ruang-ruang jalan raya.Ada banyak jualan murah di sini.Paling banyak baju wanita dengan pelbagai fesyen.Harga sekitar 20-30lira (RM 16-25 sahaja).
Kalau awal pagi tadi kita kena naik bukit, masa nak balik agak bagus sikit sebab kita dah mula turun bukit dan menahan lulut pula dari melurut tergolek ke bawah hehe.
RA terus ke selat Bosporos.Ambil gambar di tepi selat dengan mengadap Istanbul Old Town yang di sebelah sana.Dari sini RA dah terpandang beberapa restoran di bawah jambatan yang menjual ikan bakar.Bau-bau hanyir ikan pun boleh di hidu dari kawasan tempat RA duduk nie.
Inilah deretan kedai-kedai makan yang menjual Ikan bakar.Menu ikan bakar di sini di panggil Balik Ekmek (roti ikan)
RA berjalan di atas jambatan selat Boporos menuju ke seberang untuk menaiki feri mengelilingi selat ini.Sambil jalan sambil berhenti sekejap untuk bergambar.Apa yang dapat RA beritahu sepanjang jambatan nie kadang-kadang akan terbau hanyir ikan jer.
Penduduk-penduduk tempatan pula ramai yang memancing di sini sama ada sekadar hobi atau menyara pendapatan.
Kelihatan banyak juga ikan-ikan yang mereka dapat.Umpan yang mereka gunakan ialah udang kecil.Tak pasti pulak RA ikan apa yang mereka dapat tu,tapi menurut salah seorang pemancing di sini ikan-ikan ini kebanyakkannya mereka jual di restoran-restoran ikan bakar berhampiran.
Meriah dengan kaki-kaki pancing dan pelancong di sepanjang jambatan ini.
Ok masa untuk naik feri mengelilingi selat Bosporos.RA nak tengok di mana lokasinya tanduk emas yang menjadi lagenda penaklukkan tentera Islam terhadap Istanbul.Ada 2 jenis feri di sini.Satu feri yang hanya membawa pelancong mengelilingi selat hingga ke Tanduk Emas (Golden Horn) kemudian pulang semula tanpa berhenti di mana-mana perhentian jeti.Yang ini harga tambangnya agak murah iaitu 35Lira (RM30).Masa perjalanan mengambil masa 3 Jam sahaja.Manakala feri yang satu lagi berharga 70Lira (RM65) membawa pelancong sehingga ke Tanduk Emas dan pulang tetapi berhenti di 2jeti iaitu di jeti berhampiran kubu tentera dan satu lagi berhampiran old town.Lagi satu kelebihan feri yang mahal ini mereka ada masukkan makan tengahari sekali.
Feri yang RA naiki ini ialah feri yang tambangnya murah.Bawa keliling selat sehingga ke Tanduk Emas kemudian pulang semula ke jeti asal.Oh yea nak naik feri nie ada tip yang RA nak kongsi , pastikan anda bawa roti atau biskut untuk di campakkan kepada burung-burung camar yang akan mengikuti belakang feri ini
Nampak kan....burung-burung camar ini akan ikut sama dalam pelayaran feri dan menanti pelancong untuk memberi mereka makan.Satu pengalaman yang menjanjikan hehe.
RA bukan saja bawak roti biasa, tapi bawa potongan lebihan kek semasa sarapan pagi di hotel dan roti arab yang tak habis di makan Lenny semasa bawa pulang ke bilik hotel semalam.
Musim sejuk semakin hampir datang di Istanbul dan jika menaiki feri sewaktu musim sejuk pastikan bawa baju setebal mungkin bagi mengelakkan kesejukkan angin laut nie yea.
Lagi aksi hero filem Turki beraksi di bawah jambatan berhampiran tanduk emas.
Antara rumah-rumah kediaman penduduk dan bangunan-bangunan yang terdapat di Istanbul New town.Bangunan-bangunan ini lebih ke arah kebaratan sedikit kerana terletak di kawasan benua eropah.Maklumlah Turki inikan terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan benua barat dan timur.
Inilah dia Istana Ciragan.Istana ini dahulunya merupakan Istana zaman kerajaan Othmaniah di bina pada tahun 1863.Sekarang bangunan ini merupakan hotel 5bintang milik syarikat perhotelan Kempinski dan merupakan hotel ke 14 daripada 15hotel termahal di dunia.
Ini adalah jambatan gantung pertama yang kami lalui di bawahnya.
Selepas sahaja melintasi jambatan pertama terdapat sebuah kubu tentera lama.Nama kubu ini ialah Rumelihisari dan dahulunya pernah mengenakan levi tol keatas kapal-kapal yang melalui selat ini.Semasa pemerintahan Sultan Mehmud II , kubu ini telah menempatkan satu batalion tentara seramai 400orang bagi mengawal perairan dan kapal-kapal yang melalui selat ini.Pernah sekali kapal dari Venice yang mengabaikan isyarat untuk berhenti telah karam terkena tembakkan meriam dan kesemua kelasi yang terselamat sama ada di penjara atau di pancung.
Kereknya muka budak nie...
Jambatan kedua kami hanya membuat pusingan U untuk balik semula kejeti asal tempat kami di bawa.Perut dah semakin lapar dan jam pun dah pukul 2petang.Feri kami berhenti betul-betul di hadapan jeti yang di hadapanya terdapat banyak restoran-restoran Balik Ekmek.(Roti sandwich Ikan) .
Rata-rata kedai di sini hanya jual Balik Ekmek dan kedai diaorag memang penuh giler.Menunya sangat - sangat mudah.Hanya isi ikan yang di bakar di letakkan dalam roti sandwich dengan bawang dan sayur salad itu jek.Rasa bila di makan panas-panas memang sedap bak hang.....Harga sebungkus Bilak Ekmak cuma 10Lira (RM9).Nak air jus tambah 2Lira sahaja.
Nampak tak? ada beratus-ratus ikan yang diaorang bakar di atas bot.Kesemuanya bakar macam tu jek tanpa letak apa-apa sos.Tapi rasa ikan-ikan diaorang nie sedap sangat.
RA rasa dalam sehari diaorang boleh jual hampir 1000 ikan kot.Sebab RA nampak pelanggan tak putus-putus datang.RA sendiri makan kat luar kedai sebab meja dalam kedai semuanya dah penuh dengan pelanggan yang datang.
Bila perut dah kenyang inilah masanya untuk membeli belah di Spice Bazar.Memandangkan hari ini hujung minggu terdapat ramai - ramai - ramai sekali pengunjung yang datang.Dari kedai di dalam spice bazar RA pergi sampai keluar-luar kedai.Panjang sampai ke atas bukit.Deretan kedai-kedai ini adalah sepanjang 3km.Boleh tak keluar kalau bawak orang pompuan membeli belah di sini mengila dok beli belah ajer....hehe.
Sikitlah punya ramai umat manusia di sini.Laluan bazar tepi jalan dari spice bazar ini bersambung lah sampai ke Grand Bazar.Memang gempak giler lah.Rambang mata nak beli macam-macam ada.Ni kalau iman tak cukup memang habis duit di sini.Jam 5petang orang semakin berkurangan di sini dan sebelum hari mulai gelap RA dan Lenny pulang ke hotel kami untuk menunaikan solat jamak.
Selepas solat Margrib kami keluar semula untuk cari makan malam pulak.Menu yang RA pilih memang pelik sikit.Ada kebab dan nasi.Yang penting nak makan nasi hehehe.
Menu masakan kat sini agak sedap juga.RA pun tak ingat nama makanan yang di makan malam ini.Tapi ianya sangat berpatutan iaitu sekitar 25lira.
Memandangkan malam ini adalah malam terakhir jadi selepas makan malam RA cari kafe untuk mengeteh pulak.Tak jauh dari hotel kami RA jumpa satu kafe nie nama dia "Mom Cafe"
Hiasan dalaman kedai nie nampak teratur dan cantik.Sekali pandang setanding dengan jenama antarabangsa.Kedai ini 2 tingkat jadi RA pilih menu di bawah dan mereka hantar di atas.
Menu Kek lobak dan yang satu lagi makanan lokal yang RA lupa namanya.Minum dengan air coklat panas dan capucino.
Hari semakin lewat dan pengunjung juga semakin berkurangan.Ini adalah suasana malam terakhir di Istanbul yang sempat RA rakamkan.
Memandangkan ini malam terakhir RA bergambar lah di hadapan hotel tempat penginapan RA selama di Istanbul ini iaitu di Sultan House.Hotel ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk keluarga yang besar bermalam di sini.Nantikan esok musafir RA ke Capadokia pula.
No comments:
Post a Comment