J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
NASI AYAM PENYEK , MEE KOLOK & CHAR MEE HUTAN BANDAR
Selamat Pagi semua,hari ini RA nak ke gerai Mak cik Kerek yang menjual Mee Kolok di Hutan bandar.nak tahu kenapa RA panggil makcik ini kerek? sebab muka dia asik masam dan nak marah-marah je bila pelanggan datang nak beli mee kolok atau char mee nya.Tapi pagi ini RA terkedu sekejap sebab hari ini suasana di Gerai ini nampak lebih tersusun dan ceria.Mak Cik yang kerek tu mukanya ada senyum....hehe.Siap berbual-bual lagi kat atas meja pelanggan.
Cara pembelian pun dah di naik taraf,Hari Sabtu dan Ahad dia guna no giliran.Satu pinggan satu no.Biasalahkan nak masak Mee Kolok dan Char mee nie memang leceh sikit dan mengambil masa.Olie dan Azie siap beli sampai 4mangkok.Tapi RA hanya makan Nasi Ayam penyet je kat gerai sebelahnya.
Kat sini ada cendol dan Roti Jala tau.Jadi boleh la makan selain dari yang RA ceritakan di atas.Tak banyak yang RA leh ceritakan cuma apa yang pasti makanan kat hutan bandar ini pelbagai dan menjanjikan.Mee Kolok dan Char Mee yang halal setahu RA cuma ada di sini sahaja.Jadi bagi yang tak berkesempatan ke Sarawak atau rindu nak rasa Mee Kolok dan Chaer mee, RA syorkan ke gerai makcik kerek yang dah tak kerek ini.Nama kedainya "Atirah Eatery".Memang menjanjikan dan kenyal mee nya.Selamat mencuba.....
2 comments:
tq for sharing dik...teringin plak kak yong nak makan mee kolok tu...insyaallah leh jejak kat hutan bandar nanti...
skrg klu nak makan mee kolok kt sana kena amik no giliran.tak macam dulu kelam kabut.
Post a Comment