Siapa yang sangka Burger Bakar yang ada du Ukay Perdana boleh di dapati di Johor Bahru.Semalam sebalik sahaja RA pulang dari makan malam bersama rakan-rakan bekas sekolah,RA terus menuju ke Nusa Duta.Atas jemputan artis Razif Yunus yang baru sahaja selesai mengaji Al-Quran (sejuk perut ibu mengandung) dan juga Nik yang belum pernah ke sini lagi.Lokasinya terletak di deretan rumah kedai di Nusa Duta berdekatan dengan Aliance Bank dan lampu isyarat.Tujuan utamanya nak ke Burger Bakar No1 yang kat depan Gaint tu,tapi jam 1145malam burgernya sudah habis.Jadi RA pun ke sini lah.(tak jauh pun sederet-deret jalan kat situ jugak)
Diam tak diam ada 3cawangan burger Ukay Perdana ini kat JB.Satu kat sebelah Restoran Alif Taman Suria dan satu lagi kat Taman Uda Utama.
RA tak makan dah kat sini sebab sebelum ke sini perut RA dah di isi dengan makanan di Restoran Remaja Classic tadi.Jadi minum air sahaja lah kat sini.Sebenarnya kedai ini hanya jual burger Bakar bungkus,tapi biasalah kan bila Artis Pop Yeah yeah dah datang,yang tak ada pun boleh di adakan.Habis meja tempat duduk diaorang kita guna.Air tin pulak tuan kedai menawarkan diri untuk belikan kat kedai Habib.Kelas kan aura artis bila turun padang sesekali.
Ya Rabbi kenyang betul perut RA dari pagi tadi makan tak henti-henti.Kalau macam ini esok pagi RA dah kena berjogging lah gamaknya.
Bagi yang nak ke sini pastikan perut anda betul-betul kosong yea.Sebab di sini ada pelbagai burger yang di sediakan.Nama burgernya pun pelik-pelik kerana mengambil nama filem-filem Melayu.Burger Ayam lak diaorang beri nama KL Cikaro.Boleh??
No comments:
Post a Comment