Monday, December 31, 2012

Makan aje di Ambang 2012

Makan Tengahari @ Restoran MS Beriani BBU

 

Haaaa esok dah nak masuk tahun 2013.Maka bertambah la lagi setahun blog RA ini.Dan entah apa angin bapak RA hari nie lepas je RA bangun jam 1030pagi dia ajak RA makan nasi beriani kat Bandar Baru Uda.Jadi lepas je RA basuh baju dan mandi kami gerak terus ke BBU dan seperti yang di jangka laluan depan Plaza Angsana menuju ke BBU sesak teruk.Tak tahu lah apa yang diaorang nak beli kat Angsana tu lagi.RA terus menuju ke Restoran MS Beriani yang terletak di Jalan Padi Emas yang sederet dengan Restoran Chicken Rice Shop.Kedai ini paling tak banyak menu.Menu nasi berianinya cuma ada Beriani Ayam & Kambing sahaja.Kuah Dalca.Acar buah,Acar Nenas,Papedom itu sahaja.RA mintak Beriani Ayam dan bapak RA mintak Beriani Kambing dan selang seminit Nasi Beriani kami pun tiba.Beriani ini berharga RM8.50 sepinggan dan kalau nak acar buah dan papedom lain kira yea.

 Oklah tu dah kenyang makan misi memecahkan lemak pulak di mulakan.Selepas menghantar bapak RA pulang ke rumah,RA bersiap-siap ke GIM pulak.Saat tu cuaca masih lagi mendung.Lama jugak RA lepak di Gim ini.Dari jam 2pagi sampai 430petang.Jam 4petang hujan pun turun mencurah-curah tanpa henti.Leh nampakkan betapa lebatnya hujan dari lokasi gim RA di Danga Bay ini.

Minum petang a.k.a (Tea Break) @ Kafe 60an Stulang Laut

Setelah habis membakar lemak sekitar 450kalori,sesi pengisian semula pula di adakan setelah menerima hasutan makan oleh kawan-kawan mengeteh RA.Nak mengeteh di Kafe Enam Puluhan kat Stulang Laut katernya.Tapi laluan ke sana sesak teruk di sebabkan air naik dan menyebabkan banjir kecil menutupi sebelah jalan di hadapan Villa Nabila (Laluan pantai Lido ke bandar).Nak tak nak kena redah jugak,jam 525petang barulah RA tiba di Kafe ini.(gambar pun kena edit ikut zaman 60an)

Nostalgia tul tempat ini,RA dah mula ke sini sejak diaorang baru buka sekitar tahun 2002 lagi.Yealah tempat jatuh lagi di kenanglah katakan.Dulu selalu lepak makan kat sini tapi sekarang dah jarang datang.

 

 Inilah dia menu wajib RA tiap kali datang ke sini.(rasanya tetap tak berubah-sedap)

Mee Rebus Asal Stulang + Nes Bangkok + Roti Sambal


Ehem-ehem,RA makan dulu yea & korang tengok je lah RA makan ini."Bismillah" hehe.

 

 Inilah pakar-pakar dalam akta hasutan makanan 1999 hehe.(jangan marah haa,gurau jek).Yang paling tepi baju kemeja belang gelap bercermin mata tu paling riuh kat kedai makan ini.Tapi bila makanan dia sampai di atas meja terus terkedu senyap seribu bahasa,bak mulut terkunci bila di patuk dua ekor ular tedung.(aaarrrghhhhhhh - menjerit satu kedai dengar)

  Ini pulak menu tambahan pilihan abang Mork.Cucur ikan bilis....yummy sangat.

Jam 7 petang sesi pergulungan telah pun di buat tetapi sesi ini akan bersambung pada jam 9 malam.Di atas permintaan Abang Mat dan Kak Ros kami akan jumpa lagi jam 9malam di Restoran Nasi Kandar Shafina Johor yang terletak di hadapan Apartment Lagenda di hadapan Tasek Utara.(ala malam tak hujan katernya)

 

MAKAN MALAM @ NASI KANDAR SHAFINA 

 

Nah amik kau janji nak jumpa kul 9malam,jam 920malam baru si Olie dan Azie sampai.Abang Yunus lak jam 10malam baru dia sampai (dalam perjalanan katernya-maklumlah rumah dia kat Kluang).Dan perancang program pada malam ini iaitu Kak Ros dan Abang Mat tak muncul-muncul,sampai ada orang meracau jerit-jerit tengok filem Cina tau.Penat kitaorang nak tenangkan dia.maklumlah jiwa kacau.(rasa nak balik je lepas dia jerit tu hehe)

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....