Selamat pagi Istanbul...Masih lagi hujan pagi ini walaupun jam dah pukul 730pagi.Sarapan hari ini roti dan keju la gamaknnya.Tak ada nasi lemak atau mee goreng pun.
Telur rebus , sosej dengan roti tos nje yang leh masuk tekak RA.Roti putih lepas sapu dengan keju dan tabur telur rebus dengan timun baru leh masuk hehe.
Makan sambil tengok penduduk turki bersiap untuk ke tempat kerja di luar jendela.Ada beberapa pilihan teh uncang serta kopi di sini.Sarapan pagi di sedia oleh hotel dan termasuk dengan harga sewa bilik.
2 kali juga RA tambah.Yalah nak kasi perut betul-betul kenyang dulu.Lepas sarapan memang wajib la ke tandas sebelum meneruskan lawatan.Rancangan telah di atur sejak malam semalam lagi di bilik kami.Hari ini lawatan tertumpu di sekitar kota Istanbul.Kami akan Makam Sultan-sultan Kerajaan Empire Uthmania.Kemudian ke Hagia Sofia, yang dahulunya gareja tetapi pernah di jadikan masjid oleh kerajaan Uthmania dan sekarang di jadikan muzium.Lepas tu ke Basilica Cistern iaitu kubu simpanan air bawah tanah semasa kerajaan Kostatinopal.Muzium Arkologi dan akhir sekali ke Spice Bazar dan membeli belah.
Haa nie lah dia di mana makan Sultan Ahmad di semadikan.Beserta makam-makam kerabat beliau yang lain.Makam nie cuma bersebelahan dengan Masjid Biru dan Hagia Sofea.Masuk adalah percuma.
Masih lagi hujan renyai-renyai di sini.Inilah dia tersergam indah Hagia Sofea.Memandangkan kami tiba pagi kelihatan di pintu masuk Hagia Sofea masih lengang dengan pengunjung.RA membeli tiket pas untuk lawatan 2 muzium.Satu ke Hagia Sofea dan satu lagi ke Muzium arkologi.
Sempat berpeleseran dahulu sebelum masuk ke dalam.
Sedikit cerita pasal Hagia Sofea ini.Semasa pemerintahan kerajaan Rom Bazentine tempat ini merupakan sebuah gereja dan nama lama Istanbul dahulunya Kostatinopal.Tetapi setelah kerajaan Uthmaniah menakluki kota ini , nama Kostatinopal di tukarkan kepada Istanbul dan gereja ini dijadikan masjid.
Inilah ruang pintu masuk ke masjid ini.Pintu kayu ini yang asli dan berusia lebih beratus tahun.
Ruang utama masjid ini.Lukisan kristian di dinding masih di biarkan dan di letakkan ukiran khat di setiap 5tiang utama.Iaitu ukiran nama Allah,Muhammad S.A.W, Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali dan Hussin dan Hassan.
Ini ruang mimbar masjid.Kelihatan gambar Siti Mariam dan Nabi Isa di dindiang utama.
Kubah utama yang di lukis khat dari beberapa surah dari AlQuran antaranya dari Surah Nur.
Semasa lawatan ke masjid yang dijadikan muzium ini ianya dalam proses pembaik pulihan di satu sudut utama.Kebanyakkan gambar di atas di ambil dari ruang bawah.Hagia Sofea mempunyai 2 tingkat kesemuanya.
Ini laluan tangga ke tingkat 2.
Dari tingkat atas RA boleh lihat keseluruhan bentuk Hagia Sofea dari dalam.Tiang-tiang utama berukurkan senibina rom dan parsi.
Pusing keliling dari kanan tingkat atas ke kiri sebelah sana.
Pemandangan dari tingkat atas.Masih dalam pembaik pulih.Lebih jelas dari atas ini.
Masih di ruang atas.Tingkap ini terletak di bahagian tepi bangunan.Tapi pada musim sejuk nie diaorang tutup tingkap menghalang angin masuk.Setiap siling atas di lukis dengan pelbagai gambar dan corak semasa pemerintahan rom.
Agak lama juga RA pusing dan bergambar kat dalam nie.Di pintu keluar ada lukisan lain lagi yang seakan sama seperti di bumbung dalam bangunan.Gambar sebelah pulak suang solat utama.
Kedai menjual pelbagai barangan cenderahati di jual di pintu keluar Hagia Sofea.Barang-barang yang di jual di sini agak mahal sesuai dengan kualiti baranganya.
Keluar je dari Hagia Sofea anda akan lihat binaan untuk tempat mengambil wuduk.Cantik sangat-sangat.
Oklah lawatan seterusnya ke Basilica Cistern yang terletak cuma 1km dari Hagia Sofea.Bagi sesiapa yang pernah membaca cerita tentang kekuatan Kostatinopel memang harus ke sini.Yang tak pernah tahu pun memang RA cadangkan melawat ke sini.Kalau tidak ke sini maka anda memang tak tahu tentang sejarahnya.Tempat ini merupakan tempat simpanan bekalan air bersih semasa pemerintahan Rom Bizantine untuk kegunaan penduduk kota.Ia boleh menyimpan sehingga 100,000 tan air pada satu-satu masa.
Tiket masuk ke sini dikenakan sebanyak 15Lira sekitar RM10 dan percayalah ianya sangat-sangat berbaloi masuk ke sini.Simpanan air bawah tanah inilah yang menjadikan kota ini sukar untuk di tawan walaupun telah di kepung berbulan-bulan lamanya.
Simpanan air bawah tanah ini boleh di pakai oleh penduduk kota sehingga lebih 3bulan untuk bertahan walaupun kota di kepung oleh musuh dari luar.Sebab itulah kota ini dapat bertahan semasa tentera Islam datang untuk menawan.Tempat ini hanya di buka kepada umum pada tahun 1987.
Di dalam simpanan air bawah tanah ini juga anda akan dapat melihat satu tiang yang sentiasa mengeluarkan air.Tiang ini mempunyai beribu ukiran bulat seperti bulu merak dan air sentiasa mengalir dari celah-celah tiang nya.Menurut cerita penduduk setempat , tiang menangisi mangsa-mangsa buruh paksa yang di paksa membina tempat ini.
Jika masuk ke dalam lagi anda akan bertemu dengan tiang yang di bawahnya ada batu berukiran Medusa.Iaitu manusia berkepala ular yang menjadi lagenda bangsa Greek dan rom.
Ada dua tiang yang di bawahnya ada patung medusa.Satu tiang kepala Medusanya terbalik ke bawah dan satu lagi kepalanya berbaring ke lantai.
Memang besar tempat simpanan air ini dan memang betul lah cerita yang di khabar bahawa kota kostatinopal sangat sukar untuk di takluki.Dah puas keliling dan bergambar tiba lah masanya untuk ke tempat yang lain pula.
RA ke Muzium arkologi yang terletak 3km dari Basilica Cistern.Naik tram je lah.Lagi pun kaki dah mula penat hehehe.Cuma 1 station je dari depan Masjid Biru tu.Masuk ke sini dah macam masuk kat dalam muzium Mesir,cuma di dalam nie barangan yang di tayangkan lebih kepada tinggalan kerajaan Rom Bizantine.
Patung dewa-dewa Rom dan Greek memang banyak di Turkey jadi mereka kumpulkan di muzium arkologi ini.
Sebenarnya yang RA cari inilah.Melihat sendiri bagaimana rupanya rantai besi yang di gunakan bagi mengawal kapal laut keluar-masuk ke tanduk emas.Ini adalah faktor ke utama kekuatan kota Kostatinopal selain Basilica Cistern.
Laluan masuk melalui laut ke kota ini di kawal oleh rantai besi ini.Sementara laluan darat di bina tembuk kota yang agak kuat.Semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fateh lah baru kota ini dapat di patahkan dari luar.Kebijaksaan Sultan muda ini di akui barat sebagai taktik peperangan yang paling menakjubkan.Bagi mengelakkan kerosakkan kapal laut daripada berlanggar dengan rantai besi yang menjaga selat untuk masuk ke dalam kota, tentera laut kerajaan Uthmaniah di kerahkan memotong pokok-pokok di laluan darat berhampiran selat kemudian menarik 2 buah kapal perang laut berhampiran Golden Horn mengunakan batang-batang pokok yang di aturkan di tanah.Hasilnya kapal-kapal perang laut berjaya memasuki dalam kota melalui laluan "short cut" yang telah di potong.(seperti di gambar di atas)
Memang besar giler rantai besi tu.Banyak sejarah dapat id pelajari di sini.
Kebanyakkan patung-patung ini hampir musnah dah di pecahkan selepas Islam mula bertapak dan memerintah di sini.
Sebenarnya bila berada di dalam bangunan tu rasa amat panas.Maklumlah diaorang pakai sistem pemanas sebab di luar cuaca sangat sejuk.
Bersebelahan ada satu lagi bangunan muzium arkologi iaitu khas semasa kedatangan Islam ke Turki.Barangan kat dalam banyak barangan seramik dan koleksi khat dan beberapa senibina Islam.
Jam dah pukul 2petang tapi masih belum makan tengahari lagi.Perut semakin berbunyi jadi kami berjalan ke bawah sedikit untuk mencari kedai makan.
Kami singgah makan di Restoran milik seorang Arab Yamen.Makanan yang Lenny pilih ialah Nasi Mandy sebab dia dah lapar sangat katanya.Harga sekitar 25lira = RM22
.RA pulak pilih roti nan dengan ayam masak apa tah...lupa hehehe.Harga RM22Lira = RM20 siap dengan air.
Sementara menunggu makanan tiba sempatlah online sekejap untuk kemas kini laman muka buku dan WA hahaha.(sempat lagi guna wifi restoran)
Bila perut dah kenyang kami menuju ke Grand Bazar yang menjual pelbagai barangan.Sikit lah punya ramai umat masa nie.Sempat juga lah kami membeli beberapa barangan cenderamata untuk di bawa balik ke Malaysia nanti.Harga-harga dalam bazar nie boleh tahan mahal juga , kata penduduk sini kalau nak beli yang murah sikit cuba beli di luar Grand Bazar sebab sewa kedai mereka lebih murah dari yang di dalam jadi harga barangan murah juga.Grand Bazar ini di tutup jam 6petang.Memandangkan RA tiba pun dah pukul 3:30petang dan kami belum lagi solat Zohor dan Asar,jadi tepat jam 5petang kami pulang ke hotel melunaskan solat dan berjanji akan ke sini lagi esoknya.
Solat Margrib kami di hotel tetapi solat Isyak kami di dalam Masjid Biru.Maklumlah hotel dekat je hehehe.Bila lagi nak bersolat dalam Masjid Biru ni.Beginilah keadaannya di dalam Masjid Biru.
Nak bersolat dalam masjid kena pakai stokin selepas ambil air sembahyang.Orang Turki tak mahu karpet mereka basah dek kaki kita yang basah selepas berwuduk.Ruang solat utama dalam Masjid Biru.
Alhamdulillah selesai menunaikan solat Isyak berjemaat di sini.Di bumbung-bumbung masjid ini di lukir ukiran khat dar beberapa surah Al-Quran yang di beritahu di dinding informasi.
No comments:
Post a Comment