Hari ini adalah tahun lompat yang akan jumpa 4tahun sekali sahaja.Jadi RA ambil peluang yang ada untuk melawat Stadium Sultan Ismail yang dek di perkata-katakan orang atas pembukaannya.
Berada di hadapan stadium yang gah ini membuatkan RA rasa teruja sangat sangat.
Stadium ini terletak di Gelang Patah dan berhampiran dengan Nusa Perintis.
.Dengan kos pembinaan RM200 juta ianya siap dibina lewat tahun 2019 dan di buka kepada umum pada 22Februari lepas.Ia boleh menempatkan seramai 40ribu penonton pada setiap perlawanan.
Masa RA tiba kami tidak di benarkan masuk ke dalam kecuali kalau ada perlawanan sahaja.Ramai yang datang cuma mengambil gambar di luar pagar sahaja.Jadi inilah hasil yang dapat RA rakamkan dari kamera lensa RA buat pembaca blog ini.Waktu di ambil gambar ini jam dah ke pukul 540petang.
Orang kata kalau nak tengok stadium bergemalapan boleh lah datang waktu malam.Tapi RA lebih suka ambil gambar semasa matahari nak terbenam.Lebih cantik berlatar belakangkan matahari tu.Stadium ini sekarang menjadi mercu tanda baru di Johor Bahru dan wajib lawat yea.
No comments:
Post a Comment