Hai Korang...Hari ini RA nak bawak korang ke satu tempat yang terpencil dan tidak ramai yang ketahui berada di Kangkar Pulai Johor.Pemandangan kat sini tersangatlah cantik dan tidak berapa jauh dari Tasik Biru Kangkar Pulai.RA gelarkan tempat ini Grand Canyon@Hutan Batu Kangkar Pulai.
Heran kan kenapa banyak sekali batu-batu besar ini ada di atas bukit.Keluasan di sini ada lah dalam 7-8ekar.
Dengan geng-geng yang baru jumpa di Tasik Biru.Ajak berangkut ke sini.Tak pernah datang katanya...
Kat sini korang boleh bergambar sepuasnya.Boleh la bawa makanan dari rumah untuk bersarapan juga di sini.Tapi kena ingat apa yang di bawa hendaklah di bawa pulang bersama.Jadilah manusia bukan Beruk.
Gambar ini RA ambil kat atas puncak batu paling tinggi di sini.RA namakan puncak batu Lion King.Sebab bentuknya seperti dalam filem animasi The Lion King.Kalau dari atas nie tak nampak lah bentuknya tapi kalau dari bawah memang nampak macam dalam filem tersebut.
Di sebabkan ianya kawasan lapang, suhu kat sini boleh tahan panas juga lah, nak-nak bagi mereka yang tiba selepas jam 930pagi.Masa gambar ini di rakam jam baru pukul 9pagi.Jadi agak terlindung sikitlah dari matahari , tu ada yang meniarap bagai.
Nasi Lemak buat bekalan sarapan pagi kami di sini.Lepas makan pastikan bawa pulang yea jangan tinggalkan sikit pun kekotoran di sini.
Boleh nampak jelas Pekan Kangkar Pulai dari sini.
Haa inilah batu macam dalam Filem Lion King tu.
Nampak persis dalam filem kan...Haa tu la RA cakap korang tak percaya.Ahak.
Nampak persis dalam filem kan...Haa tu la RA cakap korang tak percaya.Ahak.
Kalau korang datang sini boleh lah korang bergambar ala-ala Simba The Lion King tu.
Lagi satu kalau ke sini tak sah kalau tak ambil gambar melompat.Gunakan kemahiran dan krativiti korang untuk gambar nampak lebih menarik.RA bagi cadangan dan contoh-contoh gambar je kat sini.
Ini lagi satu posisi yang RA amik.Selebihnya pandai-pandailah korang.
Ini lagi satu posisi yang RA amik.Selebihnya pandai-pandailah korang.
Di celah-celah batu ini juga korang boleh hasilkan gambar yang cantik persis berada di luar negara.
Macam yang RA buat nie , nampak seperti di Grand Canyon USA kalau tak pun macam di Alice Spring Australia kan.hehehe.
Gambar saat matahari di atas kepala nie paling Rare tau.Kalau kena dengan tekniknya gambar korang pasti memang anugerah majalah sekolah hahaha.
Ini gambar-gambar yang kami ambil mengunakan Dron terbang heee...
Jangan jeles...
Member RA datang bawak Dron.Jadi kita gunakan lah kelebihan yang ada.
Ini gambar-gambar yang kami ambil mengunakan Dron terbang heee...
Jangan jeles...
Member RA datang bawak Dron.Jadi kita gunakan lah kelebihan yang ada.
Dalam banyak-banyak gambar,gambar ini paling RA suka.
Masa nie matahari berada di atas puncak batu.RA guna swafoto je.Kalau teknik betul mesti dapat rakamkan detik cantik ini.Oklah bagi mereka yang nak ke sini RA sarankan korang join "Geng Tasik Biru Kangkar Pulai" di Laman Muka Buku .Hanya taip nama itu dan sertai kami.Aktiviti ke Grand Canyon atau Hutan Batu Kangkar Pulai ini di adakan pada setiap hujung minggu Sabtu & Ahad.Apa-apa "update" akan di beritahu di laman Muka Buku itu.(FaceBook : Geng Tasik Biru kangkar Pulai).Kami sebenarnya nak meminimumkan kehadiran orang ke sini sebab tak mau tempat ini jadi tapak pesta pulak,lepas tu buang sampah merata-rata.Ok jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment