Sebenarnya RA dengan tak sengaja terjumpa tempat nie.Hajat tu ingat nak jalan-jalan pergi ke kawasan Puteri Harbour je.Tapi boleh terlajak sampai ke Sunway Iskandar pulak.Tak sangka pulak kat sini dah ada pusat membeli belah dan riadah terbaru sebelah menyebelah.Xtreem Park ini adalah sebuah kawasan riadah untuk seisi keluarga.(skima pulak ayat RA tulis nie)
Oklah Geng kalau korang datang sini ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat.Ada Go Kart , Flying Fox , Futsal , Badminton , Sukan air seperti naik kayak atau bot Itik,ATV , Motocross , Paintball , Memanah , Tapak bermain skate dan kalau nak bermalam pun ada resort di sewakan di sini.
Padang Futsal dia memang terbaik (tengok lah harga sewanya).Terdapat juga permainan "High Hope" berbumbung tau.
Harga sewaan dan permainan boleh lah korang tengok kat atas tu.Buat masa ini RA tengok harga agak mahal sikitlah.Mungkin mereka lebih tumpukan pada pasaran antarabangsa.Ialah kawasan ni pun terletak kat kawasan elit kan.(kisahnya).Apa pun RA berharap pihak pengurusan dapat buat apa yang patut untuk menarik minat pengunjung.
Kat luar kawasan tadi pulak terdapat sebuah tasik dan kat sinilah korang boleh menyewa bot itik atau kayak untuk beriadah.Suasana petang-petang kat sini sangat nyaman dan menarik yea.
Korang boleh bergambar saat terbenamnya matahari di sini.Macam yang RA dan anak-anak buah RA nie buat.Bukan main lagi diaorang ehh.
RA kongsi gambar-gambar menarik di sekitar tasik ini saat petang dan terbenamnya matahari.
Ada sebuah kafe di buka di sini dan beroperasi dari jam 10pagi sampai 7malam.Kalau lapar boleh lah pesan nak makan sambil bersantai.
Senja di tepi tasik kat sini suasananya memang menjanjikan.Aman dan damai jek.
Redup je kat sini.Maklumlah ada pokok-pokok palma dan kelapa sawit.Pandai-pandai lah korang bergambar ikut kreativiti korang yea.
RA suka gambar ini...RA suka cara kanak-kanak melepaskan eksperasi kreativit mereka di lensa kamera RA.Mereka berada di dunia mereka sendiri.
Berbeza dengan kami-kami yang dah dewasa ini hahahahaha.
Senja hampir melabuhkan tirainya dan malam semakin menghampiri.Kami bergambar bersama dahulu sebelum berangkat pulang.
Sebelum melangkah ke kereta sekali lagi kami bergambar di hadapan kafe pulak.Lepak santai sebentar sebelum berangkat pulang ke rumah.Kalau korang nak ke sini pastikan datang petang-petang sikit.Sebab tengahari RA rasa agak panas yea.Nak tau lokasi korang taip ke kat Google Map "Xtreem Park Sunway Iskandar Johor" mesti jumpa punyalah...Bai baaiiiiii
No comments:
Post a Comment