Sunday, November 11, 2012

Bazar Karat dan Deepavali

 

 Pejam celik dan pun cuti sekolah bermula hari ini.Siang tadi hujan turun dengan lebatnya tapi Alhamdullilah malamnya cuaca sangat-sangat baik.Ini membuatkan RA teringin nak melepak ke Bazar Karat.Kalau Kebetulan Deepavali pun tak lama lagi jadi Bazar Karat telah di gabungkan dengan Bazar Deepavali bagi memeriahkan suasana bandaraya Johor Bahru malam semalam.Tapi sebelum RA berjalan melihat-lihat apa yang ada di sana,perut nak kena isi jugak.Maklumlah pagi tadi cuma makan sebungkus Nasi Ambang sampai la ke malam tak makan lagi.RA bersama kawan RA si Jali,kalau nak tunggu si Olie & Azie memang tak kuar lah gamaknya,plan macam-macam dari pagi sampai ke petang,tapi bila dah malam senyap je.Kami ke Hard Rock JB (nama panggilan orang Johor bagi gerai medan selera belakang China Town-Berhampiran Merlin Tower).RA pekena Nasi Goreng Cendawan + Gulai Nangka.Peergghhhh,terangkat beb kena pulak dengan air "Fresh Oren" lak tu. 

Perut dah kenyang barulah boleh meneruskan perjalanan menjelajah setiap ceruk 2bazar tersebut.Mula-mula RA masuk ke Bazar Deepavali yang terletak berhampiran dengan Kuil.Cukup meriah dengan lampu-lampu dan gerai jualan.Kat sini boleh beli Sari,perhiasan wanita dari gelang,rantai dan cincin serta barangan perhiasan rumah untuk mereka yang menyambut perayaan ini.Dari sini RA masuk ke Kotaraya pulak.Pun ada jualan sempena Deepavali,kat dalam ini banyak baju-baju masyarakat India dari A sampai Z.Buat penbaca blog yamg menyambut Deepavali,tahun ini sari anda warna pulak? 


Cukup meriah yea,sampaikan jalan masuk dari hadapan pejabat Pos JB hingga ke Jalan Wong Ah Fook sesak teruk.Biasalah orang Malaysia tak kira Melayu,Cina,India,Iban & Kadazan memang suka buat persiapan di saat-saat akhir.Suasana meriah macam ini hanya dapat di lihat setahun sekali je tau.Yang masih membeli belah RA ucapkan Selamat membeli.Jangan terlebih berbelanja sudah lah yea.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....