Wednesday, November 30, 2011

Ke Jakarta & Bandung lagi (November2011)



Aku sendiri tak tau kenapa aku begitu suka sekali dengan Jakarta & Bandung. especially Jakarta.Sebenarnya trip kali nie aku sepatutnya membawa family Helmi ke Bangkok,tetapi di sebabkan banjir buruk di Kotaraya Bangkok,kami terpaksa reroute trip ke Jakarta.Bersama ibu dan ayah Helmi beserta 2adik perempuan dan sepupunya kami bertolak pada 20November sempena cuti Maal Hijrah.sehari sebelum aku sambut Tahun Baru Muharam di Port Dickson dan dinner bersama Helmi family di teratak rumahnya.

Esoknya 20November2011 kami bertolak ke LCCT dengan di hantar oleh 4kereta...dah mcm rombongan pergi Haji lak..hehe.Kami stay di Hotel Kalisma-Jakarta...kira-kira 500meter dari Tanah Abang.Cuaca ketika kami sampai di sana sangat la panas.Nak2 bila sampai kt Terminal 3 Jakarta airport.Susah betul nak dpt teksi.Check in di hotel kami pun ke Tanah Abang,lihat2 & survey2 apa yang patut.Walaupun kami tahu hari itu mereka tutup separuh hari - Ahad.

Malamnya kami ke Grand Indonesia.Tempat shopping paling terbesar di Indonesia dan paling terbaru sekali.Memang besar giler shopping complex diaorg nie,dan ini dah 3x aku masuk di sini.Tengok je tu si Ayang,Tijah,Shamy & acik bergambo sakan di dalam Grand Indonesia.hehe.Si ayang siap jalan pakai suar track sukan lagi tu....

Hari ke dua kamu bertolak ke Bandung dengan menaiki Kereta api dari Station Gambir ke Bandung.Ticket yang kami beli Exercutive Class dan berharga IDR85,000.Menaiki keretapi ke Bandung adalah satu pengalaman yg sangat indah.Melalui kawasan gunung dan curam2....terowong terpanjang (5minit perjalanan masuk melalui keretaapi).

Tiba di bandung kami terus menaiki Van (kijang) ke Factory Outlet.Bershopping beli barang.Kemudian kami ke Pasar Baru sampai kena saman coz tak pakai tali pinggang keledar bahagian belakang...biasalah polis sana...shopping byk nampak kain2 dan telekong acik aku nie..hehe.Kami meneruskan perjalan ke Chemplas untuk mencari souvier & jeans kemudian bertolak pulang dri Bandung ke Jakarta dgn menaiki Van tersebut melalui highway.Nasib baik kurang jem walaupun hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan pulang kami.

Hari terakkhir kami bershopping pula ke Tanah Abang.mencari baju ala2 korea katernya....dah tu ada yang dah jumpa tapi takde size...ish ish....Malam sebelum esoknya kami bertolak pulang,kami sempat melepak di Sarinah,makan makan McD di sana (pekerja2 McD sana mcm excited bila aku ckp dari Malaysia) terasa cam superstar lak.Dari sarinah kami berjalan kaki ke The Plaza melihat keadaan Kota Jakarta di waktu malam dan ke Hard Rock Cafe.The Plaza jakarta adalah salah satu shopping complex bagi org2 kaya di sana....plza nie di tutup sampai jam 111mlm (12tghmlm waktu Malaysia)

Esok paginya selepas Bfast & Lunch kami bersiap2 bertolak ke airport.Aku pulang ke Singapore manakala family Untiie Alimah pulang ke LCCT.Jam 9PM baru aku tiba di rumah.....enjoy dan tak dapat di lupakan semasa berada di sana bersama adik-adik si helmi nie......

 

13 comments:

Ena Azman said...

hye, awk naek ketapi dr jakarta ke bandung tu bape jam ye?

RioAzzaro said...

dari Jakarta ke Bandung tu 3jam je...try amik Exercutive seat.untuk lebih selesa.Harga one way RM35-45 cam tu lah

Anonymous said...

hye RioAzzaro.. nak tanya, dari hotel kalisma nk ke stesyen gambir tu jauh tak? dalam bapa minit pejalanan & transport apa yg available utk ke stesyen gambir dr hotel kalisma?

RioAzzaro said...

Dari Hotel Kalisma ke station gambir kena naik teksi.Make sure naik teksi biru nama BlueBird sebab diaorang ikut meter.Drive dari hotel 15minit je.Kalau tak jem 5minit dah sampai.biasa charge tak sampai 20ribu rupiah pun

Anonymous said...

oic.. teksi bluebird tu mmg sentiasa ada sekitar hotel kalisma @ kita perlu minta hotel panggilkan?

lagi 1 nak tanya ada x perkhidmatan shuttle ke bandung berhampiran hotel kalisma? sy sedang berkira-kira samada naik train @ shuttle ke bandung kerana kami dlm group 4 dewasa+2 kanak-kanak.. bimbang ada kesulitan lak nnt..

RioAzzaro said...

teksi bluebird kalau siang kurang sikit lalu kat area situ,tapi adalah bukan takde terus.Kalau malam banyak la jugak.Lagi satu mmg takde shuttle ke bandung klu ada pun bus express public,tp tak di galakkan.Kalau 4dewasa/2kanak-kanak lebih baik sewa van.kt hotel tu ada perkhidmatan pergi balik van ke bandung.Drive kalau highway tak jem 2jam dah sampai.Tp kalau highway jem 4-5jam baru sampai bandung.mintak advise dr driver.

Anonymous said...

oo ada perkhidmatan van yer, kos dalam bapa rp yer?

RioAzzaro said...

tak pasti harganya....tp ada dlm rm250 pergi balik kot

Anonymous said...

oo ok gak harganya tu.. tima kasih atas suma info :)

ummu nuha said...

hye en rio.. u ada mention yg hotel kalisma tu dlm 500m jarak nya ke tanah abang kan.. nk tanya if kita jalan kaki dr hotel ke TA tu ok x? laluannya merbahaya tak? ada kena lalu lorong2 kecil ke? atau better naik teksi @ bajaj je?

RioAzzaro said...

Jalan kaki je senang.kalau naik bajag pun boleh.tak jauh.kurang dari 1kms je.cuma panas dan banyak moto yang lalu lalang je.Kalau nak balik ke hotel nanti awak upah potter dari TA.diaorang pakai baju tulis "POTTER" bagi upah kat diaorang ikut awak balik angkut barang ke hotel.Upah dalam IDR20ribu = rm5 kat diaorang mesti diaorang nak punya...berbaloi sebab nak angkat barang balik ke hotel cfm penat

ummu nuha said...

oo ok.. cm na nk booking hotel kalisma ni? thru online atau thru fon call? rate sama ke either online booking atau thru fon call?

RioAzzaro said...

call saja,ckp nak dtg bila,nanti diaorang reservekan....diaorang mmg takde online...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget