Saturday, March 15, 2014

JJNM : Wan Mok Cafe

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN

- WAN MOK CAFE TAMAN BUKIT DAHLIA -
  Amacam? nampak sedap tak meggi Ketam ini? Ini adalah salah satu menu popular di Wan Mok Cafe.RA dapat jemputan dari tuan kedai kafe ini untuk singgah dan makan tengahari di sini.Walaupun geng mengeteh tak cukup ahlinya tapi kami gagahi juga ke Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang.Terletak di No 65,Jalan Semerbak 20,restoran ini betul-betul terletak di tepi jalan utama Taman Bukit Dahlia dan bersebelahan kedai runcit.

Sebenarnya RA dah terlalu lapar sangat tadi,jadi amik makanan tengahari pun boleh tahan banyak jugak.Tapi masih lagi nak mencuba rasa meggie ketam, sebab nampak macam menjanjikan jeekk....macam sedapppp jekkkk......

Selain menu meggie ketam,menu utama makan tengahari di sini ialah lauk Gulai Kawah dan pelbagai lauk nasi campur.Yang tadi RA amik Telur Bungkus + Paru sambal + Daging Gulai Kawah dan yang terbaik ada sambal hijau dan cincalok. Tuan kedai juga memperkenalkan kepada RA menu terbaik keluarganya iaitu Rojak Colet.Memang penuh betul perut RA hari ini.

Nampak tu menu makan tengahari yang terhidang di meja buffet.Sempat lagi tu berpusing-pusing amik gambar.Nasib baik masa tu takde orang lain kat meja makanan.Tengok je lah si Kak Ros amik gambar RA yang belum bersedia lagi.cis cis..

Meggie ketam sampai dialah orang pertama nak amik gambar dulu.Walaupun perut dah kenyang tetap bedal.Nasib baik kongsi makan untuk 3 orang,kalau tidak memang tapau bawak balik lah gamaknya.

Nak patahkan ketam kena buang dulu kepala dia yang keras tu.Lepas tu baru leh kopek kat tengah-tengahnya.Adoyai nasib baik tak terbang sepit ketam tadi.hehe.

Saat-saat terakhir habis makan rojak colet pun tiba.Pergghhh mana masuk lagi nie? Telan jugak lah perlahan-perlahan sambil makan sambil berbual sedap - kata Norlia Ghani.

Haa kalau nak tahu inilah dia tokeh kedai dan togeh punya tokeh punya kedai.En wan kita dengan ibu kesayangannya merangkap penasihat dan pemilik kafe ini.Kata tuan kedai ini lagi, kedai di buka untuk sarapan pagi,tengahari dan malam.Kalau pagi dan tengahari tu dia,isteri dan ibunyalah yang menguruskan kedai,tapi bila petang pulak adik beliau pulak amik alih memasak.

Menu Pagi : Nasi Kerabu + Nasi Dagang

Menu Tengahari : Nasi campur + Gulai Kawah + Meggie Ketam

Menu Malam : Meggie Ketam + Kueh tiew Goreng dan aneka Nasi & Mee

 Tengok tu habisss licinnn pinggan kami.Macam kepala bapak mertua aku kata Abdul Wahubbb hehe..

RA memang suka gak makan ketam ini tapi nak mengeluarkan isinya tu yang leceh sikit.Nasib baik ketam bunga yang di hidangkan tadi banyak isi,jadi beria-ialah RA mengsiatnya.hehe.

Terima Kasih Tuan Kedai atas jemputan anda.Sedap-sedap makanan yang di sediakan.Harga pun berpatutan (yelah mana tak nya dapat potongan harga tu hehehe).Terima Kasih juga di atas cenderamata buku yang di beri ini.Lain kali kalau ada masa RA akan datang lagi dengan geng-geng yang lain.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....