Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011 SELAMAT DATANG 2012

2012 menjelang tiba dan 2011 semakin menghampiri pengakhirannya.....

Sepanjang tahun 2011 banyak kenangan pahit manis di lalui.Betul,pengalaman mengajar kita erti kehidupan,tp apalah kehidupan kalau tanpa pengalaman..Cuma di akhir-akhir penghujung tahun 2011 saya di kejutkan dengan berita-berita yang memeranjatkan. Kehillangan 2 sahabat yang paling rapat dengan saya amat di rasai.Moga roh mereka di cucuri rahmat.

Tak lupa juga kenangan manis ketika menyelunsuri sg Melaka,minum cendol di tepi jalan,berebut katil di Pulau Sibu,main air di gunung berlumut,bertemu rakan lama di Gaints Pelentong,bergurau senda di FBook sampai ke tengah malam.bergaduh pun kt FB jugak....menonton wayang di KSL city,City Square,Pelangi Mall.Berbuka puasa dan membeli juadah berbuka di bazar bersama-sama,beropen house dengan rakan-rakan skolah dan rakan-rakan gym.Menyelunsuri sehinnga ke penghujung benua asia.Bersama2 ke gunung KinaBalu sehingga ke Bandung ,Jakarta,Surabaya & Kota Singa.Melihat adik angkatku membesarkan anak angkatnya membuatkan saya tersentuh.Kalau bab makan2 tu tak payah cakap lah,bilang saja tempat mana yang sedap , saya pasti akan ke sama bersama teman-teman setia.Asam pedas adalah santapan utama ketika mencari tempat lunch dan mamak Habib adalah fav dinner saya dan kawan-kawan.Semua tu menjadi kenangan dan jika boleh ingin sahaja saya mengulang tayang semulanya.

Kadang-kadang boleh tergelak sorang2 dalam bilik atau waktu nak tido.Banyak jugak perkara-perkara yang tidak harus terjadi dan tidak berfaedah sepanjng 2011.Tetapi jika masa yang sedikit ini di sia siakan dengan mengenang dan membincangkan perkara2 yang tidak berfaedah dan remeh temeh ,bukan ke itu membuang masa sahaja.Apa yang dapat saya katakan saya sangat bersyukur dikelilingi rakan-rakan baru dan lama serta sahabat handai yang memahami diri ini..... Jadi sebelum tahun 2011 mengakhiri tirainya saya di sini ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012....
Jaga kesihatan jaga diri.....jaga suami/isteri/bf/gf/mak/ayah/nenek/datuk/cucu/anak/binatang peliharaan baik-baik.....
AKU CINTA PADA MU !!!

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....