Sunday, April 1, 2012

Bersantai Makan Soto Madura di Hutan Bandar

Sabtu lepas sedang duduk-duduk tengok tv,aku ternampak kertas resepi yang di beri oleh kawan aku dari Indonesia.Resepi Soto Madura tu tetiba nak cuba masak.Mana tahu nanti kalau nak buat rumah terbuka boleh buat soto ini & hidangkan pada kawan-kawan.
Bila tengok bahan-bahan dia mula lah berbelah bagi.Banyak sangat bahannya.Ketumbar,jintan manis,lengkuas,halia,santan,daun salam,daun limau purut dan macam-macam lagi lah.Tapi sebab semangat nak mencuba tu aku,aku gagahkan kaki ke dapur juga ahkirnya.Jam 12tengahari masak,jam 2petang baru siap.Nak tunggu daging empuk & ketupat segera masak je dah amik masa sejam lebih.Lihat lah soto aku nie...menjadi rupanya.hehe.Tak sangka boboy pandai masak.



Bila dah masak satu periuk baru aku terpikir, masak banyak-banyak nie sapa yang nak makan sampai habis?.Aku duduk dengan ayah aku je.Tetiba timbul idea untuk sms kawan aku ajak dia rasa sekali.Dia pulak bagi pandangan suruh aku bawak ke Hutan Bandar Mutiara Rini petang tu dan ajak kawan-kawan yang lain sekali.Jadi kira ala-ala picnic gitu.Nak gerak awal ada cerita filem Hindi 'BOBY' pulak kt TV3.Jadi akhirnya rancang jumpa diaorang semua jam 5petang di sana.
 
Sampai je,terus cari tempat letak kereta yang terletak berdekatan dengan tempat sewa basikal (idea senang nak jumpa yang di beritahu oleh seorang rakan)
Kalau cari tempat letak kereta yang lain daripada ini,saya pasti anda tidak kan bertemu,sebab tempat tu besar giler (semua ayat jadi gila..hehe).Aku & Abang Yunus adalah orang pertama yang sampai dulu,terus cari pondok untuk lepak letak makanan.Jumpa lah Laman Warisan Majlis Daerah Tangkak nie.Aku bawak kuah soto tu sampai tumpah-tumpah dalam kereta, biasa lah jalan kat Johor Bahru ini banyak sangat lobang.Abang Yunus pulak bawa bekas makanan polistrin,buah-buahan dan air.10 Minit kemudian keluarga Ros & Abang Mat pun sampai , cuma menunggu keluarga dari Nik sahaja yang belum sampai.Jadi sementara menunggu tu perlawanan Bowling a.k.a Badminton antara dua generasi pun bermula.Gambar pun sempat di rakam.

   

Bila keluarga Nik sampai saja,makanan pun di bentang dah bacaan doa makan oleh AJK Masjid Merangkap AJK Doa pun di baca dan makanan di makan.

Tak lupa selepas selesai acara makan-makan itu sesi memeriksa kadar denyutan jantung pun di mulakan dengan mengunakan HP Samsung Galaxy Note milik Nik dan Kak Ros.Sesi di tepi longkang menjadi pilihan kali ini.Hehe.Apa pun meriah jugak dapat lepak petang-petang dengan kawan-kawan sambil melihat layang-layang dan beriadah bersama.
Esok - esok boleh buat lagi

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....