Semalam aku berkesempatan ke "Night Safari Singapura" atas pelawaan kawan baik aku.Ada tiket percuma katanya.Jadi aku mengambil kesempatan untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini.Teman aku ini namanya Abang Zul,dia pemandu pelancong di sana.Atas sebab itulah dia dapat 3 tiket percuma masuk ke sini.Seawal jam 3petang kami telah bertolak masuk ke Singapura.Makan petang di Adam Street kemudian terus menuju ke Marina Bay untuk jalan-jalan sambil menanti jam 630petang.Selepas mencuci mata di sana,kami bergerak ke Orchard Road untuk menaiki bus persiaran yang akan membawa pelancong ke "Night Safari" Singapura.Keadaan basah akibat hujan renyai-renyai menyambut ke hadiran kami di sana.
Jam 730malam kami sampai di Mandai kemudian masuk mendapatkan tiket percuma.Memandangkan bulan Desember adalah musim cuti sekolah,terdapat ramai pelancong yang ke sini.Pertunjukkan dan tema malam itu adalah "CREATURES OF THE NIGHT" dan hujan yang kadang-kadang renyai dan lebat memghadkan perjalanan aku pada malam itu.Rata-rata memilih untuk menaiki tram agar tidak basah.
Ini adalah dekorasi-dekorasi menarik di luar pintu masuk Night Safari itu.Di sajikan dengan hiasan lampu-lampu yang berwarna-warni.
Memandangkan cuaca tidak elok pada malam itu,persembahan "Creatures of the Night" telah di batalkan.Jadi sementara menunggu pelancong-pelancong yang lain balik ke bus,kami pun bergambar sakan lah kat dalam night safari ini.Untuk amik gambar dengan binatang-binatang di night safari ini tidak dibenarkan mengunakan Flash,menganggu haiwan-haiwan ini katernya.Jadi semua gambar yang di amik nampak tidak jelas dan pudar lah.Lagi pun salah seorang kawan aku ini tetiba pun tak berapa sihat mungkin terkena hujan pada malam itu.
Apapun ini sajalah aksi-aksi menarik di dalan Night Safari yang dapat aku rakam.Seronok kerana inilah pertama kali aku ke Night Safari walaupun tempat ini telah lebih 10tahun di buka.
No comments:
Post a Comment