Assalamuaikum !! Hai semua.Nampaknya inilah warkah pertama dalam blog RA pada tahun ini.Maklumlah terlalu sibuk sedikit dengan urusan lain.Tapi semalam RA berkesempatan bersarapan pagi di Hutan Bandar Johor Bahru ini semua gara-gara Azie dan Olie yang mengidam nak makan Char Mee dan Mee Koloh.Awal pagi tu ada juga seorang artis "Jalan-Jalan Cari Makan" yang bermesej mengajak gang-gang yang lain,tapi di sebabkan semua masih lagi membuta jadi tak dapatlah ikut serta artis tersebut."Patah Seribu" jawapnya.Jadi selepas sahaja RA bangun tidor,basuh dan sidai baju yang bertimbun selama seminggu di rumah,RA terus bergegas ke sana.RA tak berapa suka makan Mee pagi-pagi jadi RA amik lontong sajor.
Haa inilah tempatnya.Char Mee yang Azie dan Olie makan berharga RM4.00 gerainya di bahagian kiri (kalau masuk melalui laluan berdekatan perhentian bas).Eleh,malu-malu miow pulak anak dara si Olie/Azie yang dah semakin tinggi menyamai maknya bila bergambar dengan RA.
Sedap tak? Ini lontong yang di makan oleh artis Jalan-Jalan Cari Makan awal pagi tadi.Campur sikit-sikit (paru+telur+sotong+bagedil) baru sedap katanya.Amik kau RM5.00 sepinggan
Ok dah puas makan perut dah kenyang baru lah boleh jalan-jalan.Kami ke KSL Plaza untuk mencari hadiah untuk di berikan kepada rakan yang akan menyambut hari ulang tahunnya hari ini.Sambil-sambil mencari hadiah singahlah ke kedai yang menjual pelbagai alat mainan Animax dan Artis-artis Korea dan luar negara,
Cantik kan patung Iron Man ini.Harganya mencecah ribuan ringgit tau.Tapi hakikatnya nak berbelanja membelikan barangan artis kumpulan dari Korea yang menjadi kegilaan anak si Azie/Olie nie haa.Sukalah si Syahada nie bila maknya membelikan semua barangan artis kegemarannya.(berbakul-bakul tu)
RA tengok je lah,dah bukan zaman kita.Kalau dulu masa zaman remaja minat la jugak dengan Spice Girl,Westlife,Boyzone,Mariah Carey,sampai sanggup buat buku skrap,buku lirik,cd,kaset,poster segala bagai.Tapi sekarang ini zaman budak-budak ini la,jadi duduk dan tengok jelah telefun bimbit sambil layan WhatApps.
Lepas ke KSL kitaroang singgah makan kat Kafe 60an lagi sekali.Tapi sekejap je lah sebab dah penat dari pagi kuar berjalan sampai ke petang.Jam 5petang RA terus balik rumah.Tak sangka si Jali pulak sms ajak mengeteh kat Pasar Karat.Jam 1030malam dah ada di bandar sampai nak cari tempat letak kereta semua penuh.Terpaksa lah letak kereta kat depan White House Johor a.k.a Mahkamah Johor Bahru lah.Cantik kan bangunan mahkamah ini pada waktu malam.Dah macam White House pun ada.(konon)
Jadi menapak lah jalan kaki ke kedai makan kelantan kat Jalan Dhoby ini,sambil menunggu makanan sambil tu kena gigit nyamuk.(Maklumlah dah malam).Makin malam makin ramai pulak orang ke Pasar Karat,tak putus-putus orang datang.Lepas makan RA buat satu pusingan Pasar Karat kemudian terus balik rumah sebab mata dah mengantuk.Esok pagi nak bangun awal berjogging pulak.
No comments:
Post a Comment