KLCC bangunan mercu tanda Kuala Lumpur.Bangunan yang di buat mengunakan besi ini memang tak bosan memandang.Hari ini RA ke Kuala Lumpur menghilangan kebosanan dan menemani abang Mork ke KL dan Abang Yunus pulang ke JB.Giler?? haha memang giler , memang nak abiskan masa atas lebuhraya je hari ini.
Jam 1130pagi bertolak dari Johor Bahru mengunakan lebuhraya Utara - Selatan haa kenalah tunggu abang Mork datang dengan tunggangan Nissannya tu.Wah banyak betul moto besar lalu kat sini nak ke Melaka ada perasmian "Bikers Melaka" katernya...tah yea tah tidak kita nie percaya jelah maklumlah bukan orang moto.Jam 145petang tiba di R&R Senawang perut pun dah lapar jadi berhenti makan tengahari kat sini jelah.Menu utama Yong Taufoo + Nasi putih.Makan dulu yea.
Jam 215petang kereta kami pun masuk ke Kuala Lumpur,sesak sikit lah kat depan Station Petronas Sungai Besi,tapi kembali lancar selepas itu.(dah macam membaca trafik lak)
Nak tunggu Abang Chu habis mengajo kat Space UTM jalan Semarak katernya.Tapi akhirnya berjumpa di KLCC sahaja.Sampai-sampai terus nak makan kat "Dome" lapar sebab tak sarapan lagi katernya...(banyaknya katernya)
Amboi menu tak hagak-hagak,Fish & Chip kau.Pakkal dah makan tengahari kat R&R tadi,Jadi RA pesan air jelah.Espreso Milk shake.(tul ke) tapi ada Espreso lah
Terlanjur dah sampai KLCC nie jalan-jalan lah kejap pusing amik gambar di sekitar.(padahal dah berapa kali ke sini)
Jadilah amik sikit-sikit gambar dah cukup,sebab ada orang tak larat nak jalan sebab kaki dah naik sakit.Tapi bergambar tetap nak berkepak
Tak lama kul 530petang RA,Abang Yunus dan Azman bertolak pulang ke Johor Bahru.Tu pun setelah RA sempat sambar beli baju kt Uniqlo KLCC.Baju nak ke Zurich katernya (konon)
Perjalanan yang jauh kena mulakan dengan solat jamak dulu yea.Jadi singgah sebentar kat R&R Serdang jap sebelum pulang ke JB.Alhamdulillah jam 11malam RA dah sampai ke rumah.Laju jugak si Azman ini memandu.
No comments:
Post a Comment