Agak lama juga RA tak menjejakkan kaki di Forest City nie.Ada dekat setahun jugalah.Dan lihatlah bagaimana gahnya Forest City berdiri sekarang.Ini cuma bahagian kirinya belum gambar di bahagian kanannya.
Hari ini RA akan bermalam di salah sebuah apartmen di Starview Bay Forest City.Forest city ini menempatkan pelbagai apartmen, Kedai, kondo , hotel , gedung membeli belah , sekolah antarabangsa,rumah-rumah banglo dan banyak lagilah.Starview Bay ini pula adalah salah satu daripadanya.
RA bermalam di sini pun sebab dapat penginapan percuma dari Abang Sani dan isterinya.Konon ala-ala hadiah ulang tahun RA baru-baru nie lah.StarView Bay ini mempunyai lebih kurang 10 blok dan blok yang akan RA bermalam adalah blok B4.
Aparmen ini di uruskan oleh rangkaian hotel OYO.Ada 2 bilik tetapi di sebabkan tempahan hanya untuk 1bilik jadi bilik yang lagi satu di kuncinya.Ruang dalam sangat elegen,kemas dan cantik buat RA terasa seperti orang ado-ado pulak.
Setiap unit ada di sediakan balkoni.Ruang dapur pulak terletak di pintu masuk.Dari segi keselamatan,apartmen ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat.Pintu masuk sahaja mengunakan no kunci.Kamera CCTV berada di mana-mana.Tapi ada juga banyak kekurangan kat aparmen ini antaranya :
1.Tak sediakan cawan@gelas.So pandai-pandailah korang kalau nak teguk air.
2.Tak ada astro atau siaran television Malaysia.Cuma ada 5siaran Singapura sahaja.
(4siaran berbahasa Ingeris+Melayu+Cina+Tamil dan 1siaran Chanel News Asia).
3.Tak ada wifi.
4.Bilik air lobang tersumbat.
1.Tak sediakan cawan@gelas.So pandai-pandailah korang kalau nak teguk air.
2.Tak ada astro atau siaran television Malaysia.Cuma ada 5siaran Singapura sahaja.
(4siaran berbahasa Ingeris+Melayu+Cina+Tamil dan 1siaran Chanel News Asia).
3.Tak ada wifi.
4.Bilik air lobang tersumbat.
Haa 2jam kemudian keluarga Pak Din pun datang.Mereka nie datang nak mandi di kolam renang sambil lepak-lepak bersama.
Tapi sayang akibat virus Corona kolam renang dan gim di tutup sementara bagi mengelakkan menularan wabak.Maklumlah 60% penduduk di Forest City nie adalah rata-rata dari China.Hanya langkah berjaga-jaga.Ada juga RA dengar khabar-khabar angin mengatakan ada menularan di sini , tetapi entah betul atau tidak tak dapatlah RA nak pastikan.Maka kami akur untuk tidak mandi di kolam renang walaupun kolam renangnya sangat besar dan menarik.
Ada pengangkutan di sediakan untuk ke destinasi-destinasi di atas.Tapi kalau nak ke Hotel Phoenix dan ke pantai kenalah ke B6 (tak jauh pun 50meter jek) untuk menaiki perkhidmatan kereta Buggy percuma.
Pantai Forest City nie sebenarnya pantai buatan.Tidak di benarkan mandi tetapi ada pelbagai aktiviti yang korang boleh buat kat sini.Boleh mandi di kolam renang (Kolam renang kat sini di buka) , taman mini tema air , gazebo untuk rehat-rehat dan khidmat sewa jetski.
Gigih yea kami bergambar dan berkeliaran tanpa mengenakan penutup mulut.hehehe.
Insyallah tak ada apa yang berlaku.Dapatlah bergambar saat matahari terbenam.Cantik tau waktu senja kat sini.
Nampak tak si bapak , si mak dan anak-anak berpelesiran.hahaa.Banyak dah berubah Forest City nie.Banyak bangunan-bangunan baru di dirikan dan di buka.Pantai buatan ini pun ada banyak perubahan yang mereka buat.Korang datang la sendiri kalau nak tengok.
Jam 710malam kami pulang ke apartmen,solat dan lepak-lepak sampai jam 930malam.Masa ini keluarga Diel dan mamak datang sekali jadi agak riuh sikitlah apartmen kami.Di sebabkan esok anak-anak nak sekolah jadi mereka tak tidur sinilah.Tinggal lah RA seorang diri bermalam di tingkat 14 B4 .Hahaha.Nampaknya bermalam seorang dirilah hehehe.Nak takut apa....
Ini gambar waktu subuh dari tingkap 4 balkoni RA.Aman dan damai je hehe.Kadang-kadang kita perlukan waktu untuk kita bersendirian kan kan kan.Jadi geng kalau korang sesekali nak rasa macam orang ado-ado dan menginap di sini korang boleh tempah di laman-laman internet.Harga apartmen 1 bilik semalam cuma dalam RM100 jek.(low season).Oh yea lupa nak cakap apartmen nie takde cawan atau gelas yea.RA tak pasti kenapa diaorang tak sediakan, jadi korang kena bawa lah cawan atau gelas korang dari rumah yea.Selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment