Nah amik kau malam Jumaat lepas RA bersama Si Jali terpingin nak makan kat Warong Pokok Ceri ,sebab kitaorang memang dah lama tak jejakkan kaki di sini.Warong biasa-biasa sahaja dan terletak berhadapan Hotel Puteri Pan Pacific,bersebelahan dengan TNB.Masa RA dan Jali sampai kat TV dah sibuk menayangkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia,Johor Lawan Perak.RA tak amik pun nasi campur tapi RA suruh dia buat Nasi Goreng Paprik + Teh O Ais.Jali yang amik nasi campur,sedap katanya sebab malam tu mereka ada jual petai mentah sekaliBertambah 2pinggan la si Jali tu..
RA memang jarang makan nasi campur diaorang waktu malam,sebab lauk-lauknya kurang kena dengan selera RA,tapi kalau makan tengahari memang warong ini menjadi pilihan RA.Banyak pilihan makanan yang di sediakan.Ini adalah antara menu-menu masakan makan tengahari yang RA dapat dari Nik melalui Whatapps yang sekarang tengah dok sedap menyantap kat kedai tu.
Gambar yang telur setengah masak ini RA amik selepas penat berjalan di Bazar Karat sejurus kami makan di Warong Pokok Ceri.Nak simpan tenaga katernya (hehe).Biasalah selalu kalau dah ke bandar tak singgah Bazar Karat dan kena telur setengah masak ini mesti tak sah.
RA makan dulu yea,yang lain tengok jelah yea.Jumpa Lagi!!
No comments:
Post a Comment