Seperti yang RA janjikan dulu,akhirnya RA sampai juga ke restoran ini.Restoran ini terletak di deretan kedai di Jalan Tan Hiok Nee Johor Bahru berdekatan dengan Pasar Karat JB.Menarik kan bila tengok dari luarnya.
Menu utama kat sini adalah Roti Jala,Nasi Kukus Ayam berempah dan sambal sotong,Mee Soto dan ada juga Ubi Rebus cecah dengan sampal tumis Ikan bilis.Dalam keadaan yang cuaca yang selalu hujan ini pekena Ubi Rebus memang pilihan RA.Masuk ke dalam ruangan kedai ini RA teruja dengan dekorasinya.Cukup Retro dan menjanjikan.
Menu utama yang menjadi pilihan tertulis di papan hitam pada dinding restoran ini,terdapat juga makanan barat seperti Chicken Chop,Lamp Chop, Beef steak (ala filem P.Ramlee tu) dan nugget.Sambil menunggu makanan tiba RA main daun terup yang ada di atas meja.
Boleh tahan cepat juga makanan kami sampai,tapi rasanya tukang masak tak panaskan lauk lah.Sebab kari,ayam & sambal yang di hidangkan agak sedikit sejuk.Tapi apa pun makanan ini tidak mengecewakan.Set Makanan berharga RM7.00 + Fresh Oren RM3.00 = RM10.00.Murah kan?
Yang ini pulak makanan pilihan kawan RA , Si Jali-Jali iaitu Mee Soto,katanyer cuaca sejuk kat luar patut makan soto nie..Tak paham tul haha.
RA terpandang pada lampu kat atas dapur restoran ini.Sangat kreatif sebab mengunakan baldi kecil untuk di jadikan pelindung pada mentol lampu.Kreatifkan...Ok bagi siapa yang mahu ke sini bolehlah letak kereta anda di Pejabat Pos Besar Johor Bahru depan Bank HSBC,sebab jaraknya tak sampai 200meter jek.
No comments:
Post a Comment