Selamat Pagi Kaherah.Hari ini adalah hari terakhir RA di sini.Jadi inilah pemandangan Dataran Tahrir yang sedikit masa dahulu pernah popular dek pengulingan Presiden Ed Mubarak.Hotel RA terletak di hadapan dataran nie je.
Paling penting dekat dengan Muzium Mesir yang terkenal tu.Bangunan berkubah (gambar pertama) tu lah muziumnya.adalah dalam 5minit berjalan kaki dah sampai.Semua gambar di atas ni RA ambil dari balkoni bilik RA.
Sebelum meneruskan perjalanan ada baiknya sarapan pagi dahulu.Ini adalah menu sarapan pagi yang biasa di Mesir.Orang mesir nie suka makan daging-daging dan roti pagi-pagi.Kalau keju tu jangan cakaplah memang setiap menu sarapan pagi mereka letak keju.
Jam 9pagi RA dah tiba di hadapan muzium.Tapi gambar yang ini RA amik masa dah keluar dari Muzium , nak amik gambar pagi-pagi orang memang ramai giler.Nasib baik RA datang agak awal juga jadi RA suma beratur sekitar 20minit sahaja.Tiket pulak ada 2jenis.Satu untuk lawatan muzium sahaja tanpa masuk bilik Mumia EGP160.Kalau nak masuk bilik mumia harga EGP180 (RM45).Dah terlanjur sampai jauh-jauh tu jadi RA amik lah terus lawatan ke bilik Mumia sekali
Muzium nie sangat-sangat besar okay.Memang berbaloi pergi kesini.Macam-macam khazanah lama yang diaorang letak.Kebanyakkannya mereka dapat dari dalam piramid dan juga dari makam raja-raja di Luxor.Dinasti Firaun di Mesir nie memang dah lama wujud sejak berkurun-kurun lamanya."Old Kingdom" mereka je bermula sekitar 2650 tahun sebelum mesihi.
Koleksi patung-patung jangan cakap lah.Ada beratus-ratus patung dalam muzium ni.Dari sekecik-kecik patung diaorang buat tangkal sampailah sebesar-besar patung diaorang buat sembah.
Keranda-keranda mumia juga ada mereka tayangkan kat sini
Lukisan-lukisan yang di pahat di bongkah-bongkah batu di susun dari satu zaman ke satu zaman mengikut bilik-bilik dalam muzium ini.
Keranda mumia dari zaman permulaan dinasti firaun.
Kebanyakkan mayat mereka tidak tanam , ada yang di masukkan dalam bongkah-bongkah batu dan di letakkan di dalam makam lembah raja-raja di Luxor.
Setiap gambar di batu ini menceritakan perihal raja-raja mereka dan kehidupan sebelum dan selepas mati mengikut ajaran kuno mereka.
Bukan semua firaun di Mesir jahat.Ada juga raja-raja Firaun mereka yang baik dan menjaga kebajiran rakyat mereka.
Pintu ini adalah pintu palsu yang di buat dari kayu bagi mengelirukan sesiapa yang mahu memasuki dalam Piramid.
Ini lagi salah satu Firaun yang memerintah.Dari informasi yang RA baca di muzium ini kebanyakkan raja-raja firaun mereka ini mati pada usia yang agak muda.Ada yang di racun , di bunuh , mati di medan perang ataupun mati kerana sakit.
patung separuh singa ini di buat pada zaman pertengahan kerajaan firaun.Patung lembu ini pula merupakan dewa yang di puja mereka.
Setiap patung-patung dan barangan di sini di label dengan no.Dan semua informasi tentang barangan yang ber no ini ada di tulis dalam buku muzium yang di jual sekitar RM20 rasanya.tak kuasa lah RA nak beli.RA bukan pengkaji cuma sekadar pelancong yang biasa-biasa sahaja.
Sebahagian patung yang pecah semasa peperangan.Nampak macam patung Namrud je.patung manusia separuh singa banyak di buat semasa pemerintahan dinasti pertengahan mereka.
Gamabar atas koleksi patung-patung emas yang di temui semasa pengeledahan lembah raja-raja di Luxor,Gambar bawah adalah bekas penyimpanan abu mayat.Selalunya mayat yang di bakar ini golongan bangsawan atau pun paderi-paderi mereka.
Harta Firaun Tutankhamun paling banyak emas di temui.Makam ini pernah di rompak oleh beberapa penjarah yang memasuki lembah raja-raja secara senyap-senyap.Topeng emas Mumia firaun Tutankhamun itu paling bernilai kerana di salut dengan emas dan permata bersamanya di simpan emas -emas dan harta firaun itu di dalam peti besi bersalut emas (gambar atas).
Koleksi itu ada di simpan dalam muzium ini dan RA dapat lihat dengan mata kepala RA cuma tak dapat amik gambar kerana di kawal ketat oleh polis muzium dan tidak di benarkan untuk di ambil gambar.lagi peti besi emas dan patung burung helang berkepala emas.Burung Helang juga merupakan burung suci semasa pemerintahan firaun.
Keranda batu dan beberapa keranda kayu yang di pamirkan.
2jam belum tentu abis jalan dalam muzium nie tau.Tingkat bawah je amik masa dekat 2jam untuk di lihat.Tu belum tingkat atas yang ada simpan barangan lain termasuk bilik mumia.
Hehe ini gambar salah satu Mummia yang dapat RA amik senyap-senyap.Hanya mereka yang membeli tiket masuk ke bilik Mummia sahaja di benarkan masuk ke sini.Gambar tidak di benarkan amik.Yang nie pun amik curi-curi.Ini bukan mummia raja ini adalah salah seorang isteri pembesar istana yang di awetkan.Di fahamkan jika raja-raja Firaun tangan mereka ayang di selangkan ke dada manakala para pembesar dan paderi yang di awetkan tangan mereka di biarkan sahaja di sisi.
Koleksi emas di tingkat atas.Ini antara barang kemas ratu-ratu dan raja-raja firaun.
Patung anjing (gambar atas) adalah anjing di alam selepas mati bagi fahaman agama mereka.
Kerusi tahta bersalut emas firaun dan tempat duduk untuk di julang
Ruang utama ini di ambil gambar dari tingkat atas dan bawah muzium.Puas dan berbaloi pergi kesini.Tempat wajib lawat jika ke Mesir selepas Piramid.RA amik masa dekat 4jam (tu pun banyak lagi ruang dalam yang tak tengok habis) melawat sekitar muzium ini.RA pulang ke hotel dan membeli makan tengahari bungkus di luar untuk di bawa balik ke bilik hotel.Jam 230petang baru kami makan tau.hehehe.Jam 4petang pulak RA bersiap untuk ke Hard Rock Cafe Cairo yang lokasinya agak jauh dari hotel RA.Mulanya nak naik Uber tetapi pekerja hotel bilang lebih baik naik teksi kerana harganya lebih kurang sama.Di sebabkan masalah bahasa,lain yang kami minta pemandu tu bawa ketempat lain pulak dia bawa kami.Akhirnya RA telefun salah seorang anak buah RA yang belajar di Universiti Al Azhar dan bercakap dengan pemandu teksi agar terus membawa kami ke Bazar Saok berhampiran Masjid Al Azhar.
Alhamdulillah RA dan Lenny sampai di sini , mata masa nie dah melilau tengok pelbagai barangan yang di jual di tepi-tepi jalan.Tapi di sebabkan menunggu anak buah RA tiba kami berkumpul di hadapan Masjid Saidina Hussein (cucu Rasullullah) yang tidak jauh dari Masjid Al Azhar.Akhirnya juga juga dengan Mohd.Anak buah RA yang belajar di sini.
Nak membeli belah di sini kena banyak duit Egypt Pound tau.Kalau kat Malaysia susah nak jumpa matawang ini.Duit Ringgit pulak tidak banyak di terima di pengurap matawang di sini.Kecuali duit US Dollar memang berebut mereka mahu.
Pergh boleh rabang biji mata tengok barangan yang di jual.Ada lebih 1000 gerai menjual pelbagai barangan.Dari perhiasan rumah , cenderamata , baju , lampu perhiasan dan rempah ratus.
RA beli sepasang piring perhiasan Al-Quran ini.Harga memang kena pandai tawar menawar.
Ini kalau mak-mak yang datang RM1000 pun tak cukup rasanya.Tu belum lagi gie kat kawasan minyak wangi.hehehe.
Kedai-kedai makan pun banyak dapat kat sini.
Kami makan malam di salah sebuah restoran berhampiran.Makan nasi arab dengan kebab , ayam bakar dan juga spegetti.
Yummy harga makan kami bertiga cuma sekitar RM60 sahaja.Dalam makan-makan tu sempat berkenalan dengan pasangan pelancong dari KL.Dia baru tiba malam semalam dari London katanya.
Memandangkan semua barang dah dapat kami pun bergerak untuk mendapatkan teksi pulang ke hotel.Terima kasih Mohd yang bawak kami jalan-jalan pusing souk nie.Memang berbaloi dan puas hati sebab malam ini malam terakhir kami di Mesir.Esok pagi-pagi dah berangkat ke Istanbul untuk petualangan yang seterusnya.hehehe
No comments:
Post a Comment