Wednesday, April 11, 2012

J.J.N.M : Murtabak Singapura Di JB

JALAN-JALAN NAK MAKAN = J.J.N.M 

Sedap tak tengok gambar-gambar murtabak kat atas ini? Ianya memang sedap,nak nak bila di makan waktu hujan.Malam semalam aku dan kawan-kawan menyinggah ke gerai Murtabak di Jalan Sungai Chat Johor Bahru.Kalau korang nak tau kat mana Sungai Chat ini ianya bersebelahan dengan Hotel St View.Masuk je sempang nak ke English Kolej dari jalan arah ke Bandaraya kedainya kat paling hujung Medan selera dan dekat dengan toilet.





Pekena Murtabak ini selepas hujan dan dalam suasana ang sejuk cukup menyelerakan di tambah dengan melihat keletah anak Kak Rovita yang comel tu.
Murtabak Special RM6.00 SATU X 3
Murtabak Biasa RM5.00 SATU X 4
Rosli amik tambahan tahu bakar + tomyam untuk dia dan anaknya
Kak Rovita pulak amik Ikan Pari Bakar (tak berapa sedap sebab rasanya manis)
Di tambah pula dengan sotong goreng tepung.
Pulang dari makan,bersambung pula berkaraoke di Danga Bay.Mulanya nak berkaraoke untuk sejam je.Tapi bila masing-masing dah naik syok,satu jam leh jadi 2jam.Macam-macam lagu lah yang kitaorang pilih.Dari lagu baru sampai la lagu lama.Terjerit-jerit la menyanyi hehe.Tengok je lah gambar-gambar kat bawah ini.Anak Kak Rovita,si Emely ini lah yang paling comel,siap menari - nari lagi.

Bakat Terpendam Pada Malam Itu

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....