Saturday, August 20, 2011

Ramadhan di Geylang Serai

Bagi memenuhi hajat seorang teman yang saban tahun membeli baju melayunya di Singapura untuk di pakai dan di muat turunkan di laman facebook di pagi hari raya nanti.Dan juga untuk memperkenalkan kepada Abang Mat,Kak Ros & Gina dengan suasana kemeriahan di Geylang Serai,aku pun merancang ke Pasar Bazar Geylang Serai Singapura bersama-sama beberapa teman yang lain.Memandangkan pergi di bulan Ramadhan,aku bersama 7lagi teman menaiki MPV milik Abang Mat dengan bungkusan Nasi Goreng Kampung yang sedap di masak oleh Gina dari rumah berserta air tin yang di beli oleh aku dan duit minyak MPV yang di taja oleh Abang Yunus,kami pun bertolak jam 630petang dari Restaurant Habib Tampoi Utama.
(sebenarnya janji nak bertolak jam 6petang).
Bertolak dengan menggunakan Lebuh Raya Link ke 2,tapi memandangkan azan margrib seawal jam 657malam,kami berhenti berbuka puasa di R&R sebelum masuk ke Singapura.Nasi Goreng Kampung Gina lah menjadi pembuka selera kami di sana.Selepas berbuka puasa & solat Margrib di sana,aku pun meneruskan perjalanan ke Singapura.

Tiba di "Arab Street", MPV pun di letakkan di kawasan letak kereta Golden Landmark.Dari sana kami berjalan kaki ke seberang jalan untuk mencuba makan Murtabak Singapura di Restaurant Zam-Zam.Murtabak dekat sini memang sedap dan bersaiz besar.Kami sambung makan berbuka di sana dan memilih murtabak istimewa yang berharga S$10.Macam pizza saiznya.Ada menu baru di sini iaitu Murabak daging rusa yang berharga S$20.Nasi berianinya juga sangat sedap dan tidak muak di makan berkali-kali.Makan malam di sini di taja oleh Rosli@Olie .Bersebelahan Restaurant ZamZam itu terletaknya Masjid Sultan,iaitu Masjid yang terbesar di Singapura.

Meneruskan perjalanan ke Geylang Serai,kami bertolak dari Restaurant ZamZam jam 9malam.Suasana ketika itu cukup meriah dengan lampu-lampu yang di pasang sepanjang Bazar Geylang Serai.Mencari tempat letak kereta juga satu masalah,sebab kebanyakkan tempat telah penuh.Nasib baik kami jumpa tempat yang kosong di Komplek Joo Chat.Turun dari tempat letak kereta semua mencari tandas.Maklumlah semua main isi je tapi tak membuang,bila dah penuh kena lah buang separuh.hehe.
Inilah suasana di Bazar Geylang Serai.




 

 Yang ini pula adalah daging salai atau lebih di kenali di sana dengan nama Daging Dengdeng.Ianya mendapat sijil halal dari Majlis Ugama Islam Singapura
(selalunya terdapat banyak di jual di restaurant Cina)


Inilah muka hero-hero yang tak membeli tapi melihat yang lain membeli belah



Jam menunjukkan pukul 12tengah malam tetapi kami masih tak pulang-pulang lagi.Ada tu siap berkepak berhip hop di depan Komplek Joo Chat dan ada pula yang kehabisan duit dan meminta sedekah di tepi jalan.Walaupun tahu kedai dah tutup ada juga yang tidak puas hati mengetuk pintu meminta kedai untuk di buka sebab nak beli pada saat-saat terakhir sebelum pulang ke Johor Bahru.

Aktiviti tidak habis di situ sahaja tetapi bersambung membeli belah di Mustafa Centre pula.Gedung pasaraya yang di buka 24jam di jalan Little India.Ada yang tak tahan dengan bau kemenyan India tapi tetap membeli belah tak pandang kawan-kawan yang lain dah.Jam 230pagi kami masih berada di Mustafa Centre.Aku dah penat terus ke MPV bersama Abang Mat & Kak Ros lepak kat dalam.Jam 3pagi barulah bergerak pulang ke Johor Bahru.Jam 345pagi tiba di Restaurant Habib kami sambung bersahur di sana pulak.Adohai pun.......sekian......

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....