Sunday, March 8, 2020

Gunung Datuk Rembau 855M

Eh tetiba boleh tersampai kat sini pulak.Ini semua program di saat-saat akhir.Mulanya tak mau pergi tapi bila dok pikir-pikir dan baca beberapa pengalaman pendaki ke Gunung Datuk dari internet,maka terbukalah hati nak ikut geng RBR ke sini.
Bermulanya di sini seawal jam 3pagi RA,Kak Ros dan Salina bertolak dari Johor Bahru ke Rembau Nogori Sembilan jang oiii.Dah nama pun jalan pagi buta,kereta yang di pandu pun ikut tuannya juga mengantuk hehehe.Alhamdullilah kami selamat tiba di Masjid Kariah Kampung Bongek (tempat berkumpul) jam 610pagi.Sampai je azam Subuh mula berkumandang.Selesai ke toilet dan solat Subuh berjemaah , kami bertolak masuk ke Hutan Lipur Gunung Datuk.
Ramai betul yang datang untuk mendaki pagi ini,sampaikan tempat letak kereta penuh sampai ke bawah.Sementara menantikan yang lain-lain tiba kami mulalah membuka sesi bergambar kat sini.
Sebelum memasuki pintu masuk laluan ke Gunung Datuk kami melalui denai turun ke bawah berjumpa dengan anak sungai ini.
Sekali lagi kami berhenti untuk bergambar.Nie nak panjat gunung ke nak pergi Bandung hahaha.
Dan lagi....nak-nak bila geng mak tiri dah mula berjumpa dan berkumpul.hehehe
Masuk ke pintu masuk Gunung Datuk anda kena register di pondok pendaftaran.Di sebabkan kami datang secara berkumpulan,jadi semua senarai nama telah di serahkan awal kepada pihak renger hutan.Ada papan tanda dan keterangan laluan pendakian di sini.Gambar sebelah ialah barisan Gogo-gogo & sweaper-sweaper kami untuk hari ini.hehe.
Jumlah jarak perjalanan 1390meter sekitar 1.4km lah macam tu.Nampak macam dekat kan...
Ala boleh lagi nie,lagipun gunungnya cuma 855meter jek (Bisik hati RA-cakap besar konon).
Sampai-sampai je kami di sajikan dengan laluan mencanak.Cis nampaknya RA tertipu dengan cerita-cerita di internet yang mengatakan laluannya ada bagi diskaun 40% hahaha.
Langsung takde bagi diskaun.Kalau ada pun dia bagi 5% jek...adeh.Tapi sebab dari awal dah setkan minda yang gunung ini tak tinggi , jadi RA pasrah je lah. 
Nak sampai ke Checkpoint 1 punya la lama nak sampai.Amik masa 50minit jugak.Nasib baik cuaca pagi ini agak sejuk.hehe.Sempat kami semua berehat sebentar dan berkumpul semula di sini.Mana yang laju tu biarkan diaorang teruskan perjalanan.Masa RA nak sampai ke sini tadi terlihat seorang lelaki berbangsa Cina yang hampir mau pitam.Memang laluan nak sampai ke Checkpoint 1 ini agak kejam jugalah.Terbayang macamana nak turun nanti eh...Tanah dan batu-batu pagi ini agak licin sedikit sebab semalam di kabarkan hujan.
Dari Checkpoint 1 RA meneruskan perjalanan sampailah ke papan tanda ini.Cuma 600 meter je lagi.Dari sini laluan ada sedikit tenang hehe.Walaupun mencanak juga tapi tidak lah sekejam laluan di bawah tadi.Apa yang penting korang jangan terkejar-kejar sangat.Bak orang tua-tua kata :
"Takkan lari gunung di kejar dam Takde pingat menanti di puncak."hehe
Kalau ada geng yang sekepala lagi bagus,sambil-sambil jalan boleh lah korang membawang.Macam ada geng 2orang Makcik nie.Diaorang sama-sama naik dengan RA dari Checkpoint 1 dan sepanjang perjalanan ke puncak mereka dok berbual tak henti-henti.Tak penat tul diaorang berdua nie.Nasib baik RA tak tau cakap Mandarin,kalau tak mau jugak RA membawang sama hehe.
Laluan semakin hampir,Tapi di ketinggian ini terdapat banyak batu-batu yea.Kami semua terpaksa berhati-hati sebab ianya agak licin.
Kami sampai ke Batu Senget sebelah (gelaran yang RA letak sendiri) dan bergambar lagi.Maklum lah jakun sikit bila nampak batu-batu besar yang agak pelik nie.
Haa kat batu tu ada tanda anak panah untuk kepuncak.Jalan pulak salah ikut laluan sesat kang nanti Jang oiii.
Ikut laluan tepi batu untuk naik lagi.Kat atas batu senget ni pun RA boleh nak bergambar.Mengambil berkat kehijauan alam Khatulistiwa.Inilah khazanah yang Allah bagi untuk kita lihat dan rasa.Bunyi ungka-ungka dan cengkerik mula memperdendangkan halwa telinga RA, yang jauh dari kesibukkan kota.
Yahooo....semakin hampir.Walaupun cuma 140meter sahaja lagi tapi terasa macam 1km je.Makin nak dekat sampai makin terasa jauh pulak.Haa kat sinilah minda kita di uji.Jadi pastikan minda anda kuat untuk ke puncak.
Akhirnya selamat tiba di puncak Gunung Datuk.
omputih cakap E.T.A (Estimated Arrival Time) 1130pagi.Tapi RA tiba jam 1050pagi.
Kalau nak nampak pemandangan yang menarik kena lah naik atas batu tu.
Naik tangga besi tu kena hati-hati dan tak boleh ramai-ramai tunggu.Sama ada terus naik ke atas atau terus turun ke bawah dan jangan tunggu kawan melainkan anda dah sampai di atas batu atau dah kat bawah.
Masa RA sampai memang ramai yang kat atas tu.Jadi kami berehat dulu menanti yang lain-lain turun.Hampir 20minit baru RA naik ke atas puncak batu bersama Cip Abang Nuar dan Salina.Si Kak ros jangan cakap lah hantu bergambar tu,dia awal-awal lagi dah naik hehehe.
Haa inilah dia tangga besi yang membawa RA ke puncak batu.Tanda amaran telah di letakkan di tepi tangga (macam yang RA bilang tadi)
Ok sampai juga akhirnya.Kat sini boleh lah keluarkan kudapan-kudapan untuk bersarapan sambil menikmati pemandangan indah Pekan Rembau dari puncak.Ramai juga orang kat atas ini.Masing-masing nak bergambar kat tepi lereng tu.
Masa RA sampai pemandangan agak sedikit berkabus.Tapi puas dapat lihat alam ciptaan Allah ini.   
Abaikan gambar yang tidak nampak leher itu.Inilah perbezaannya bila orang amikkan gambar kita dengan gambar yang kita amikkan untuk orang.haha.
Tengok gambar di atas ini.Konon ala-ala mendaki batu la tu.Drama sangat....Ingat kat TV je ada , dia bawak sampai ke puncak.Tengoklah siapa pengarah kontroversinya tu "Kak Rosmawati" hehe.
Kami pun tak tau nak tunggu kat sini sampai berapa lama.Tapi yang pasti pemandangan kat sini sangat memukau.Hakikatnya masing-masing menunggu Cik Gogo kami , Cik Nane naik ke atas memasak air kopi hehehe.
Memandangkan Cik Nane kiter tak naik lagi RA menghabiskan sisa masa bergambar macam diaorang jugak.
Cik Gogo Nane kita telefun dan bilang kalau nak Air Kopi dia suruh kami turun dari puncak batu ke puncak dataran.Hehe Jadi sebelum semuanya turun ke bawah kami bergambar dengan sepanduk yang di bawa dari bawah ini.
Kopi dan nescafe sudah terhidang saat kami turun dari batu.Terima kasihlah cik nane siapkan kopi Dangdut untuk kami semua.Satu cerek berkongsi ramai-ramai , walaupun sedikit tapi cukup.
Jam 12tengahari RA mulai turun dari puncak menuju ke tempat asal kami bermula.
Tapi sebelum semuanya turun kami bergambar bersama sebagai kenangan di puncak Gunung Datuk.Ok masa nak turun , terus terang RA katakan anda kena 2x memberi perhatian dari naik.Kalau tersilap anda pasti akan terduduk jatuh atau mengalami kecederaan.Kat sini lah lutut kaki banyak mendapat hentakkan dan tongkat mendaki sangat-sangat membantu.Jadi jangan malu untuk membawa tongkat yea..
Jam 120petang RA selamat tiba di tempat meletak kereta.Terus capai baju gantian dan tuala di dalam kereta dan berehat sebentar menyejukkan badan sebelum mandi.Selesai mandi dan solat Jamak di pondok berhampiran kami ke Pekan Rembau untuk makan tengahari.Lauknya mestilah Masak Lomak Cili Api Negori.Cip Abang Nuar yang rekomen kan.RA amik Lauk Lemak Cili Api telur Itik dan daging salai.Perghhh padu beb.....
Puas kami makan.Abis licin semuanya.Cik gogo kita apa barang makan lomak cili api dengan kicap hehehe.Tak tahan pedas letuw....Terima Kasih Abang Nuar belanja kami makan tengahari hari ini.Moga di murahkan rezeki.Jam 3ptang kami berpecah dan berangkat pulang ke destinasi masing-masing.Terima Kasih daun keladi buat penganjur RBR Hikers yang menjayakan acara ini.Lain masa kita gabung lagi yea...Kami dari JB pun dah ada nama kumpulan baru.TIKUS MONDOK HIKERS hehehe....Byeeeee....

Saturday, March 7, 2020

Makan Malam Keluarga di Rayan Corner

 Hari nie memang jadual RA agak sibuk.Dari awal pagi tadi RA telah bergegas ke Serdang menziarahi kenalan rapat yang baru sahaja meninggal dunia awal pagi tadi.Walaupun tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir tapi sempat juga sampai ke pusaranya saat Iman selesai membaca talkin.Moga rohmu Abang Sani Bin Hashim di cucuri rahmat.
Pulang dari melawat RA ke Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang kenalan di sana.Tahniah buat Izni dan pasangannya.
Pulang dari Muar terus pecut ke Kempas menghadiri majlis makan malam kami sekeluarga merangkap majlis ulang tahun abang sulung RA.Semua yang hadir di kalangan keluarga terdekat sahaja , anak-anak dan cucu-cucu saudara dan adik beradik.
 Satu yang RA suka makan kat Rayan Corner nie layanannya pantas dan makanannya sedap.Kami kesemuanya mengambil 9meja dan makanan yang di minta sampai kurang dari 20minit.
  Alhamdulillah Abang Sulang RA abang Man belanja kami makan malam ini.Kami mengambil 7 x set menu untuk 5-6orang makan.Ada Siakap tiga rasa , Baby Kailan Ikan masin , Ayam paprik , Tomyam seafood,Telur dadar , Nasi Putih & Air Buah.
Ada yang tambah satay dan Aiskrim lagi tu hahaha.
 Haa ini RA kenal kan Cucu sedara RA.Budak paling lasak berjalan nie.Abis satu meja dia kejar kucing haha.
 Ini la keluarga RA...Hanya tinggal kami Berenam sahaja yang tinggal.yang bersama budak kecik nie la abang sulung RA dan budak kecik nie Cucu sedara kami.Cucu kepada kakak no2 kami.
 Haa semua berkumpul abis meriah satu kedai.Sempat bergambar sekeluarga sebelum masing-masing pulang ke rumah.RA pulak esok pagi nak bangun awal nak ke Rembau.
 Haa ini antara gelagat-gelagat cucu-cucu sedara RA..Macam-macam gaya ada.
Termasuk yang dua ini.Masing-masing macam sebaya.Moga dapat berjumpa lagi di perjumpaan yang lain yea...

Sunday, March 1, 2020

Santai petang di Xtreem Park Sunway Iskandar

 Sebenarnya RA dengan tak sengaja terjumpa tempat nie.Hajat tu ingat nak jalan-jalan pergi ke kawasan Puteri Harbour je.Tapi boleh terlajak sampai ke Sunway Iskandar pulak.Tak sangka pulak kat sini dah ada pusat membeli belah dan riadah terbaru sebelah menyebelah.Xtreem Park ini adalah sebuah kawasan riadah untuk seisi keluarga.(skima pulak ayat RA tulis nie)
 Oklah Geng kalau korang datang sini ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat.Ada Go Kart , Flying Fox , Futsal , Badminton , Sukan air seperti naik kayak atau bot Itik,ATV , Motocross , Paintball , Memanah , Tapak bermain skate dan kalau nak bermalam pun ada resort di sewakan di sini.
 Padang Futsal dia memang terbaik (tengok lah harga sewanya).Terdapat juga permainan "High Hope" berbumbung tau.
 Harga sewaan dan permainan boleh lah korang tengok kat atas tu.Buat masa ini RA tengok harga agak mahal sikitlah.Mungkin mereka lebih tumpukan pada pasaran antarabangsa.Ialah kawasan ni pun terletak kat kawasan elit kan.(kisahnya).Apa pun RA berharap pihak pengurusan dapat buat apa yang patut untuk menarik minat pengunjung.
 Kat luar kawasan tadi pulak terdapat sebuah tasik dan kat sinilah korang boleh menyewa bot itik atau kayak untuk beriadah.Suasana petang-petang kat sini sangat nyaman dan menarik yea.
 Korang boleh bergambar saat terbenamnya matahari di sini.Macam yang RA dan anak-anak buah RA nie buat.Bukan main lagi diaorang ehh.
 RA kongsi gambar-gambar menarik di sekitar tasik ini saat petang dan terbenamnya matahari.
 Ada sebuah kafe di buka di sini dan beroperasi dari jam 10pagi sampai 7malam.Kalau lapar boleh lah pesan nak makan sambil bersantai.
Senja di tepi tasik kat sini suasananya memang menjanjikan.Aman dan damai jek.
 Redup je kat sini.Maklumlah ada pokok-pokok palma dan kelapa sawit.Pandai-pandai lah korang bergambar ikut kreativiti korang yea.
 RA suka gambar ini...RA suka cara kanak-kanak melepaskan eksperasi kreativit mereka di lensa kamera RA.Mereka berada di dunia mereka sendiri.
 Berbeza dengan kami-kami yang dah dewasa ini hahahahaha.
 Senja hampir melabuhkan tirainya dan malam semakin menghampiri.Kami bergambar bersama dahulu sebelum berangkat pulang.
Sebelum melangkah ke kereta sekali lagi kami bergambar di hadapan kafe pulak.Lepak santai sebentar sebelum berangkat pulang ke rumah.Kalau korang nak ke sini pastikan datang petang-petang sikit.Sebab tengahari RA rasa agak panas yea.Nak tau lokasi korang taip ke kat Google Map "Xtreem Park Sunway Iskandar Johor" mesti jumpa punyalah...Bai baaiiiiii

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....